Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi… itu yang digambarkan dalam sekeping gambar yang mendapat respond ramai.
Seorang abang yang menyuap adiknya makan, tampak cukup menyentuh hati dan sebak sesiapa sahaja yang melihatnya. Betapa kasihnya si abang terhadap adik tanpa menghiraukan diri sendiri yang pastinya belum mengisi perut sendiri.
Entah kenapa,
Hati saya begitu terusik dgn gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram kami.
Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.
Ads
Satu pemandangan indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir daripada kasihnya seorang abang kepada adiknya. Murid ini, bukanlah murid yang pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjollan ini tiada tolok bandingnya.
Gambar sekadar hiasan
Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat hari ini.
Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita.
Curang dalam rumahtangga adalah satu ujian. Namun bagi penyanyi, Alyah, dia menyerahkan segala urusan rumah tangganya kepada Allah dan memohon agar hubungan mereka terpelihara.
Bahkan kata Alyah lagi, sepanjang lebih 10 tahun berkahwin dengan suaminya, Datuk Ramli MS, dia tidak pernah membuka dan memeriksa telefon bimbit suaminya.
Bagi Alyah, semuanya diserahkan kepada Allah SWT selain tidak pernah putus doa mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan rumahtangganya.
“Saya tak boleh nak jangka masa depan saya. Apa yang boleh dikatakan, saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal dia (suami) pun, kalau ada tetap ada,” katanya berkongsi.
Amalkan surah Al-Fatihah & Ayat Kursi
Tidak hanya berserah, namun kata pelantun lagi Kisah Hati ini lagi, dia turut mengamalkan ayat Kursi dan al-Fatihah sebelum mereka keluar bekerja.
“Jadi, saya selalu kalau suami keluar atau saya keluar (bekerja) saya memang tinggalkan Al-Fatihah serta ayat Kursi untuk dia.
“Itu saja dan yang ke depan-depannya, saya tak tahu. Itulah yang saya buat dan tanyakan pada emak saya.
“Saya juga memang tak pernah buka telefon suami dan saya pun tak pernah terfikir nak buka atau periksa sebab yakin Allah Maha Tahu,” ujarnya.
Meskipun suaminya sering bekerjasama dengan kebanyakan penyanyi wanita, Alyah percaya doa dan amalan serta aturan Allah adalah yang terbaik malah amat bersyukur rumah tangganya tidak berdepan dengan masalah.
Memang ada wanita yang memilih untuk bekerja atau tidak. Namun, yang sering dipersoalkan apabila wanita itu yang sudah bergelar isteri dan mempunyai ijazah memilih untuk tidak bekerja.
Yang tidak manisnya, ia menjadi bahan pertanyaaan yang kadang kala boleh menguris jiwa. Namun, mujur suami tenang disisi isteri memberi restu pilihannya untuk menjadi suri ratu buat suami dan anak-anak.
Bagaimana masyarakat sekeliling kadang kala membuat hati para steri terguris dan mungkin buat diri rasa down.
Namun, dengan perkongsian Muhammad Hassan yang dipaparkan di laman facebooknya, ada berbicara mengenai hal ini. Bagaimana isteri perlu tenang dengan pilihan hati.
“Tak kerja ke? Rugi juga tu ada ijazah tak kerja”
Inilah soalan yang selalu ditanya kepada isteri saya sekiranya saudara mara jauh datang singgah rumah kami.
Tadi pergi pasar kena lagi. Tiba tiba ada makcik saudara sebelah nenek isteri tanya soalan yang sama. Dahlah soalan pertama. Sepatutnya tanyalah khabar ke,berapa orang anak,mana suami. Ini soalan pertama pun dah macam nak perangkap.
Soalan cepus emas bila isteri tidak bekerja
Dan biasalah jika jawab tak kerja,nanti mereka akan bandingkan dengan anak anak perempuan mereka yang ada kerjaya.
Mujurlah isteri saya jawab soalan satu persatu dengan tenang.
Jawab isteri saya. Sekarang buat bisnes keropok,serunding dan perniagaan online. Jual kat facebook je makcik.
Tapi biasalah soalan demi soalan kau akan terima. Meniaga ni untung ke.. kenapa tak kerja pejabat je.. sayang la ijazah tu tak guna cari kerja.. . Soalan soalan ini jika tak sabar memang boleh jadi naga kat depan orang ramai ni.
Tapi isteri saya ni jenis perempuan melayu terakhir. Setiap soalan tu dijawab dengan baik dan lemah lembut.
Dan sangkaan saya tepat,makcik itu mula menceritakan tentang anak anaknya. Anak makcik kerja belaka. Sorang kat putrajaya,sorang kat HKL,sorang lagi kat sabah. Yang tak tahan tu berserta jawatan apa yang disandang oleh anak dia. Haaaa sangka buruk saya tepat walaupun saya membisu dari awal perbualan mereka tadi. Jahat juga saya ya. ?
Dan perbualan isteri berakhir apabila makcik tersebut berhasrat mahu datang ke rumah kami. Ah sudah… apa lagi dia nak sembang kat rumah kami nanti. ?.
Tapi belum selesai lagi babak ini. Isteri menunjukan wajah yang kecewa ketika dalam perjalanan pulang. Saya kata sabarlah,jawapan awak tu mantap dah.
Isteri membalas. Tapi awak. Kenapa ada je soalan begini dari makcik makcik terutama saudara mara kita sendiri. Saya jawab. Sebelum wujud makcik makcik bawang di media sosial,yang tanya awak tadi tu,itulah antara maha guru persatuan makcik makcik bawang semalaysia. Saya melawak untuk hiburkan isteri.
