Keibubapaan

“Alang-Alang Botak Sekali” Bernazar Dapat Anak Lelaki, Nabil Mahir Tampil Botakkan Kepala!

Share

Selepas hampir sebulan melahirkan anak keduanya, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir tampil berkongsi wajah comel anak mereka, Aali Mateen.

Menerusi Instagram, Ayda dan Nabil berkongsi wajah comel Aali ketika majlis cukur jambur si comel kesayangan mereka.

Tidak hanya Aali Mateen yang dicukurkan jambulnya bahkan Nabil sekali turut membotakkan kepalanya kerana bernazar atas kelahiran cahaya mata kedua itu.

“Sebenarnya saya bernazar juga sebab dapat anak lelaki. Alhamdulillah semua pun ok dengan keputusan saya nak botakkan kepala.

“Jadi bila anak nak cukur jambul, dia dah botak, alang-alang botak sekali dengan dia.

“Ayda pula okay sahaja. Dia memang sentiasa bersifat supportive dengan apa yang saya nak buat. Jadi, selagi dia kata okey, kita jalan sahaja,” katanya berkongsi.

Tambah Nabil lagi, dia turut berdepan detik lucu ketika ingin membotakkan kepalanya.

 

“Saya potong rambut sendiri. Jadi waktu potong rambut, tiba-tiba shaver saya mati. Jadi saya terpaksa pakai topi, keluar pergi kedai dan minta mereka cukurkan,” kongsi Nabil lagi

.

Menerusi gambar keluarga yang dikongsikan, Nabil tampak kacak dengan penampilan baru bersama isteri dan dua anaknya, Ana Nayla dan Aali Mateen.

Terdahulu Ayda selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 12 Disember lalu yang diberi nama, Aali Mateen.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!

Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?

Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/

 

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN