“Alhamdulillah, Berkat Doa & Sabar.” Nor Hidayah Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

Share

Hampir dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.

Sehubungan itu Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya seperti yang dilaporkan menerusi mStar.

Sementara it, Dayah menerusi laman Instagramnya melahirkan rasa syukur atas kenangan tersebut.

“Alhamdulillah syukur pada Allah kes Saman Hakim putus kan kemenangan kepada ku @hidayah_hamzah syukur pada Allah..terima kasih kepada Peguam kami, Mak, Abah,Anakku hamzah, adik beradik famili & rakyat Malaysia yg mendoakan kami sekeluarga.. Aamin2….

Demikian kapsyen yang dikongsikan Dayah tatkala selesai perbicaraan kes.

Sumber: abam_bocik

IKLAN