
Sebagai ibu, kita sentiasa cuba yang terbaik untuk anak-anak terutamanya untuk pastikan mereka makan sayur atau buah serta pengambilan nutrisi penting seperti kalsium dan protein serta vitamin-vitamin yang mencukupi setiap hari.
Ramai ibu mungkin berfikir begitu, tetapi hakikatnya, walaupun anak sudah amalkan diet yang seimbang, mereka masih boleh kekurangan nutrien penting yang boleh dilengkapkan melalui pengambilan susu rumusan. Haaa.. Baru tahu ni!
90 Peratus Kanak- Kanak Di Malaysia Tak Dapat Cukup Vitamin D, 50 Peratus Lagi Tak Cukup Kalsium
Kajian menunjukkan ramai kanak-kanak kekurangan zat seperti DHA, protein, Vitamin D dan kalsium. Nutrien-nutrien ni sangat penting untuk perkembangan otak, pertumbuhan badan serta kekuatan tulang dan gigi.
Satu perkara yang perlu ibu tahu, di Malaysia sebenarnya 90 peratus kanak-kanak yang tak mendapat cukup vitamin D manakala 50 peratus lagi tak cukup kalsium. Ia benar-benar membimbangkan tambahan kes kanak-kanak bantut semakin meningkat di negara kita.

Susu bukan sekadar minuman tambahan tetapi ia adalah pelengkap yang membantu anak mendapat khasiat penuh untuk membesar dengan sihat dan aktif. DHA membantu perkembangan otak dan fungsi kognitif, protein pula menyokong tumbesaran otot dan tisu badan, Vitamin D membantu penyerapan kalsium manakala kalsium sendiri membina tulang dan gigi yang kuat.
Susu Lengkapkan Jurang Nutrisi Anak
Sebagai contoh, bayangkan si kecil yang aktif bermain di tadika atau suka meneroka dunia sekeliling. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien mencukupi untuk kekal bertenaga serta fokus dalam pembelajaran. Walaupun mereka makan nasi, ayam dan sayur setiap hari, tidak semestinya semua nutrien diserap sepenuhnya oleh badan.

Inilah sebabnya susu tetap memainkan peranan penting kerana ia membantu ‘menutup jurang nutrisi’ yang kadang-kadang kita tak perasan ada dalam diet harian anak. Tak sangka, ingatkan dah beri anak makan yang sihat-sihat semuanya dah cukup, tapi masih ada nutrien yang mungkin anak tak dapat!
Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf Pilihan Bijak Ibu Moden!
Nak tahu tak, pilihan bijak ibu moden semestinya Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf! Susu ini bukan sahaja penuh dengan khasiat penting untuk tumbesaran, tapi juga dihasilkan daripada susu lembu New Zealand yang diberi makan rumput, dengan kualiti yang telah dipercayai selama lebih 40 tahun.
Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf ini sangat bagus untuk membantu tumbesaran kanak-kanak kerana kandungan DHA, protein dan Vitamin D di dalamnya adalah lebih tinggi berbanding jenama susu tepung rumusan lain yang ada di pasaran.
Lengkap, Lazat & Berbaloi Untuk Anak Tersayang
Lebih menarik, Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf didatangkan dalam perisa Asli dan Madu (untuk umur 1–3 tahun), serta Asli, Madu dan Coklat (untuk umur 4–6 tahun). Jadi, anak pasti suka dan yang paling best, tak perlu lagi “drama susu” setiap pagi! Anak yang akan minta, kita jadi tukang bancuh saja!

Yang penting, harganya juga berpatutan, menjadikan ia pilihan bijak untuk ibu bapa Malaysia yang ingin berikan yang terbaik tanpa berbelanja berlebihan.
Segelas Susu, Langkah Bijak Untuk Tumbesaran Sempurna
Anak yang sihat, aktif dan bijak bermula dengan pemakanan seimbang dan pengambilan susu yang betul. Jadi, jangan pandang ringan pada segelas susu setiap hari kerana di dalamnya, ada pelengkap kepada tumbesaran anak yang sempurna.
Jom Pilih Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf Hari Ini!
Nak berikan yang terbaik untuk si manja anda? Pilihlah Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf, pilihan bijak yang dipercayai ramai ibu di Malaysia!
Dapatkan di Shopee atau Lazada
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di










“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.
“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.
“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.
“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
