Bekerja dari rumah bukanlah perkara yang asing kini selepas negara dilanda pandemik Covid-19 sejak tahun lalu. Dalam pada yang sama perlu mengurukan pembelajaran anak-anak di rumah (PdPR).

Namun semua itu adalah cabaran buat kita semua. Bagaimanapun tidak dinafikan, kadang kala emosi tertekan itu datang. Bukan suami tidak membantu, lumrah emosi itu datang tanpa sedar.

Luahan antara salah satu cara untuk melegakan apa yang dialami. Tular di media sosial luahan emosi dan sekeping gambar buku sekolah yang koyak. Begitulah yang dialami oleh wanita ini, puan Shazila Johari menerusi postingnya  sehingga mendapat share lebih 12K.

Sekadar berkongsi luahan, beliau tidak menyangka ramai yang memberi pelbagai komen pro dan kontra termasuk yang mendoakan dan memberi kata-kata semangat serta nasihat.

Moga jadi perkongsian ini menjadi iktibar untuk sama-sama menjadi ibu dan isteri yang sempurna buat anak-anak.

“Jujurnya Rasa Penat Sangat.” Koyak Buku Anak, Wanita Ini Luah Emosi, Warganet Titip Doa Dan Kata Semangat!

Penat sangat

Hari ni aku rasa tewas sebagai mak + org rumah + penjawat awam.. Tewas dgn nafsu marah.. Jujurnya aku rasa penat sgt.. Pkp ni bukan mudah utk aku..dengan anak2 kecik 5 org.. Anak2 yg pdpr perlukan perhatian penuh sbb baru darjah 1 dan 2..yg tabika tadika pun ada keja jugak.. Baby lagilah xtau apa,nak kena tgk dia.. Status bdr lagi.. Apa punya laaa..
Aku bangun pagi bukak komputer anak2.. Sediakan buku kat sebelah.. Along dah terlepas kelas english, ada 2 lagi online class yg dia masuk.. Si farhan kelas sains saja hari ni online, yg lain semua dalam GC. Itupun buku teks dah hilang ke mana, tak dapat aku jejak.. Jadi aku bukak buku teks online siap2.. Dah makan nasik goreng, dia pun masuk kelas dia.. Yg along tak habis2 sampai ke tengahari. Makan pun x sempat lg tu.. Sambil2 tula aku ni berlari sidai cadar selimut yg org tu kencing semalam.. Yg tak lipat pun bertimbun lg.. Kemas2 dapur, 2-3 kali bukak tutup peti ais, xtau apa nak masak.. Keluarkan ayam dulu.. Suapkan si kecik2 pulak.. Dahtu baru nak mandikan depa bertiga ni..

Perlu rehat
Sufiy habis kelas, aku suruh bwak buku bahasa melayu.. Mai abg, kita buat sikit ja ni.. Dia punya bebel sambil teruih tgk tv.. Ha, part tu aku memang sakit hati.. Makanya aku ambik buku tu dan aku koyak2 macamana koyaknya hati aku dengaq dia bebel kat aku.. Aku ni mak dia kot.. Lalu kekuatan yg aku dok tahan2 sejak 2 minggu kelam kabut dengan segala ni berakhir.. Aku reyau dan reyau.. Reyau sbb aku sgt penat.. Aku sikit pun tak berbangga bila aku koyak buku dia, aku geram sgt2.. Tp dia langsung macam takdak apa2.. Kalau along, dah reyau jugak tu..

Hari ni… Setelah aku penat reyau, aku buat keja skolah depa dua hari ni guna tangan kiri dan hantaq kat cikgu. Sofia dah settle tadi lg.. Pi mampuih la dgn pdpr dan bdr hari ni.. Aku penat…. Bagi aku rehat sat hari ni..supaya esok2 aku boleh jadi normal balik.. Dapoq tak berasap smpai ke malam. Maaflah anak2.. Hari ni hari emosi mak.. Tupun ptg mak kena jenguk jugak keja mak sendiri, malam pulak tggu hampa tidoq mak sambung lagi.. . Satgi org dok kata mak makan gaji buta saja kan..

