Apabila seorang bapa yang mensantuni anak dengan baik, ia akan menjadikan sebuah keluarga itu bahagia. Begitulah gambaran yang jelas dilihat bagi keluarga pelawak terkenal, Ajak Shiro.
Beliau yang memuat naik video aksinya menari bersama anak sulungnya, Jad Thaqif telah menarik perhatian netizennya. Aksi selamba mereka menari mencuit hati. Jelas membayangkan hubungan yang rapat Ajak dengan anaknya.
Datuk Seri Aliff Syukri nama yang tidak asing lagi buat warga media sosial. Siapa saja tak kenal dengan Usahawan kosmetik terkenal ini yang sering dilihat terpalit dengan pelbagai kontroversi yang tak sedap didengar.
Namun sejak kebelakangan dia semakin kurang terbabit dengan sebarang gimik atau kontroversi unuk menarik perhatian netizen.
Terbaru, pengasas dan pemilik D’Herbs Holding Sdn. Bhd. memuatnaik video ahli keluarganya menaiki ke kereta menuju ke negeri Kelantan atas urusan perniagaannya.
Kapsyennya menyentuh mengenai rezeki untuk keluarga.
Netizen Puji Content Tiada Kontroversi Dan Unsur Kekeluargaan
Melihat video yang dikongsikan di akaun media sosial usahawan, ramai pengguna sosial media memberi komen pujian melihat content yang berunsur kekeluargaan tanpa ada kontroversi.
Mendidik anak memang mencabar buat ibu ayah. Lagi lah bila ada anak yang ramai. Tambah lagi sekarang dalam tempoh PdPR ramai ibu yang berkerja dirumah perlu melakukan kerja dan mengajar anak.
Sudah tentu ia suatu yang sukar. Namun untuk mengurus supaya emosi kita lebih stabil, sudah tentu ada caranya.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ustazan Aminah Mat Yusof cara mengurus emosi agar dapat membantu anak belajar.
AMALKAN SURAH INI DAN URUS EMOSI
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
Berlapang dada, baru tak salahkan pihak lain
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
Amalkan ayat ini
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak untuk melengkapkan potensi diri anak.
Kemahiran berfikir dikalangan kanak-kanak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
1.Cerita semula
Sentiasa galak kanak-kanak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
Bertanya kepada kanak-kanak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Situasi ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
3.Analisis watak
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta kanak-kanak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila kanak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.