Orang cakap masakan ibu paling tak boleh ditandingi, mungkin ada betulnya. Bila duduk berjauhan mesti selalu teringat air tangan mak-mak di kampung. Kini Adabi jenama masakan yang tak perlu diperkenalkan lagi, mereka muncul dengan empat produk terbaru yang buat anda semua teringat masakan ibu di kampung halaman. Apa lagi, jom cuba!
Empat produk baharu yang kini mula mendapat tempat di pasaran dan boleh didapati secara online terutama di platform atas talian Adabi iaitu di emall.adabi.com adalah Perencah Masak Lemak Cili Padi, Perencah Masak Merah, Perencah Sambal Tumis Balado Merah dan Serbuk Telur Masin Keemasan. Bagaikan masakan air tangan sendiri, inspirasi resepi ibu turun temurun, produk ini pastinya memudahkan pengguna dalam memasak sendiri lauk-pauk kegemaran mereka.
Perencah Masak Lemak Cili Padi, Pengikat Perut Si Suami
Kalau tak dapat lemak cili padi memang bukan orang Melayu lah kan. Siapa sahaja yang boleh menolak bila disajikan dengan menu ini, jadi Adabi tampilkan produk serba lengkap ini yang sedia dimasak dan menjimatkan masa. Sajian terkenal berasal dari Negeri Sembilan ini kini boleh dimasak pada bila-bila masa. Hadir dalam saiz 120 gram dan 350 gram memudahkan pengguna untuk pek sajian buat seorang atau seisi keluarga.
Cara memasak:
Panaskan kuali dan masukkan air.
Masukkan Perencah Masak Lemak Cili Padi dan serai yang telah diketuk.
Masukkan ayam atau daging.
Didihkan dan tutup kuali. Masak hingga ayam/daging empuk menggunakan api sederhana.
Masukkan santan kelapa dan daun kunyit yang telah dihiris. Masak dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Sedia untuk dihidangkan. Tambah cili padi mengikut citarasa anda.
Siap disediakan.
Perencah Masak Merah, Lembutkan Hati Ibu Mertuamu
Ads
Inginkan lauk bagaikan kenduri kahwin? Apa kata cuba sendiri keenakan Perencah Masak Merah Adabi. Lebih sedap jika digabungkan bersama nasi minyak atau tomato. Pasti mengancam hati ibu mertua yang nak datang bertandang. Pek produk ini terdapat dalam 120 gram dan 350 gram
Cara Memasak:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bawang besar yang dihiris bulat dengan api sederhana bersama Perenca Masak Merah.
Masukkan ayamyang telah digoreng separa.
Masukkan air sedikit dan didihkan dengan api sederhana. Sedia untuk dihidang!
Tips: tambahkan kacang pis mengikut kesesuaian!
Ads
Perencah Sambal Tumis Balado Merah, Ala Terasa Di Kampung Halaman
Anak-anak teringin sangat nak makan ikan dengan resepi mudah? Cuba Perencah Sambal Tumis Balado Merah Adabi. Sesuai juga untuk Ikan keli, Ikan Tilapia, Paru, Telur dan Ayam. Pek produk ini juga tersedia dalam 120gram dan 350 gram. Mesti anak-anak dah tak mahu makan di luar lagi.
Cara Memasak:
Goreng garing ikan menggunakan garam dan kunyit Adabi secukup rasa.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan Perencah Sambal Tumis Balado Merah dan tumis dalam api sederhana.
Tambahkan sedikit air, masak seketika dan tutup api.
Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam tumisan dan gaul sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan!
Ads
Serbuk Telur Masin Keemasan, Baunya Memanggil Jiran Sebelah
Masakkan menggunakan serbuk telur masin telah menjadi antara sajian yang dikenali ramai dan semakin trendy hari ini. Tak hairanlah hidangan berkrim ini sering menjadi menu di kebanyakan restoran pilihan. Jangan risau, kini Adabi juga menyediakan produk Serbuk Telur Masin Keemasan untuk anda cuba memasak sendiri di rumah. Lebih sedap lagi, produk ini mengandungi kepingan telur masin asli. Produk ini tersedia dalam pek 150 gram, 250 gram dan 800 gram.
Cara memasak:
Goreng udang bersalut tepung bersaiz sederhana dan asingkan.
Panaskan marjerin dengan api sederhana. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili.
Tumis sehingga naik bau.
Perlahankan api, masukkan Serbuk Telur Masin Keemasan Adabi dan kacau sehingga sebati.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sekata.
Sedia untuk dihidangkan!
Best kan semua pek perencah ni, bukan sahaja memudahkan para ibu di dapur, malah buat seisik keluarga terus melekat di rumah. Terdapat pelbagai produk Adabi yang mudah disediakan dan melengkapkan sajian anda. Jadi dapatkan di pasaran atau di emall.adabi.com Maklumat lanjut layari media sosial adabi_consumer.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rangup & Rapuh Kulit Karipap Sardin Ni. Sekali Buat Boleh Dapat 200 Biji, Puas Makan!