Saya kata takpa jawab je baik baik jika ada yang bertanya,mungkin itu cara mereka untuk mulakan bicara. Dan mungkin juga ada diantara mereka ini tersepit dek kerana banyak keperluan dan nafkah mereka diabaikan oleh suamai yang tidak bertanggungjawab,sebab itu mereka taknak terjadi kepada para isteri sekarang.
Kerja atau tidak bukan ukuran
Kerja atau tidak seseorang isteri itu bukan ukuran kemuliaan isteri disisi Allah. Mulianya seorang isteri ini apabila dia Taat Allah Taat Rasul dan Taat Suami dalam perkara hak. Dan Allah janji bagi isteri solehah pilihlah syurga yang mereka mahukan.
Para isteri diluar sana yang bergelar suri rumah,saya tahu anda mungkin rasa down apabila ada soalan bidaah ini dilontarkan.
Tapi saya ada satu idea . Jika makcik makcik bawang tanya balik raya nanti jawab begini.
Oh kerja,bahagian oil&gas ?, bahagian pengurusan dan juga perakaunan,kadang kadang terlibat juga dalam pengurusan kesihatan bahan bahan mentah. Penat jugalah kana stanby 24jam,maklumlah makcik staffnya tak duduk diam. Gaji tu bolehlah ribu ribu jugalah. Itu pun jika bos ok dapat juga la hadiah gelang emas hujung tahun.
Konpom lepas ini makcik bawang tak tanya lagi kau soalan bidaah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, tak dapat lari dari berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara suami isteri. Namun, yang memburukkan keadaan bila mana masing-masing tidak mahu beralah dan ego. Akhirnya rumah tangga yang dibina berantakan.
Lebih-lebih lagi apabila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah. Itu yang mengakibatkan timbulnya konflik. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri.
Tanpa sedar ego yang dijunjung tak bawa ke mana, sebaliknya penyesalan yang akan dirasai bila mana pasangan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Waktu itu, menangis air mata darah sekali pun sudah tidak berguna. Yang pergi takkan kembali lagi.
Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar .Moga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini.
“Biasalah isteri kadang-kadang merajuk kan,” kata dia sambil kesat air mata. Aku yang tadi boleh lagi membentuk senyum dah mula rasa berat bibir. Tak mampu membalas aku cuma mengangguk tanda setuju.
Dia sambung, “malam tu pula dia panggil saya tidur sebelah dia. Saya yang rasa berat perasaan nak ikut cakap suami. Saya buat keras tak nak.
Saya sibukkan diri main telefon dan mesej dengan kakak saya. Bercerita pasal suami saya lah. Tak sangka esoknya dia meninggal.”
Lagi banyak air jernih jatuh daripada mata dia. Disapunya kain tuala kecil ke mata kiri dan kanan. Keringkan air mata yang mengalir tak sudah. Makin disapu, makin banyak yang keluar.
Mungkin terkilan sangat dia tak layan suami betul-betul malam sebelum tu.
“Tak sangka ustaz, saya memang tak sangka suami nak pergi secepat ini,” diulang dekat 3-4 kali sepanjang kami bersembang hal kematian suami dia.
Puan ini saya kenal melalui seorang kawan. Dia sungguh nak tahu tentang pembahagian harta. Jadi bawa jumpa dengan saya. Banyak benda bersembang sampai akhirnya dia cerita hal tadi.
Benar kawan-kawan, kita ini selalunya rasa akan hidup lama lagi. Bermasam muka hari ini dengan pasangan, kita biar berlarutan 2,3 hari. Bahkan ada yang sampai berminggu-minggu tak bercakap. Walhal duduk serumah.
Kadang masing-masing tak nak mengalah. Menunggu-nunggu dipujuk. Kalau suami tak pujuk, isteri terus simpan muncung mulut. Biar panjang berjela.
Suami pun sama, kalau isteri tak pujuk punya lah sibuk main game tak sudah. Konon tak ada apa, tapi dalam hati merayu-rayu.
Bertahan-tahan akhirnya lewat malam tertidur. Esok pagi bangun terkejar-kejar urusan nak pergi kerja pula. Kalau sempat bersalaman lah, kalau tak sempat main lambai-lambai begitu sahaja. Mata tak bertentang langsung. Masih pertahan ego sendiri.
Takdir Tuhan salah seorang meninggal. Tuhan ambil dahulu. Tak balik dah rumah lepas keluar pergi kerja pagi tadi.
Allahu.
Tinggal lah seorang sendirian. Waktu ini apa pun dah tak boleh. Nak patah balik masa jangan harap. Meratiblah perkataan maaf berjuta kali sekali pun, dah tak sampai ke deria pendengaran pasangan kita. Ini yang banyak berlaku.
Kawan-kawan yang dikasihi;
Pertahankan ego ni tak akan ke mana. Lebih lagi dalam hidup rumahtangga. Dengan pasangan kita lah lebih lagi untuk kita mudah beralah dan mengalah.
Sebelum tidur setiap malam, berdamailah. Minta maaf dan memberi maaf. Itu lebih baik buat kita dan pasangan.
Bukan untuk orang lain, untuk jiwa yang kita mengaku separuh hidup kita juga.
Sebelum segalanya tinggal kenangan, kalian bina lah kenangan yang indah. Yang menjadi realiti. Bukan cuma dalam mimpi bila kita tinggal sendiri nanti.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar, Balik daripada perjumpaan tu baru lah aku menangis sakan. Ya Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Datuk Seri Vida menjadi perhatian selepas Mahkamah Tinggi membenarkan Maybank Islamic menjual beberapa hartanah milik syarikatnya susulan kegagalan melunaskan pembiayaan Islam berjumlah RM15.5 juta.