Biarpun hidangan Nasi Kak Wok yang dijual serba ringkas menunya, nasi putih dibungkus bersama ayam goreng, kuah gulai dan sambal belacan. Ianya sudah memadai memberi rasa hidangan yang cukup puas untuk dimakan.

Hakikatnya, ramai yang telah terbiasa membelinya sahaja. Jadi apa kata, kali ini kita cuba pula untuk menyediakannya sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Puan Mazliza Ahmad ini.

Melihat posting di akaun fbnya sahaja sudah menampakkan kelazatan rasa. Jadi tunggu apa lagi, jom kita ke dapur!


“Tadi tengah hari akak post nasi kak wok yang akak wat versi akak dan akak letak dalam kertas minyak..ada yang tak caya katanya iya ke buat??? Dan ramai sangat yang nak buat juga dan nak resipi..ok..jom akak bagi resipi versi akak ni dengan gambarnya sekali..bukan nak buktikan apa-apa pun….tapi cuma nak share rupa sebenar lauk-lauknya sebelum di camporkan dengan nasi dan supaya memudahkan kawan-kawan yang nak simpan resipi”Mazliza Ahmad

Ayam goreng kak wok versi akak

Bahan:
[email protected] ketul ayam-potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan tepung bestari pedas
Garam dan perasa

Cara:
Gaul semua bahan dengan ayam dan perap sekejap dalam 1/2 jam pastu goreng garing

Sambal belacan

Bahan:
[email protected] tangkai cili padi
1 inci belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi-belah 2 dan buang biji
Garam ,perasa dan gula

Cara:
Goreng semua bahan dalam sedikit minyak hingga layu(kecuali limau)
Tumbuk semua bahan dengan garam dan perasa
Dah lumat baru masukkan gula dan perahkan limau
Masukkan [email protected] keping kulit limau dalam sambal dan gaul rata

Gulai kak wok versi akk

Bahan:
Segala tulang dan kaki ayam-cincang
2 biji bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris
1 inci halia
2 peket kecil rempah kari daging babas
1/2 peket kecil rempah kerutub adabi
1 biji terung-potong kecik
[email protected] batang kacang panjang-patah-patahkan
1/2 kotak kecil santan
2 keping asam keping
1 sudu makan gula merah
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa

Cara:
Bancuh kedua rempah dengan air
Tumis bahan hiris hingga garing dan naik bau
Masukkan rempah dan tumis garing
Masukkan 1 mangkuk air.
Masukkan tulang ayam dan sayur
Masukkan gula merah,gula,garam dan perasa
Masukkan asam keping dan santan
Balancekan rasanya dan kepekatan kuahnya.

Masak Nasi putih tu..letakkan daun pandan [email protected] helai

sumber : Mazliza Ahmad via MAHN

Tinggalkan Komen