Diakui ketika menikmati keenakan karipap yang membuatkan kita makan puas hati adalah apabila kulit karipap tersebut terasa rangup dan rapuh bila digigit. Ditambah pula dengan rasa inti yang enak menjadikan kuih karipap tidak cukup dimakan sekadar sebiji dua. Pasti berulang kali dimakan dengan berselera!
Jadi untuk pastikan karipap yang enak cukup dijamu kepada seisi keluarga, ada baiknya kita masak sendiri.
Jangan gusar bab resipi, anda boleh jadikan panduan resipi yang dikongsikan oleh Puan Nida Halim. Difahamkan resipi yang dikongsikan ini dapat menghasilkan hingga 200 biji karipap.
KARIPAP SARDIN
Kulit Karipap Rapuh
Untuk 200 pcs karipap
-Sy uli pakai mixer. Pakai tgn pon bole , cuma sado je la jadinye
Bahan A = campur & kacau rata
2 kg Tpg Gandum
1 cwn Tepung Beras
2 sdt garam halus
Bahan B = panaskan sampai berasap
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan Minyak Masak
Bahan C
Air sejuk dr peti sejuk ( agak2 je )
Cara
Mix bahan A, masukkan bahan B, biar jadi macam berserbuk. Masuk air sejuk sikit2. Mix sampai sebati . Peram dulu dalam 1/2 jam baru guna.
*Air jgn banyak, nti kulit lembik. Agak2 je. Bancuh keras sikit takpe. Dah peram dia lembut.
Selamat mencuba
*UPDATE* :
Saya share inti sardin dia pulak ye.
1 labu Bawang putih
Cili kisar ikot la nak pedas mana
4 tin sardin – brand terpulang selera, hancurkan dan asing kuah
1 guni kentang (guni panjang) potong dadu
Air Asam jawa
Gula garam aji
Tumis bawang putih, masuk cili blend. Dah naik minyak, isi kentang dan kuah sardin. Kalau tak cukup tambah air. Kentang dah nak kering masukkan sardin, air asam jawa dan perasa.
Menikmati hidangan nasi bila ada sambal belacan memang membangkit selera, tapi bila bab menyediakan menu sambal belacan ini mungkin ada yang berkira-kira. Apa tidaknya, perlu menumbuk bahan-bahan sambal belacan tersebut untuk mendapatkan rasa yang original.
Tidak dengan itu, jika ada yang pernah mengalami sedang asyik menumbuk sambal tiba-tiba terpercik ke mata, pedihnya hanya Allah yang tahu. Ternyata bertapa leceh dan peritnya untuk menghasilkan sambal belacan tersebut. Apatah lagi jika ingin menyediakan menu sambal belacan setiap hari. Pasti buat kita berfikir panjang.
Namun tahukah anda, sambal belacan juga jika dikisar dengan cara yang betul bersama pilihan ramuan yang enak, keenakan dan keaslian rasa masih dapat dinikmati. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Mariana dan paling bestnya, dengan cara ini boleh buat stok sambal belacan. Jadi bila-bila masa boleh makan sambal belacan dengan mudah!
Ikuti perkongsian tersebut.
“Cukup 2 minggu restok lagi sambal belacan.Nni cara saya, saya tak guna tomato,bawang dalam sambal belacan saya buat ni. Rasanya sama macam sambal belacan tumbuk. Cuma bila nak blend tu on off kejap ja. Jangan terlalu lama blend nanti sambal jadi halus dan lumat”–Mariana
bahan-bahan:
6 biji cili merah
Cili padi secukup rasa-buang biji jika suka
9 biji limau kasturi
2 1/2 potongan belacan
Air asam jawa secukup rasa
1 sudu gula
1/2 sudu garam kasar
Cara Buat :
Masukkan kesemua bahan kecuali limau kasturi ke dalam blender.
Kemudian ambil limau kasturi dan perahkan airnya ke dalam blender. Manakala hanya 2 biji limau kasturi dihiris dan di campur ke dalam bahan tadi.
Tekan blender on off on off (sekejap-sekjap). Kisar jangan terlalu lama.
Dan hasilnya..seperti ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
Kuih ketayap mempunyai rasa yang sangat sedap, berinti kelapa yang manis dan digulung pula dengan kulit yang dimasak seakan lempeng. Ditambah pula dengan warna hijau daun pandan, menjadikan kuih ketayap mempunyai keenakannya yang tersendiri.
Jadi buat anda yang teringin untuk mencuba menyediakan sendiri menu ini untuk dijadikan sebagai menu sarapan atau minum petang, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.