Terima kasih doakan…

Dalam pada itu setelah tular perkongsian beliau pelbagai komen. Namun beliau tidak melatah sebaliknya menerima dengan hati terbuka. Melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada yang mendoakan dan katan-kata nasihat.

“Jujurnya Rasa Penat Sangat.” Koyak Buku Anak, Wanita Ini Luah Emosi, Warganet Titip Doa Dan Kata Semangat!

Jujurnya aku tak baca semua komen kat post smlm..ada terbaca jugak.. Dia cakap koyak buku pun tak guna.. Ehhh.. Awk bukan kat tempat sy tau.. Kasikla komen murni sikit..awk buat org tambah down tau.. Nsib baik aku ni ok.. Haha
Terima kasih yg mendoakan.. Aku dah ok.. Eh,sebenarnya aku masih ok smlm tu.. Sbb tu aku koyak kulit buku je, isi buku tak koyak.. sbb aku tau tukang solotep kulit buku tu nnt aku lahhh jugak.. Haha..saja kasik seram sikit depan dia.. 😆
Dan yg buatkan keje skolah tupun stakat smlm jela.. 1 hari dalam sejarah katanya.. Hampa jgn tiru pulak.. Tp its really ringankan bahu. Hahaha..
Sekolah anak2 tak bebankan pun.. Dah banyak cikgu2 baiki.. Skrg ada 1 dashboard je utk semua subjek, link GM yg sama, tak perlu tertunggu2 link bertukar2.. Kat situlah kehadiran bagai.. Dan jadual pun walaupun masih ada semua subjek tp tak semua ada GM.. Cikgu dah tanda siap2 yg ada GM, 1-3 subjek macam tu.. Kadang 1 je sehari tp mcm wajiblah.. Yg lain smua dalam GC saja..yg buat mak geram tu adalah sikap longlai anak2 ni ha.. Depa sembunyi2 tgk youtube, main game..
Anak2 ptg smlm dah kena tatacara ketenteraan ngan bapak depa.. Wakaka.. Cikgu besaq hampir2 nak bersara semalam.. Pegawai PPD turun padanglah kiranya!
Hari ni masing2 bangun awai, masuk kelas dan siapkan homework.. Bermalas2 jugak tp sy ok je asal jalannn…
nampak??? Bapak kena ambik peranan.. Tak suruh bapak dok lipat baju kat belakang anak2 dok GM macam mak(akulah tu kan).😉. Cukup bapak bagi arahan ketenteraan suruh depa stay kat situ ja.. Musim2 gini, mak ayah kena bergabung tenaga.. Gitulahh ceritanya.. Sekian.. Dah udah.. Usah dipanjangkan.. Moh mak nak masuk opis pulak.. Anak2 dah habis kelas n homework hari ni. 😘
Tambah sikit lagi.. Sekolah n cikgu2 anak aku sgt ok.. Aku bukan stress sebab keja2 tu semata..bnyk benda menyumbang.. Apahai ramai pulak salahkan kpm, sekolah dan cikgu bagai.. Lawak la hampa.. Hampa rasa cikgu2 tu takdak anak2?? Depa lagi stress kot.. Nak online kelas dgn anak2 hampa.. Anak depa hampa rasa sapa jaga?? Jgn mudah2 salahkan org.. Doa bagi covid ni cepat berakhir supaya kita semua dapat back to normal.. Tu kan punca utama kita trkeluaq dari landasan yg biasa2 kita hadap ni.. Take care semua.. Hentikan covid ni!!

Sumber: Shazila Johari

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Jujurnya Rasa Penat Sangat.” Koyak Buku Anak, Wanita Ini Luah Emosi, Warganet Titip Doa Dan Kata Semangat!

 

“Jujurnya Rasa Penat Sangat.” Koyak Buku Anak, Wanita Ini Luah Emosi, Warganet Titip Doa Dan Kata Semangat!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI