Perkongsian kisah daripada Mohamad Khusyairi di akaun miliknya dengan tajuk  ‘Selfie Terakhir’ pernah viral suatu ketika dulu.

Rata-rata warga net ketika itu turut bersimpati dengan apa yang dicurahkan oleh suami kepada arwah isterinya.

Dan baru-baru ini, turut berkongsi nukilan  Pesan Buat Suami, memberi bayangan kepada lelaki bergelar suami tentang keadaan yang dirasakan andai suatu hari nanti isteri sudah tiada disisi.

Bersama ambil pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri agar menghargai setiap detik bersama pasangan.

Ini perkongsiannya.

PESAN BUAT SUAMI

IKLAN

Bro,
Bayangkan harini kita tidur, besok pg bangun org yg kita syg dah takde sebelah kita.. Org yg selalu peluk kita dah takde.. Org yg selalu ucapkan selamat pagi bila kita buka mata dah takde.. Mesti kita rasa sedih..

Bayangkan harini kita balik kerja org yg selalu sambut kita depan rumah takde.. Org yg sambut kita dgn senyuman dan salam tangan kita dah takde.. Mesti kita rasa sedih..

Bayangkan harini kita rasa nk mkn tapi org yg selalu sediakan makanan dan tunggu kita di meja mkn dah takde.. Mesti kita rasa sedih..

Bayangkan harini anak kita nak mkn, tapi org yg selalu suapkan die mkn dah takde.. Apa agaknya kita rasa.. Mesti kita rasa sedih..

IKLAN

Bayangkan selalunya bila kita tengah kerja ada call atau text yg masuk dr dia tapi sekarang dah takde.. Mesti kita rasa sedih..

Melalui Detik Kehilangan Isteri Tersayang, Lelaki Ni Tinggalkan Pesanan Buat Semua Suami!

Bayangkan wajah yg kita boleh tatap harini tapi sekarang kita hanya mampu tatap dlm screen phone.. Kita dah tak boleh nak sentuh.. Kita dah tak boleh nak cium.. Kita cuma mampu tengok jek.. Mesti kita rasa sedih..

IKLAN

Andai terjadi perkara ni, hari2 kita akan peluk baju2 dia bila nak tidur.. Kita akan belek msj2 yg dia hantar pada kita hari2.. Hari2 kita terbayang dia sebelah kita.. Hari2 kita terbayang dia sediakan makanan kita.. Hari2 kita terbayang senyuman dia.. Hari2 kita terbayang gelak tawa dia.. Itulah perasaan yang hari2 kita akan rasa..

Bro,
Harini genap setahun isteri aku pergi.. Benda2 ni semua la apa yg aku rasa.. Benda2 ni semua la apa yg aku dah hadap.. Benda2 ni semua la yg aku dah lalui.. Sakit.. Pedih.. Rindu.. Menyesal.. Tapi takde ape yg aku boleh buat sbb dia dah takde..

Selagi dia ada ni kita layan lah dia mcm permaisuri.. Sayangilah dia seadanya.. Aku pesan ni bkn sbb nak tunjuk bagus.. Tapi sama2 mengingatkan.. Supaya kita sentiasa menghargai apa yang ada depan mata.. Supaya kita sentiasa menghargai insan yang bernama isteri..

Ikhlas dari seorang suami yg sentiasa rindukan isterinya AdeLiyana Sapuan,

sumber : Mohamad Khusyairi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI