Jarang-jarang muncul bersama anak-anaknya, penampilan Alif Satar bersama dua anak perempuannya yang membuat trend Tik Tok menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, kesemuanya kelihatan cukup comel malah dipuji seperti abang dan adik-adik ketika menari di Tik Tok.
Menerusi perkongsian videonya, jelas aksi dua anak Alif iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca cukup lincah.
“Layan anak-anak jap,” tulisnya ringkas.
Ads
Aksi bonding Alif bersama anak-anaknya itu sudah semestinya mencuit hati ramai, lebih-lebih lagi bila mana gaya bersahaja Alif yang dilihat turut sama menari ketika lagu Touch My Body, nyanyian Mariah Carey dialunkan.
Rata-rata peminat terhibur dengan gaya lincah dan bersahaja mereka malah turut menyifatkan seperti abang dan adik. Memang cute!
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ke mana tumpah kuah jika tidak ke nasi, kepetahan bicara Allahyarham Aziz Desa tidak akan luput dari ingatan para penonton televisyen terutamanya dari era 90-an.
Bakat yang sama juga dimiliki oleh anak sulungnya Mas Zharif Zafri dan anak bongsunya Mas Zhiddin Zhiddan, mengikut jejak langkah arwah ayah mereka di dalam bidang penyiaran.
Baru-baru ini menerusi aplikasi TikTok, Mas Zhiddin Zhiddan berkongsi tip kepada calon SPM menjelang ujian lisan sambil mengimbau kembali zaman persekolahnnya suatu masa dahulu.
Ujarnya gara-gara tidak percaya memperolehi markah penuh, dia terpaksa ‘diheret’ ke PPD bagi melakukan ulangan ujian tersebut.
Terbukti hasilnya, markah Zhiddin kekal kerana tiada bantahan daripada dua pegawai yang mengujinya.
Kongsi Formula
Sehubungan dengan itu, dia ingin berkongsi rahsia untuk pelajar SPM senang memperolehi markah penuh iaitu dengan menyelitkan peribahasa atau kata-kata pujangga dalam pertuturan.
Turut dikongsikan rakaman video menunjukkan contoh kata pujangga yang digunakan olehnya dalam kerjaya wartawan sukan.
Anak Aziz Desa. Patut laa. Lagenda dalam dunia penyiaran.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan butir bicaranya yang cukup berpunjangga. Malah ramai juga yang terhibur mendengar pantun akhir di klip video tersebut.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sekiranya di dalam keluarga anda memang telah menjadi rutin harian menikmati buah-buahan dan antara buah yang digemari adalah avokado. Ini memang bagus dan terbaik sekali jika terus diamalkan untuk makan avokado.
Sebab apa?
Ya, terbukti avokado antara makanan terbaik untuk otak dan sewajarnya terus diambil dipelbagai peringkat umur. Lebih-lebih lagi untuk anak-anak kita yang sedang belajar dan tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR pada bulan September, PT3 pada bulan Oktober, manakala SPM pula pada bulan November ini.
Menurut penelitian yang dilakukan oleh para peneliti Frontiers in Aging Neuroscience, mengukur aktiviti otak dan level lutein (karotenoid yang membantu melindungi otak) dari 60 orang berusia antara 25-45 tahun saat melakukan tugas berat.
Hasil kajian mendapati bahawa avokado, telur dan sayuran berdaun hijau punya kandungan lutein yang bertindak sebagai anti-inflamasi atau radang di otak sehingga membantu meningkatkan fungsi otak. Bahkan untuk orang tua yang mengambil makanan berlutein tinggi ini, akan menjadikan fungsi otak sama baiknya dengan otak anak muda dengan kadar lutein rendah.
Cara pengambilan
Selain avokado boleh dimakan begitu sahaja terdapat pelbagai cara lain yang boleh menjadikan buah avokado ini lebih enak dan menyelerakan untuk dimakan dan seterusnya diamalkan.
Melalui perkongsian Suri Kitchen di facebook umpamanya adalah dengan menyediakan Jus Avokado.
Bahan-bahan:
1 gelas susu segar
1 biji buah avokado dikorek isinya drpd kulit
1 gelas ais
Sedikit gula jika mahu. ( Saya tak letak gula )
Cara penyediaan :
1. Blend hingga hancur.
2. Lilitkan coklat pada gelas. Tuang jus yang di blend. Jika mahu tabur milo pun boleh.
Manakala perkongsian daripada DrRizal Abu Bakar pula berkongsi menu paling ringkas untuk bersarapan dengan avokado.
“Jom powerkan otak dengan breakfast OCOC. Avocado on wholemeal dan telur hancur. Mudah. Bernutrisi tinggi. Kenyang sampai tengahari. Sihat itu Jihad. Makan untuk sihat. Makanan sebagai ubat bukan ubat sebagai makanan.“-DrRizal
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.
Demikian juga dengan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini. Bukan semua wanita mampu melakukan sepertinya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.
Anak-anak berjaya di bawah bimbingan dan didikannya. Bukan itu sahaja, mereka banyak mewarisi keperibadian ibu mereka ini baik dari segi penampilan mahupun pertuturan. Perkongsian dari Dr Syahr Musafir cukup menarik untuk dibaca tentang bagaimana keperibadian Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai seorang ISTERI, IBU dan juga PEMIMPIN.
Moa bermanfaat untuk kaum wanita diluar sana dalam mencontohi wanita cekal ini.
Jarang-jarang sekali bersembang tentang politik, tetapi musim-musim PRU sebegini memang ‘kena’ sembang bab politik. Suka atau tak suka, kena ambil tahu. Setuju atau tak setuju, dengar dulu…
Satu hari isteri saya berseloroh, “Abang, Sayang baca artikel pasal bagusnya cara Tun Dr Siti Hasmah #TDSH bertanggungjawab check and balance kepada Tun Dr Mahathir #TunM yang selalu sibuk urus negara sejak join politik…”
Berperwatakan kering seperti biasa, saya sekadar memberi jawapan, “Betul dah tu. Bukan senang nak jadi isteri seorang Perdana Menteri #PM.”
Pendek jawapan saya. Memberi respon sekadar itu, tak menoleh ke arahnya pun.
Isteri saya diam. Suasana sunyi. Dan si dia masih diam walaupun selepas beberapa minit.
Pelik.
Saya rasa ada sesuatu yang tak kena, saya menyambung, “Bonda Tuan Sabariah #BTS isteri Tuan Guru Nik Aziz #TGNA pun bagus.”
Isteri saya diam juga.
Alahaiiiiii… Merajuk ke ni?
Saya pandang isteri, nampak isteri pandang ke lain. Sah! Memang sah merajuk.
Alamak, camne nak pujuk?
Saya pandang ke isteri, walaupun wajahnya tak memandang saya.
“Politic aside, Abang sangat selesa pada seorang isteri kepada seorang ahli politik Malaysia. Nak cerita sikit ni, nak dengar tak? Kalau tak nak dengar, Abang tak cerita…” saya memulakan bicara.
Isteri dah mula menoleh, walaupun baru sipi-sipi. Taktik memujuk berjaya!
Saya menyambung, “Ada tiga sebab, kenapa Abang rasa Datuk Seri Dr Wan Azizah #DSWA adalah contoh isteri yang baik.”
Isteri saya terus palingkan muka memandang tepat ke arah saya dan tunjuk minat. Confirm dia tak sangka saya nak cerita pasal DSWA, isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim #DSAI ini.
“Pertama, sebab tudung bawal DSWA. Tak tahu harganya berapa sehelai, mungkin beribu-ribu, mungkin hanya RM10, tetapi pakai bawal nampak sederhana dan rendah diri. Lengkap pula baju kurung atau kebarung ringkas yang selalu DSWA pakai, nampak merendah diri sangat.
Kedua, sebab kemenjadian anak-anak. Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana, semua tampak solehah bertudung, educated, alhamdulillah. Ehsan Anwar pun OK. Sehebat manapun si ayah, si ibu adalah madrasah utama anak-anak. Apabila melihat anak-anak yang berjaya, kita kena puji ibu mereka dahulu, sebelum puji ayah mereka.
Ketiga, sebab DSWA lambang seorang isteri yang sangat-sangat setia…,” saya berhenti. Bukan sebab tarik nafas atau sengaja berhenti, tetapi sebab saya rasa sebak.
Isteri saya memandang tepat ke mata saya.
“Wanita mana sanggup bersuamikan seorang lelaki yang dituduh peliwat, satu dunia tahu isu ini, dicemuh, dihina, dipenjarakan, diperkatakan…. Tetapi DSWA tetap ada di situ. Daripada seorang oftalmologis (doktor pakar mata) menjadi seorang ahli politik menubuhkan sebuah parti politik kerana mahu membela nasib suami. Abang tak tahu dari mana DSWA dapat kekuatan untuk PERCAYA pada suaminya itu dan KUAT berusaha untuk mencari keadilan buat suami. Abang tak nak cerita pasal DSWA hebat atau lemah dari segi percaturan politik, tetapi Abang memang admire dan amaze dengan KESETIAANNYA SEBAGAI ISTERI KEPADA SUAMI. Unbelievable, but true.”
Isteri masih pandang mata saya, saya menyambung dengan kata-kata tersekat, “Abang doa Sayang isteri Abang yang akan setia, percaya dan sokong Abang walaupun JIKA ada suatu hari nanti Abang difitnah, dihina, dibuang, atau apa saja berlaku, Sayang tetap percaya pada kejujuran Abang sebagai seorang suami dan sebagai seorang manusia.”
Rasa sebak tadi berpindah menjadi titisan berkaca di kelopak mata. Subhanallah. Jika tadi hanya nak pujuk, kini sudah bertukar jadi sesi luah rasa antara suami dan isterinya.
Percayalah, Datuk Seri Wan Azizah memang ikon isteri setia sepanjang zaman. Just imagine how strong she has been…. Ingat senang ke nak stay strong bilamana suami dalam penjara dan seluruh Malaysia mempersoalkan apa, bila, di mana bla bla bla atas segala pancaroba yang berlaku? Dengan nak urus anak lagi. Fuh! SUSAH. But she has always been there by his husband’s side.
Moga setiamu hingga ke syurga…
Isteri saya kembali tersenyum, bukan sebab isteri saya suka tudung bawal dan bukan sebab isteri saya jual tudung bawal #ZawjahHijab, tetapi sebab suaminya ini bersembang dengannya. Terapi seorang isteri tak semestinya belikannya hadiah, tetapi memadai apabila suaminya melayan perbualan bersamanya. #TipsMemikatHatiIsteri
Taktik memujuk selesai dan berjaya, tetapi bukan sekadar taktik kosong sebab suami ini pun rasa terisi minda dan hati daripada perbualan tadi… Alhamdulillah.
Hari ini pasca-PRU14, lambat betul angkat sumpah PM baru, saya berseloroh kepada isteri, “Kalau DSWA yang jadi PM baru, memang betul-betul sejarah tercipta sebab ubah kerajaan selepas 60 tahun dan PM wanita pertama selepas 60 tahun. Heheh…”
Disclaimer: Ini bukan post politik, ini post pasal suami isteri. Terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.