Dalam diam , pelakon cantik manis Hannah Delisha selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya. Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon berkenaan di laman instagramnya sebentar tadi.
Seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan hingga mati.
Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
“Sekitar jam 11.30 pagi doktor hospital itu menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan awal, doktor itu mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal,” katanya tadi.
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya Ahad lalu, selepas kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.
Sejurus menerima laporan, polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang juga suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman diberikan.
“Hasil maklumat risikan, polis menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari. Suaminya turut ditahan pada hari sama,” katanya.
Hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.
“Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.
“Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
“Punca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa,” ujarnya.
Katanya, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.
“Teman lelaki suspek yang juga seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.
“Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar,” katanya.
Beliau berkata, suspek dan teman lelakinya direman tujuh hari bermula 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Usai 11 hari melahirkan anak keempat, pelakon dan Usahawan cantik manis Wawa Zainal berkongsi wajah anaknya.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya bersama dua keping gambar mereka sekeluarga. Turut berbuat demikian adalah suaminya, Aeril Zafril.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sekaligus meraikan bayi keempat mereka dalam majlis cukur jambul yang diadakan Di kediaman pasangan ini.
Majlis bertemakan rona putih itu tampak sederhana namun meriah. Rata-rata Warganet memuji keluarga bahagia ini, bahkan Wawa yang masih berpantang tetap tampak anggun dan cantik.
Dalam masa yang sama, pasangan ini mendedahkan nama bayi lelaki mereka iaitu Jibril Ibtisam. Cukup sedap dan indah nama yang dipilih.
Menerusi komen,ada yang memberitahu makna nama tersebut adalah Jibril Yang Tersenyum (Ibtisam).
Film 99 Kali Rindu namanya Ahmad Fakhrudin Attar(anak pertama Attar) , dan yg ini Jibril (anak ke 4 Jibril pula namanya). Smga semua anak2 nya jdi anak yg soleh soleha. Aamin
Umum mengetahui bahawa kad kahwin merupakan dokumen perkahwinan sah bagi menggantikan sijil perakuan nikah yang didatangkan di dalam bentuk kad.
Ini merupakan inisiatif kerajaan bagi memudahkan pasangan suami isteri membawa dokumen tersebut ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
Kad Perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan.
Suatu perkongsian daripada pemilik facebook, Henna Jannah mengenai pengalamannya yang hampir di ‘cekup’ oleh pegawai pencegah maksiat. Mujur kad kahwin yang berusia 6 tahun digunakan sebagai bukti. Katanya ia merupakan pengalaman pertamanya melalui situasi begitu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tragedi malam Christmas
Disebabkan ade job makeup henna di Muar, so i decide utk stay one of the hotel area bypass Muar..around 12tgh malam, i n husband sleep already laa sbb kol 6pg i ade makeup Sg.Mati,Muar.
Tibe around 2pagi cmtu, kami dikejutkan dgn ketukan pintu blik yg kuat
Kiteorang trus mcm trjaga gitu sbb ketukan kuat tu. I mcm blur “eh nape org ketuk pintu ni..org hotel ni nak ape”
Husband check kat lubang pintu n dia ckp kat i “Syg! Pencegah maksiat syg! Kluarkan ic syg” I like “Huh?! Really?!” Dorang tnggu dlm 3 minit gak sbb i duk nak capai tudung ape semua dgn blurnya. Trus husband bukak pintu
Bukak je pintu, x smpt pihak tu nak tnye, husband trus hulur our IC n kad nikah. Bukan 1-2 org ye pihak berkuasa, ramai duk trtumpu kat blik kiteorang.
Belek2 IC weols n check tarikh nikah. Ye tahun 2016. Trus dorang mcm okay encik maaf ganggu.
Hahahhaha! After almost 7 years, ini kali PERTAMA kad ni ade function Sumber: FB Henna Jannah
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.