Penjagaan gigi buat kanak-kanak harus bermula sejak kecil lagi. Ia memastikan supaya gigi kekal sihat untuk jangka masa panjang.

Bayangkan jika anak-anak makan makanan manis tanpa mengosok gigi sebelum tidur atau dalam tempoh yang lama akan berlaku kerosakan gigi.

Akibatnya akan menyebabkan anak mengalami masalah sakit gigi atau gigi berlubang.

Sehubungan itu, menerusi perkongsian seorang doktor gigi yang menasihati agar ibu bapa alert untuk penjagaan gigi anak.

Katanya biarlah ibu bapa dianggap kejam apabila terpaksa memaksa anak menggosok gigi dengan memegang erat anak.

Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.

IKLAN

______________________________

‘Dr, saya  tak berus gigi anak saya sebab dia mengamuk-mengamuk tiap kali nak berus gigi.’

Ibu Bapa semua, jika anak menangis/mengamuk xnak berus gigi, kita xboleh putus asa dan terus tak berus gigi mereka. Anak kecil dlm proses belajar, jika mereka menangis  tak nak berus gigi dan kita pun tak berus gigi mereka maka mereka akn belajar bahawa jika mereka menangis mereka  tak perlu berus gigi. Jadi rutin ini akn sentiasa berlaku dan akhirnya gigi anak tidak diberus dan akan menyebabkan gigi menjadi rosak/berlubang.

Cara bagaimana memberus gigi anak jika mereka menangis/mengamuk teruk.

IKLAN

1. Teknik Dua Orang 
Jika anak mengamuk teruk, bapa boleh duduk dikerusi sambil memeluk anak di atas riba. Baringkan kepala anak diatas riba ibu sambil memegang tgn anak. Ibu boleh memegang kepala anak dan memaksa dia membuka mulut untuk memberus giginya.

“Nampak Kejam Tapi Kita Lagi Kejam Jika Nak Menangis Sepanjang Malam Tak Tidur Sakit Gigi.” Take Note Pesanan Doktor Gigi Ni.

2. Teknik seorang 
Ibu/bapa boleh berdiri dibelakang anak dan memberus gigi sambil memegang kepala mereka. Ataupun duduk dibawah dan meletakkn anak dicelah kaki dan memeluknya. Kemudian anda boleh memberus gigi anak sambil memegang kepalanya.]

IKLAN

“Nampak Kejam Tapi Kita Lagi Kejam Jika Nak Menangis Sepanjang Malam Tak Tidur Sakit Gigi.” Take Note Pesanan Doktor Gigi Ni. “Nampak Kejam Tapi Kita Lagi Kejam Jika Nak Menangis Sepanjang Malam Tak Tidur Sakit Gigi.” Take Note Pesanan Doktor Gigi Ni.

‘Hari-hari  perlu buat macam ni ke?’

Bukan perlu buat hari2 begini,hanya ketika anak mengamuk teruk tidak mahu berus gigi. Dengan cara ini, anak kecil akan belajar bahawa tidak kira mereka menangis/mengamuk, rutin memberus gigi wajib juga dibuat. Lama kelamaan anak akan menerima hakikat bahawa memberus gigi ini WAJIB dilakukan tidak kira sama ada mereka xsuka/xmahu.

‘Nampak KEJAM la Dr paksa n biar anak menangis teruk macam ni…kesian..’
Kita hanya memberus gigi tidak sampai 2 minit pun, selepas itu anak akan berhenti menangis..Jika kita membiarkan gigi anak2 kecil tidak diberus sehingga menyebabkan kerosakan semua gigi dan akhirnya anak menangis sepanjang malam xtido sakit gigi, itulah sebenarnya yang lebih KEJAM.

Sumber: Dr @zulaikahosni (Klinik Pergigian Love)

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI