Kadang kala bila teringin nak makan Yong Taufu, memang kena pergi ke kedai. Untuk buat kuah dan sosnya memang perlu ada kemahiran. Barulah rasa seperti di kedai. Ikuti resipi wanita ini yang mendapat perkongsian lebih 21K. Tentu rare, resipinya.

Ikuti perkongsian ini.

Ada penggemar yong taufu? Setiap kali teringin nak makan, saya akan masak sendiri. Ahli keluarga saya ramai, kalau beli di luar tak puas makan, kos pun tinggi.

Saya nak kongsikan resepi sos (sos hitam) dan kuah sup (hidangan yong taufu dengan kuah sup terkenal di sebelah Johor). Saya mention begini sebab ramai kenalan saya dari negeri lain agak pelik bila tahu yong taufu dimakan dengan sup.

IKLAN

Saya kongsikan bahan penyediaan yang sangat jimat dan berpatutan. Anggaran harga bahan memasak hanya RM50 saja (termasuk bahan isian yong taufu ya).

BAHAN A – SOS HITAM

Resipi Yong Taufu Sama Rasa Di Kedai Ni Mudah Nak Buat. Patutlah Ramai Share Hingga 21K!

IKLAN

6 sudu makan taucu
4 sudu makan tepung jagung.
1 cawan kicap cair (kicap lemak manis)
8 sudu sos tiram
8 sudu gula pasir
6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar)
2 ketul kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
[Edit]
**Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya.
Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati. Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna
Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.

BAHAN B – KUAH SUP

IKLAN

Resipi Yong Taufu Sama Rasa Di Kedai Ni Mudah Nak Buat. Patutlah Ramai Share Hingga 21K!
3 ulas bawang putih – dititik
3 hiris halia
2 ketul kiub pati ikan bilis
Garam secukupnya
Sedikit gula (terpulang pada citarasa masing-masing)
Daun bawang
Bawang goreng
Air masak (anggaran 1 jug setengah)
Tumis bawang putih dan halia dengan sedikit minyak panas. Kemudian masukkan air masak diikuti kiub pati ikan bilis. Tambahan sedikit garam hingga cukup rasa. Masak hingga mendidih.
Kuah sup ini juga sesuai dijadikan air rebusan bahan isian yong taufu.

Resipi Yong Taufu Sama Rasa Di Kedai Ni Mudah Nak Buat. Patutlah Ramai Share Hingga 21K! Resipi Yong Taufu Sama Rasa Di Kedai Ni Mudah Nak Buat. Patutlah Ramai Share Hingga 21K! Resipi Yong Taufu Sama Rasa Di Kedai Ni Mudah Nak Buat. Patutlah Ramai Share Hingga 21K!

Resipi Yong Taufu Sama Rasa Di Kedai Ni Mudah Nak Buat. Patutlah Ramai Share Hingga 21K!
Silakan kongsi resipi, saya izinkan. Selamat mencuba.
Kredit : Nor Husma Husin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI