Alamak! Hook Kain Tercabut. Ni Cara Mak-mak Nak Jahit Semula. Memang Mudah & Kemas Sangat.

Share

Berdepan dengan masalah hook kain tercabut memang perkara biasa berlaku. Sama ada kain anak-anak atau kain kita sendiri, memang bila-bila masa boleh berlaku.

Apatah  lagi jika ukuran pinggang  berubah saiz pasti membuatkan kita ingin mengalihkan hook pada ukuran yang lebih memberi rasa selesa.

Jadi nak tak nak, hook tersebut perlulah dijahit semula. Nak pastikan jahitan terlihat kemas, boleh ikut cara yang dikongsikan ini.

Ni tutorial cara kekemasan hook orang panggil insang pari.

ulang dari step 2 tu sampai habis keliling lubang hook..sy halalkn ilmu yang tak seberapa ni.

Langkah demi langkah

1-Masukkm jarum dari bawah kain masuk terus ke lubang hook.

2-Buat bulatan benang tu mengelilingi hook dan cucuk jarum bawah hook

3-Tarik benang akan jadi macam tu

4-Sama step 2

5-Buat sampai habis keliling lubang hook tu ikut je step 2 jahit rapat-rapat.

Sumber : Nor Mohamed  via Geng minat jahit

IKLAN