Menu yang satu ni memang cukup terkenal di Pantai Timur. Sebut sahaja Solok Lada mesti terbayang lada hijau muda yangdisumbat dengan inti di dalamnya. Menu ini sememangnya cukup terkenal di Kelantan.
Ibu-ibu nak cuba buat sendiri. jom admin kongsikan resipinya.
Suami saya kata. Solok lada saya tersedap di dunia. Kita apa lagi kembang kempis hidung .😂 Sape nak resipi, mai saya bagi Resipi solok lada kelate cara saya Aishah Toke Kek
Bahan-Bahan: 20 biji lada solok Ikan selayang 12 ekor 5 ulas bawang merah 1inci halia, garam & gula Kelapa parut putih rm3 150ml Santan untuk merebus solok lada.
Pengurusan harta pusaka adalah suatu yang amat penting di dalam keluarga. Ia perlu dilakukan dan ditadbir dengan baik agar semua adik beradik tidak bergaduh disebabkan harta peninggalan orang tua.
Umpamanya dalam bab tanah pusaka di mana gerannya adalah dikongsi oleh banyak penama. Bagaimana sewajarnya harus dilakukan?
Nak tahu lanjut, ikuti penerangan detail dari peguam ini. Jom semak.
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Tanaman kecil-kecilan kita di rumah seperti pokok cili, pokok daun kari, daun kunyit dan sebagainya selalu menjadi mangsa ulat. Habis tanam-tanaman jadi mangsa si ulat kecil ni.
Daun pokok kita yang segar bugar habis dibotakkan si ulat kecil ni. Geram juga melihatnya. Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?
Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku.blogspot.my ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.
Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.
Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.
Bahan-bahan:
Bawang Putih
Cili
Sabun Basuh Pinggan
Cara:
1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.
2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.
3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.
4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.
5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.
6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.
Boleh la di spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!
Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni.
Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.