Sejak semalam, mesti ada orang ketuk rumah, sedekah daging korban. Kan? Alhamdulillah rezeki.
Hasil dari rezeki orang sedekah tu, ada yang goreng dan ada yang buat sup. Bagi sesiapa yang rajin, boleh la ikut resipi dari Superdaddy Khairul Abdullah kita ni, nasi daging istimewa orang utaqa! Jom usha resipinya!
Kalau raya korban ni, belah utara nu memang inilah juadah utamanya.
Memandangkan aku orang Kedah maka wajiblah aku bersusah-susah semalaman masak ni sebab nak jamu kat tetamu yang mai rumah hari ni.
So, daging korban yang banyak dok ada tu hampa bolehlah try buat nasi daging ni.
Nah aku up lagi sekali resepi Nasi Daging Istimewa oleh SuperDaddy Khairul Abdullah
Bahan yang diperlukan untuk melaksanakan projek ini:
2 cawan beras basmathi direndam 30 minit dan toskan.
300gm daging, potong kiub saiz sedang yer.
½ cawan susu cair (kalau takde pun takpe)
1 helai daun pandan.
1 ½ sudu besar rempah kurma
1 kiub pati ayam
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
½ biji tomato
2 sudu kismis hitam (kalau ada)
2 sudu gajus (kalau ada)
Bahan untuk menumis:
½ biji bawang besar/bawang kecil, hiris nipis
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
Ads
Bahan untuk air asam kerisik:
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 biji tomato, hiris nipis
5 biji cili padi, potong kecil
1 inci belacan
1 sudu paste asam jawa dibancuh dengan ½ cawan air .
½ sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kerisik
1-2 sudu jus limau nipis
Cara melaksanakan projek ini:
1. Rebus daging yang telah dipotong kiub bersaiz setengah kotak mancis (jangan kecil dari tu, nanti daging hancur pulak) bersama 5 cawan air serta ½ sudu rempah kurma dan garam sehingga empuk. Paling cepat guna pressure cooker set 25 minit dah cun.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali ke dalam periuk ke tak kisah, tetapi yang besar dan senang nak kacau. Masukkan bahan tumis dan tumis sebentar. Kemudian masukkan lebihan serbuk kurma dan kacau sampai bau dia sedap.
3. Masukkan susu cair kalau ada dan kacau biar pekat dan masukkan beras yang telah ditos bersama daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan sampai sebati. Masukkan daging, kismis, gajus dan tomato. Kacau rata.
4. Pindahkan beras tadi ke periuk elektrik dan masukkan 3 cawan air rebusan daging tadi bersama kiub pati ayam. Kiub pati ayam tu hancurkan atau elok cairkan dahulu. Tak perlu tambah garam dah. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup.
Ads
Biarkan nasi masak dan selepas masak gemburkan dengan garfu agar nasi tak berketul bila sejuk nanti.
Siap.
Now cara nak buat air asam kerisik pula:
1. Paling baik, tumbuk kasar, cili bersama sebahagian tomato dan sebahagian bawang serta belacan.
2. Lepas tu masukkan semua bahan tumbuk dan bahan lain ke dalam bekas dan gaul sebati.
Siap.
Ads
Baki air rebusan daging korang tumislah bawang halia bagaindan jadikan sup. Nak lengkap lagi korang buatlah dalca okeh. Kau google lah resepi dalca tu. Maka siaplah sup dan dalca.
Maka hidanglah sepinggan nasi bersama beberapa ketul daging bersama semangkuk air asam. Perah limau dalam baki air rebusan daging tadi dan tabur daun sup.
Cara nak makan:
1. Ceduk 2 sudu kuah air asam dan gaul bersama nasi.
2. Cubit daging yang dah lembut tu, celupkan ke dalam air asam dan kaut sikit bawang, tomato dan cili dan letakkan ke atas nasi lalu suapkanlah ke mulut dengan penuh perasaan.
3. Rasa nasi yang gebu dan sedap diikuti rasa daging enak dan masam-masam manis pedas tu bikin air liur meleleh wehhh.
4. Hirup sikit demi sedikit baki air rebusan tadi yang kini dah jadi sup.
5. Dan makanlah dengan bersungguh-sungguh.
Cuba tau.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau dulu bila mak kita hendak menanak pulut, pasti akan direndam semalaman pulut tersebut. Tapi sekarang ini ada trik untuk memasak pulut yang bukan sahaja tanpa perlu direndam, malah tidak perlu pun dikukus.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian daripada No Or ini untuk manfaat bersama.
CARA MASAK PULUT DENGAN CEPAT DAN MUDAH
🎶Oh! kome deroyan udah luruh, 🎶
🎵moh kita cepat pegi suluh 🎵
Haaa lagu yang udah sinonim di musim durian ni. Ada orang suka makan gitu aje, ade lak yang suka makan dengan pulut dan santan.
Dedulu macam leceh je kan, nak masak pulut ni. Nak kena rendam bagai, tapi bila dah jumpa cara mudah ni. Alahai, pejam sebelah mata je kome oi.
Bagi yang belum jumpa cara mudah nak masak pulut, ni Cik No nak share cara yang amat mudah. Cepat pun iye jugak tau. Sebab dah tak perlu nak rendam merendam lagi. Dah tak perlu nak kukus kukus. Versi ni, Cik No guna rice cooker aje.
