Ads

Akhyar Rashid Kongsi Momen Lucu Bergelar Bapa, Mahu Muhammad Luay Lebih Hebat Daripadanya

Kehadiran cahaya mata sulung sememangnya membawa perubahan besar dalam kehidupan pasangan suami isteri. Bagi pemain bola sepak Negeri Sembilan FC, Akhyar Rashid, pengalaman bergelar bapa kepada Muhammad Luay Khayr membuka satu dunia baharu yang penuh dengan momen manis, cabaran dan detik mencuit hati.

Sejak kelahiran putera sulungnya, kehidupan Akhyar bukan sahaja tertumpu kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional, malah turut dipenuhi dengan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Walaupun jadual latihan dan perlawanan padat, beliau mengakui setiap pengalaman bersama anak memberikan kebahagiaan yang sukar digambarkan.

Akhyar Rashid Kongsi Momen Lucu Bergelar Bapa, Mahu Muhammad Luay Lebih Hebat Daripadanya

Akhyar Rashid Kongsi Pengalaman Lucu Menukar Lampin

Dalam satu temu ramah, suami kepada pelakon Eyka Farhana itu berkongsi rutin menguruskan si kecil, termasuk pengalaman lucu ketika menukar lampin.

“Banyak kali dah kena baju. Kencing tak tahulah sampai ke sini dah,” katanya sambil menunjukkan ke bahagian dada.

“Kadang-kadang dia kencing sampai ke muka dia,” ujarnya sambil ketawa.

Perkongsian itu mengundang senyuman ramai kerana situasi tersebut sering dialami oleh ibu bapa yang baru menimang cahaya mata. Walaupun kelihatan mencabar, Akhyar menganggap detik-detik seperti itu sebagai pengalaman yang akan menjadi kenangan indah suatu hari nanti.

Akhyar Rashid Kongsi Momen Lucu Bergelar Bapa, Mahu Muhammad Luay Lebih Hebat Daripadanya

Ads

Komunikasi Dengan Eyka Farhana Jadi Kunci

Akhyar mengakui kehidupan selepas bergelar ibu bapa amat berbeza berbanding ketika mereka masih bercinta.

Menurut pemain sayap kebangsaan itu, komunikasi dan sikap bertolak ansur antara suami isteri sangat penting bagi memastikan anak dapat dibesarkan dengan baik.

“Komunikasi dengan isteri untuk membesarkan anak-anak ini adalah penting.

“Dahulu kita bercinta, apabila sudah jadi ibu bapa ini keadaannya lain. Macam dunia baharu.

“Kita kena ada komunikasi yang bagus dan bertolak ansur sebab kita pun pernah jadi seorang anak, kan?” kongsinya.

Mahu Muhammad Luay Lebih Hebat Daripadanya

Akhyar Rashid turut menyimpan harapan agar Muhammad Luay mampu mencapai kejayaan yang lebih besar daripadanya suatu hari nanti.

Ads

Pemain berbakat kelahiran Kedah itu mahu puteranya mengetahui segala usaha dan cabaran yang dilalui sebelum berjaya mencipta nama dalam arena bola sepak.

“Saya dari Kedah, budak kampung. Sekarang saya bermain untuk Negeri Sembilan FC, dipinjamkan oleh Terengganu FC dan juga pasukan Malaysia.

“Saya bermula daripada budak kampung yang baru nak main bola dan bercita-cita tinggi.

“Saya nak dia tahu perjalanan saya juga. Saya nak dia lebih daripada saya,” katanya.

Baginya, kejayaan sebenar bukan sekadar dikenali sebagai pemain bola sepak profesional, tetapi menjadi inspirasi kepada anak untuk terus berusaha mencapai impian sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Akhyar.R (@akhyarrashid)

Ads

Pencapaian Kini Berubah Selepas Bergelar Bapa

Selepas menjadi bapa, Akhyar mengakui pandangannya terhadap maksud sebuah pencapaian turut berubah.

Jika dahulu kejayaan baginya adalah apabila memenangi perlawanan, kini dia mahu memberikan sepenuh usaha untuk menjadi seorang bapa yang sentiasa hadir dalam kehidupan anak.

“Pencapaian saya dahulu menang dalam perlawanan. Sekarang pencapaian saya sudah berubah. Saya akan beri 100 peratus macam mana saya beri di atas padang.

“Saya nak anak bangga dengan saya bukan sebab saya main bola, tapi saya nak dia bangga sebab usaha saya untuk sentiasa ada dengan dia. Itu sahaja,” tuturnya.

Keluarga Jadi Keutamaan Akhyar Rashid

Akhyar dan Eyka menyambut kelahiran Muhammad Luay pada 16 Mei lalu. Pasangan romantis itu mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2025 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

Kehadiran Luay nyata menjadi pelengkap kebahagiaan mereka, sekali gus mengajar pasangan ini tentang erti tanggungjawab, pengorbanan dan kasih sayang sebagai ibu bapa.

BACA LAGI : “Syukur Alhamdulillah,” – Eyka Farhana, Akhyar Rashid Bakal Timang Anak Lelaki

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Mainan Squishy Dumpling Dikesan Mengandungi Benzena, Ibu Bapa Perlu Lebih Waspada

Mainan squishy dumpling di United Kingdom ditarik balik selepas dikesan mengandungi benzena. Ketahui risiko kesihatan, punca pencemaran dan tip memilih mainan yang lebih selamat untuk kanak-kanak.