“Alhamdulillah, Bertambah Ahli Keluarga. Tahniah.” Fauzi Nawawi & Lisdawati Dapat Menantu Lagi, Anak Perempuan Selamat Nikah!

Share

Pelakon, Lisdawati berkongsi kegembiraan dan menitipkan rasa syukur selepas anak ketiganya yang juga merupakan model muslimah, Hanna Faresha telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada tanggal 12 Disember lalu.

Memuatnaik berita tersebut di laman Instagramnya, isteri kesayangan Fauzi Nawawi ini turut mendoakan semoga bahtera perkahwinan anaknya itu bersama pasangannya yang dikenali sebagai Afiq akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah selesai sudah acara majlis pernikahan dan sanding anak ke 3. Semoga Allah swt merahmati korang berdua. Bahagia hingga akhir hayat.

“Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan majlis ini. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Lisdawati dalam pada itu turut memohon maaf kepada mereka yang tidak mendapat undangan memandangkan majlis tersebut diadakan secara patuh prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengelak covid-19.

“Maaf juga kepada Mereka yg tak dpt kami jemput atas sbb2 SOP yg terhad. Terima kasih juga kepada pihak besan dan seluruh ahli keluarga yg dtg dr jauh. ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Pasangan dua merpati sejoli ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan persalinan rona putih beserta songket hasil sentuhan pereka Shanell Harun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon ini menitipkan ucapan tahniah buat pengantin baru. Tak kurang yang kagum dengan Lisdawati yang tetap awet muda dan wajah tak dimamah usia.

ifatifah_ Kak lis umur berapa ni.. Kenapa muka muda je tapi anak ke tiga pun dah besar ni…. 😍😍… Tahniah kak lis…barakallah untuk pengantin dan suaminya
shafiraemyza Tahniah kak lisda n abg fauzi terima ahli baru dlm family. Semoga perkahwinan mereka dilimpahi kasih syg allah 🤲🏼
cikguiqa_tasneeem MasyaAllah Tabarakallah… kedua-dua pasangan sama cantik sama lawa..semoga istana yg dibina berkekalan hingga ke syurga Allah
fttyttn Alhamdulillah…syukur ….Tahniah …bertambah ahli keluarga…
arnikabungsu Alhmdulillah ibu dapat menantu

Sumber: lisdawati15


 

 

 

IKLAN