Akhirnya Setelah 4 Tahun, Jalaluddin Hassan Baru Buka Pintu Hati Terima Cinta Baru
Foto percutian pelakon versatil, Datuk Jalaluddin Hassan dan isterinya buat ramai bersemut. Nampak loving birds sangat!
Muat naik terkini pelakon Datuk Jalaluddin Hassan menerusi Instagram miliknya memaparkan gambar pasangan ini sedang menikmati percutian di sebuah pulau, iaitu Pulau Mabul Semporna Sabah. Pasangan ini kelihatan berpakaian senada memilih warna putih ketika bercuti.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dalam masa yang sama, menerusi kapsyen Jalaluddin juga memberikan gambaran bersyukur dengan nikmat perkahwinan keduanya yang baru berusia 5 tahun.
“Menikmati ciptaan Tuhan ..Pulau Mabul Semporna Sabah. Ya Allah yg Maha Pengasih Maha Penyayang. Sesunggoh nya dgn rahmat mu jua. “
PERKAHWINAN KEDUA DEMI PERMINTAAN ARWAH AYAH
Namun tahukah anda bahawa cinta baru pelakon serba boleh ini selepas kematian isterinya pada tahun 2016 adalah permintaan arwah ayahnya.
Sesungguhnya jodoh itu rahsia Tuhan. Jalaluddin tidak menduga akan berkahwin kali kedua.
Ads
Biarpun hatinya berat untuk berkahwin kali kedua, namun demi memenuhi permintaan Allahyarham bapanya, Tan Sri Hassan Azhari yang mencarikan jodoh buat dirinya.
Katanya arwahnya mencarikan jodoh buat dirinya setelah enam bulan kematian isterinya. Bagaimanapun, Jalaluddin membuat pengakuan bahawa mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan Rapidah setelah mereka berkahwin.
SETELAH 4 TAHUN BARU TERIMA CINTA BARU
Bukan tidak menghargai isterinya yang baru dinikahinya, namun dia menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baru. Hatinya terusik tidak dapat melupakan Allahyarham isterinya.
Namun dia cuba secara beransur-ansur menyesuaikan diri demi memastikan rumahtangga yang baru dibina itu kekal bahagia.
“Saya mengambil masa lebih kurang empat tahun sebelum benar-benar dapat menerima Rapidah dalam hidup saya.”
Namun, Jalaluddin tidak mahu mengsia-siakan keikhlasan Rapidah menerimanya dirinya seadanya. Kesabaran isterinya akhirnya berbaloi akhirnya hati Jalaluddin terbuka untuk menerima wanita lain dalam hatinya.
Malah menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang penyayang dan setia di sampingnya kala suka dan duka.
Ads
“Selain kesabaran dan kesetiannya, personalitinya dia yang mudah mesra dan pandai memasak membuatkan saya jatuh cinta kepadanya.”
WARGAMAYA TITIP DOA KEKAL BAHAGIA
Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, rata-rata menitipkan doa kebahagian buat pasangan ini. Antara komen wargamaya adalah seperti berikut.
“Wow…so sweet..
“Terinspirasi dgn perwatakan datin dan datuk yg saling menghormati dan berkasih sayang walau usia semakin meningkat.”
“Dato. Enjoy bercuti & take care.”
Ads
Untuk rekod pelakon veteran bergelar suami kepada Rapidah Abd Ghani pada 12 November tahun 2017, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.
Allahyarham Hashimah Mad Ehsan, meninggal dunia oada 4 November 2016 akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan saluran jantung di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
Menikah atau berkahwin adalah salah satu sunnah Rasullullah yang dapat membuatkan seseorang menjadi lebih baik dan lebih dekat kepada Allah. Dengan berkahwin seseorang akan mendapat kebahagian yang diberikan oleh Allah sebagai kenikmatan di dunia.
