Ajak Shiro Ayah Yang Sporting! Video Menari Dengan Anak Tarik Perhatian Netizen

Share

Apabila seorang bapa yang mensantuni anak dengan baik, ia akan menjadikan sebuah keluarga itu bahagia. Begitulah gambaran yang jelas dilihat bagi keluarga pelawak terkenal, Ajak Shiro.

Beliau yang memuat naik video aksinya menari bersama anak sulungnya, Jad Thaqif telah menarik perhatian netizennya. Aksi selamba mereka menari mencuit hati. Jelas membayangkan hubungan yang rapat Ajak dengan anaknya.

“Haa, Baba dgn Jad dah belajar menari.”

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya terhibur dengan gelagat anak beranak ini. Malah isteri Ajak turut memberi komen entrinya.

Anak ibu

Yang penting Jad hensem

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga bersama Nur Afifah Amin, seorang guru dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber:Instagram ajakshiro

IKLAN