“Alhamdulillah Cantiknya Rumah. Kemas Sangat”-Netizen Puji Transformasi Rumah Pondok & Sekarang!

Share

Rasa susah diawal perkahwinan merupakan lumrah bagi pasangan suami isteri. Walaupun hidup di dalam rumah yang serba kekurangan, namun itulah syurga buat kita anak beranak.

Ini sebagaimana perkongsian daripada Shamira Mira yang mencuri perhatian warganet apabila berkongsi gambar transformasi kediaman yang dihuni oleh mereka anak beranak.

Dia sedikit pun tidak berasa malu malah bersyukur dengan hasil titik peluh suaminya. Bermula daripada rumah tersebut dapat mereka anak beranak berteduh daripada hujan dan panas.

Difahamkan juga, pondok tersebut dibina menggunakan kayu-kayu terpakai dan itu sedikit pun tidak menghalang Puan Shamira untuk mempastikan rumah yang dihuni tetap selesa dan cantik mata memandang.

“Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Titik permulaan kami suami isteri. Memang nekad sungguh-sungguh, apa orang kata pekakkan telinga sahaja. Cara kita hidup kita.

“Tak sedih pon, tak malu pun nak share awal-awal  kejadian rumah kami, mungkin masa ni layak dipanggil pondok.” tulisnya berkongsi kisah.

Turut dikongsikan juga bahawa suaminya begitu gigih menyiapkan rumah tersebut dengan  bertukang siang hingga ke malam.

Masa ni lah plan dari pondok bertukar rumah. Buat sikit-sikit.

Ini ruang rehat famili belah atas

View dari luar. Tapi pokok-pokok bunga tu semua dah hilang.

Dekor terkini 2023

 

 

 

 

IKLAN