Walaupun begitu ramai lelaki yang takut untuk berkahwin, antaranya kerana takut tidak dapat bertanggungjawab terhadap anak dan isterinya. Ramai yang takut berkahwin kerana bimbang jika mereka tidak mampu menanggung keperluan anak dan isterinya.
Padahal, jelas bahawa Allah akan memberikan rezeki yang lebih kepada pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, Allah juga tidak akan membuatkan umat-Nya menjadi susah setelah berkahwin, dan juga seharusnya kamu tahu bahawa ada beberapa ciri isteri yang mengundang rezeki suami yang melimpah ruah.
Ketahuilah wahai lelaki, calon suami mahupun suami, ada beberapa ciri isteri yang dapat mengundang rezeki suami melimpah ruah:-
1. Wanita yang Taat Pada Allah dan Rasul-Nya
Wanita yang taat pada Allah dan Rasul-Nya adalah wanita yang akan memberikan keberkatan didalam rumahtangga dan juga rezeki yang melimpah ruah untuk suami. Bagi para lelaki yang ingin berkahwin, sebaiknya pilihlah wanita dari agamanya. Wanita yang baik adalah wanita yang taat pada Allah dan juga Rasul-Nya.
2. Wanita yang Taat Pada Suaminya
Wanita yang sholehah pasti akan taat pada perintah suaminya selama perintah itu tidak bertentangan dengan agama. Dengan itu, hati suami akan menjadi tenang dan tenteram dan mudah menjalankan kewajipannya mencari rezeki.
3. Wanita yang Melayani Suaminya dengan Baik
Isteri yang sholehah haruslah melayan suaminya dengan baik, seperti menyiapkan makanan untuk suami, menyiapkan keperluaannya, mendidik anak-anaknya perkara yang baik, menjaga hati suami, dan dapat menenangkan hati suami ketika merasa gelisah. Isteri seperti ini adalah isteri idaman dan isteri kesayangan para suami.
4. Wanita yang Berhias Hanya untuk Suaminya
Sebaik-baiknya perhiasan dunia adalah wanita solehah. Wanita memang sinonim dengan berhias, tetapi wanita solehah hanya akan berhias untuk suaminya. Wanita solehah akan selalu menampakan perhiasannya dan kecantikannya hanya untuk suaminya. Wanita seperti ini akan mengundang rezeki yang melimpah untuk suaminya.
5. Jika Ditinggal Menjaga Kehormatan dan Harta Suami
Jika ditinggal suami ketika mencari nafkah, isteri yang membawa rezeki akan senantiasa menjaga kehormatan dan juga harta suami yang dititipkan kepadanya. Isteri yang solehah tidak akan keluar rumah jika tidak mendapat keizinan suami, dan juga membatasi tetamau-tetamu yang bertandang ke rumah.
6. Wanita Yang Senantiasa Meminta Redha Suami ke Atasnya
Isteri yang dapat membawa rezeki untuk pernikahannya adalah wanita yang senantiasa meminta redha suami ke atasnya. Ketika perlakuannya membuatkan hati suaminya tersinggung, maka mereka akan datang kepada suaminya dan tidak akan tidur sebelum mendapatkan maaf dari suaminya.
7. Wanita yang Menerima Pemberian Suami Dengan Ikhlas
Isteri yang selalu ikhlas menerima pemberian suami dengan ikhlas adalah istri yang akan membawa banyak rezeki untuk suaminya. Isteri pembawa rezeki akan selalu menerima pemberian suami dengan ikhlas dan tidak pernah mengeluh kekurangan dari pemberian suaminya. Isteri seperti ini akan sentiasa ditambahkan rezekinya oleh Allah.
8. Wanita yang Menjadi Partner Meraih Redha Allah
Isteri yang dapat menjadi partner dalam meraih kejayaan di dunia dan di akhirat adalah isteri pembawa rezeki. Isteri dengan ciri ini ia akan selalu berkata-kata lembut pada suaminya, dan menjadi motivasi bagi suaminya untuk selalu bersemangat mencapai redha Allah.
