Sentiasa cantik dan tak jemu mata memandang, diakui bekas ratu cantik yang juga pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira punya auranya yang tersendiri.

Bukan sahaja kecantikannya disebut-sebut ketika zaman mudanya bahkan makin terserlah kekal cantik jelita walaupun usianya telah 48 tahun. Seakan kecantikan yang dianugerahkan kepadanya tidak dimamah usia!

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Kini kecantikan Erra Fazira itu diwarisi oleh anak perempuannya, Engku Aleesya yang kini sudah meningkat usia remaja.

“Aleesya Dengan Kakak Ke Tu?”-Netizen Puji Anak Erra Fazira Cantik Berhijab Persis Ibunya!

Baru-baru ini tular perkongsian satu rakaman dengan paparan Erra Fazira meluangkan masa bersama dengan anak perempuannya menghadiri exhibition dan telah mencuri perhatian peminatnya dan warganet.

 

IKLAN

Dalam muat naik itu dipaparkan Erra Fazira bersama anaknya mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam dan putih dengan digayakan bersama tudung kelabu. Sekali gus berjaya mencuri perhatian ramai, apabila terlihat penampilan anaknya yang berhijab nampak begitu sopan dan ayu sekali.

“Aleesya Dengan Kakak Ke Tu?”-Netizen Puji Anak Erra Fazira Cantik Berhijab Persis Ibunya!

Memang benarlah peribahasa Melayu ada menyebut, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kecantikan dan kejelitaan Engku Aleesya persis ibunya juga!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Meninjau di ruangan komen rata-rata warganet meninggalkan reaksi tanda suka  mereka mengenai perkongsian tersebut. Ada yang kagum dengan kecantikan anak Erra Fazira ini dan turut memujinya kerana berpakaian sopan.

IKLAN

Berikut antara yang diluahkan oleh warganet menerusi ruangan komen perkongsian rakaman tersebut:

“Cantik nye anak dara Era pakai hijab. Kekal pakai hijab nya anak cantik”

“Aleesya dengan kakak ke adik tu?”

“Suka aleesya sebab dia tak perlu seksi-seksi untuk popular. Pemalu pun ye. 😍😍”

“Masya Allah..dedua cantik..bidadari syurga😍😍😍”

IKLAN

“Tlg laaaaa mcm adik dgn kakak jelesenyaaaa”

Sumber : IG errafazira

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Aleesya Dengan Kakak Ke Tu?”-Netizen Puji Anak Erra Fazira Cantik Berhijab Persis Ibunya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI