Setiap sayur ada khasiat yang terbaik untuk tubuh badan. Lantaran itu, setiap keluarga kena pastikan setiap hidangan terdapat masakan sayuran agar dapat menjamin kesihatan tubuh badan. Satu lagi jenis sayuran yang sangat bermanfaat bagi kesihatan dan harus menjadi pilihan menu seharian adalah kacang bendi.

Kacang bendi atau nama saintifiknya ‘abelmoschus esculentus’ mempunyai banyak khasiat tersembunyi di sebalik lendirannya. Sebagaimana perkongsian pakar otak menyifatkan masakan sayur bendi amat bermanfaat untuk kesihatan ahli keluarga. Jom semak penjelasan doktor ini DrRizal Abu Bakar


Petang ini kuliah sampai jam 5 petang. Saya habiskan awal sejam. Ada mesyuarat yang Dekan minta saya sertai.

Ketika mahu ke bilik mesyuarat, cikpuan isteri telefon. Mahu sayur apa hari ini. “Bendi stim” jawab saya ringkas.

Ramai tidak tahu betapa hebatnya bendi yang juga disebut kacang lendir ini.

Bendi walaupun kecil, besar pada manfaat dan khasiatnya.

Biji bendi contohnya ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Walaupun kecil bijinya juga ada vitamin B1 dan B2, quercetin.

IKLAN

Tidak hairanlah atlet negara China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.

Lebih menarik tentang bendi ini, kajian dapati bendi adalah:

1) Anti diabetic – fiber dari bendi perlahankan kemasukan gula dalam darah.

IKLAN

2) Anti kolesterol – pectin di dalam bendi bantu rendahkan kolesterol sebanyak 10% berdasarkan kajian.
.
3) Penjaga neuron atau sel otak – catechin bertindak menghalang sel otak dari mati.
.
4) Tingkatkan kapasiti otak – epicatechin di dalam bendi hidupkan sel otak atau neurogenesis terutamanya bahagian otak yang libatkan belajar dan memori.

5) Anti nyanyuk atau alzheimer – quercetin dan procyanidin di dalam bendi punyai kapasiti halang penyakit berkaitan neurodegenrative seperti alzheimer dan dementia. Ia juga bertindak sebagai neuroprotection atau penjaga kepada sel otak.

Begitulah hebatnya makhluk kecil ini. Saya biasanya ratah begitu sahaja. Sebab mahu kekalkan nutrisi di dalamnya. Bagi saya bendi adalah brain vege yang perlu diambil 2-3 kali seminggu.

Cubalah. Ia murah, mudah disediakan dan sedap.
.