Okay, jom baca.
Untuk sukatan pulut tu, ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan tu.
1- Cuci pulut bersih dan masukkan ke dalam periuk @ kuali. Cik No, guna periuk rice cooker tu aje.
2- Masukkan air ke dalam periuk tu, isi la banyak manapun takpe. Ikut suka korang la, pastu letak atas dapur, bukakan api.
Boleh letakkan pewarna @ serbuk kunyit atau biarkan aje warna putih, terpulang pada korang.
Cik No buat pulut putih je, sebab Cik boipren nak makan dengan durian.
Kalau korang nak letak pewarna, nanti kacau lah pulut tu, sebab nak bagi warna tu cantik sekata.
3- Tunggu sampai air rebusan pulut tu betul-betul mendidih. Pastu terus tutupkan api.
Bila air tu dah mendidih, jangan biar lama sangat, takut pulut kembang pulak bila kita nak masak dalam rice cooker.
4- Kemudian buang semua air rebusan tadi.
Pulut dah tak perlukan air.
5- Pindah periuk masuk ke Rice Cooker, pastu tekan button ‘Cook’ . Biar ia masak dalam rice cooker macam biasa, (sampai button tu bertukar pada ‘Warm’).
Ini bergantung pada berapa banyak pulut yang kita masak tu jugak.
6- Bila pulut dah masak / button keep warm, korang tabur lah gula dalam setengah sudu besar tu, pastu gaul-gaulkan rata. Kemudian tutup kejap periuk rice cooker tu.
Tujuan letak gula tu, nanti nak bagi pulut tu cantik, elok berkilat.
Lepastu bolehlah di masukkan pati santan dan di gaul rata. Boleh di hidangkan. Ikut suka lah nak makan dengan apapun.
InsyaAllah, walaupun pulut tak di rendam, elok je masaknya. Tekstur pulutnya pun cantik dan sangat-sangat menjimatkan masa.
Umumnya, kita selalu minum air cincau berwarna hitam, pun begitu mungkin jarang-jarang terlihat adanya cincau berwarna hijau.
Melalui perkongsian daripada Ashraf Shuib, ada menunjukkan bagaimana dia menghasilkan cincau hijau daripada tumbuhan cincau untuk info bersama. Jom semak.
Akhirnya, berjaya juga saya buat cincau hijau.
Cincau hijau asal dari daun pokok cincau hijau.
Nama saintifik pokok ni Melasthoma polyanthum.
Pokok ni dibiakkan dengan keratan batang. Mudah hidup. Jenis pokok renek.
Boleh tanam dalam pasu ja.
Cincau hijau paling mudah nak buat.
Bahan-bahan hanya daun cincau hijau dengan air.Ramas daun dan biar beku sendiri.
Cara-caranya :
1. Petik 20 helai rain cincau.
2. Basuh setiap helai daun cincau dengan bersih.
3. Kemudian koyak kecil-kecil daun cincau untuk mudah diramas.
4. Masukkan 200ml air ke dalam bekas yang berisi daun cincau tadi.
5. Kemudian ramas-ramas hingga daun mengeluarkan lendir.
6. Kemudian ditapis dan perahkan sedikit limau nipis.
7. Setelah itu, biarkan beku selama 2 jam atau masukkan dalam chiller.
Bercerita tentang pilihan juadah sekeluarga, selain lauk pauk yang enak akan dipastikan terhidang di atas meja. Begitu juga sama pentingnya menghidangkan menu pencuci mulut, andai dapat disediakan akan bertambah lengkap untuk dinikmati seisi keluarga.
Jadi apa kata kali ini kita masak agar-agar lumut gula melaka yang comel ini. Resipi penyediaannya telah dikongsikan oleh puan Roshima dan bolehlah dicuba.
Agar-Agar Lumut Cute.
Mari saya kongsi cara membuatnya….
Bahan-bahannya:
1 bungkus agar2 tali 25 mg
4 cawan air biasa
1 cawan santan pekat
1 cawan air gula melaka / gula merah
1/4 gula pasir
1 biji telur
2 helai daun pandan
Sedikit garam jika suka
Cara memasaknya…
1. Panaskan 4 cawan air ke dalam periuk.
2. Basuh agar2 dan masukan ke dlm air yang mendidih. Biarkan agar2 hancur.
3. Masukan gula pasir. Biarkan hingga mendidih. Masukan daun pandan.
4. Kemudian masukan air gula melaka ke dalam agar-agar, masak seketika.
5. Masukan santan ke dalam mangkuk dan masukan telur. Pukul seketika.
6. Tuangkan ke dalam periuk. Masak hingga hingga mendidih apabila bancuhan telur dan santan dimasukan. Masukan sedikit garam jika suka. Kena kacau selalu.
7. Tutup api dan boleh dituang ke dalam acuan kuih lompang. Kalau tak ada acuan lompang boleh tuang dalam loyang atau bekas plastik. Bila sejuk boleh dihidangkan.
# Selamat mencuba. Saya sangat-sangat suka makan agar-agar Lumut ni. Nak-nak lagi kalau sejuk-sejuk. Dulu-dulu pun saya tak pandai buat. Nak makan harapkan jiran je bagi. Sekarang…. kita beri kepada jiran pula ya.