9. Wanita yang Tak Pernah Putus Doa Untuk Suaminya
Ciri isteri pembawa rezeki yang terakhir adalah isteri yang senantiasa selalu mendoakan suaminya. Ia tidak pernah merasa putus asa terhadap apa yang menimpa pada dirinya dan keluarganya. Ia terus mendoakan suami dan anak-anaknya agar berjaya di dunia dan di akhirat.
Tentu ramai yang suka makan aiskrim. Jika boleh hari-hari nak menjamah pencuci mulut ini. Tapi tak kan nak beli hari-hari, hargapun mahal dan ada yang manis.
Jadi apa kata buat sendiri aiskrim di rumah. Mudah, sihat dan jimat. Malah rasa manis pun kita boleh kontrol. Jom cuba buat!
Resepi Aiskrim homemade.
Bahan-bahan
1.Susu cair 1 tin
2.Susu pekat 2sudu besar penuh (nak manis lagi boleh tambah)
3.Ovalet 1sudu besar
4.Milo 3 sudu besar nak letak lebih pun boleh lagi sedap.
Penyediaan:
Semua bahan-bahan tadi dikisar dengan pengisar selama 2 hingga 3 minit. Pastikan semua bahan-bahan ada termasuk ovalet yang akan membuatkan aiskrim mengebu.
Apabila sudah sebati. Simpan aiskrim dalam bekas kedap udara di bahagian sejuk beku.
Bagaimanapun, bagi yang tak suka manis, boleh kurangkan susu.
Jika nak rasa lebih sedap, tabur coklat atau milo atas aiskrim. Memang macam di kedai!
Semua orang tahu sifat seorang perempuan perlukan kasih sayang, perhatian dan sokongan dari seorang lelaki.
Ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup seorang anak. Bukan hanya berperanan sebagai hero, malah ayah sangat penting bagi seorang anak perempuan kerana mereka akan dijadikan contoh dalam kehidupan mereka.
Jangan sesekali letakkan jurang antara ayah dan anak perempuan sedari kecil, ia akan beri impak pada mereka bila besar nanti. Nak tahu apa yang anak perempuan harapkan dari seorang ayah? Jom tengok perkongsian dari Redza Zainol ini!
5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya
1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.
Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.
– Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
– Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
– Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.
2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.
Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi. Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.
Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.
Sebab tu penting untuk kita ada “Special Time” dengan setiap anak.
✔️ Luang masa selama 15 minit sehari dah boleh buat anak tersenyum sepanjang malam.
✔️ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
✔️ Masa ni kita fokus hanya untuk diri kita dan anak.
✔️ Aktiviti pula biarlah ditentukan oleh anak.
Anak perempuan yang banyak bermain bersama ayah sejak kecil, dia tak kekok membuat aktiviti bersama ayahnya walaupun sudah remaja.
3) Mereka nak ayah yang kagum dengan idea dan pendapat mereka.
– Anak perempuan akan rasa mereka bijak di mata ayah.
– Rasa mereka ada nilai diri yang tinggi.
– Mereka nak ayah yang beri pujian ikhlas dari hati.
4) Mereka nak didengari.
Mereka suka bila ayah tanya apa yang mereka fikirkan atau apa impian mereka.
Cuba fahami dunia dari kacamata anak perempuan kita. Bila anak rasa diri dia didengari, kemungkinan untuk dia dengar apa yang kita mahu katakan pula adalah lebih tinggi.
5) Belajar cara lelaki bergaul dari ayah.
Anak perempuan belajar bergurau, belajar menyelesaikan konflik dan belajar berbincang tentang perkara yang serius dalam keadaan yang tenang.
Ayahlah orang paling penting untuk anak perempuan bina “Self-Esteem” dirinya.
Jika ibu ialah tempat anak perempuan berasa paling selamat, ayah pula akan mengangkat anak perempuannya hingga dia terbang setinggi-tingginya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.