Anak Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 64, menjelaskan tindakan merayu kerajaan melanjutkan tempoh bayaran royalti atas karya bapanya yang berakhir pada 29 Mei depan, dibuat atas faktor itulah punca rezekinya dalam menampung hidup.
Sazali berkata, dirinya semakin uzur dan sudah tidak mempunyai kudrat untuk kembali bekerja.
“Saya bukan mendesak, saya cuma minta tolong… Itupun kalau boleh. Kalau tidak dapat, tak mengapa. Itu maknanya bukan rezeki saya.
“Kalau dapat, bukan untuk saya makan seorang, tetapi semua cucu Allahyarham P Ramlee akan merasa.
“Saya sudah tua, lutut kanan dan pinggul patah akibat kemalangan pada 2015. Memang tidak larat hendak kembali bekerja,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di kediamannya.
Sazali berkata demikian bagi memperbetulkan persepsi konon tindakannya memohon kerajaan melanjutkan pembayaran royalti atas karya P Ramlee sebagai tindakan terdesak dan terlalu meminta-minta.
Sebelum ini, Sazali dilaporkan merayu kerajaan menimbang cadangan melanjutkan tempoh kontrak royalti lagu karya arwah bapanya. Sazali mendakwa dirinya semakin uzur dan hanya bergantung kepada royalti itu bagi menampung perbelanjaan kos perubatan dirinya dan isteri, Hamidah Hitam.
Bulan lalu, BH Online melaporkan, pada 29 Mei depan, genap 50 tahun pemergian Allahyarham P Ramlee yang menghembuskan nafas terakhir akibat akibat sakit jantung, lantas meninggalkan peminat legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.
Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu Allahyarham P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.
Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.
Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali, 63.
Mendapatkan perkembangan terkini berhubung gesaan penggiat industri agar tempoh agihan royalti P Ramlee dilanjutkan 20 tahun lagi, MACP dilapor menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.
Ketua Bahagian Undang-Undang MACP, Rashidah Ridha, dilaporkan berkata pihaknya sudah berusaha memperjuangkan usul melanjutkan agihan royalti kepada 70 tahun melalui saluran betul.
Sazali berkata, sejak bersara pada 2015, wang royalti itulah yang menampung kehidupannya termasuk membiayai kos perubatan dirinya dan isteri.
Ditanya reaksinya jika rayuan itu ditolak, Sazali reda jika itu menjadi keputusan kerajaan.
“Kalau tak dapat, tidak mengapa. Mungkin saya terpaksa cari jalan lain seperti memohon bantuan kerajaan dan persatuan seni untuk menyara hidup,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak dan ia termasuklah dari segi kesihatan, kelakuan, pelajaran dan segenap aspek kehidupan mereka.
Namun begitu, tidak semua ini dapat dicapai dengan mudah terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa.
Ini kerana kanak-kanak istimewa ini memerlukan perhatian dan penjagaan yang lebih teliti serta rapi daripada ibu bapa.
Ikuti artikel ini untuk mendapatkan tips membesarkan anak istimewa.
10 NASIHAT BAGI IBU BAPA PENJAGA ANAK ISTIMEWA (tak mampu buat semua, jangan tinggal semua) 1 – Kita wajib meyakini bahawa anak kita bukan satu ciptaan yang rosak (defect creation) oleh Penciptanya. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu yang rosak dan sia-sia. Ini PENTING, ini isu aqidah 2 – Selain dari anugerah, anak juga merupakan ujian dari Allah. Samada mereka tipikal mahupun anak istimewa. Perkara ini sepatutnya membuatkan kita lebih banyak sebab untuk rapat dengan Allah. Dia lah yang mengirimkan anak ini pada kita. Tidak mungkin kiriman ini salah alamat. Pastikan memohon pertolongan dari Allah lebih dari segalanya. Ini bukan bermaksud tidak perlu cari doktor, juruterapi, guru pendidikan khas dan sebagainya tetapi mencari Allah dalam melalui ujian ini adalah lebih utama. Jangan sesekali salahkan DIA. 3 – Elakkan untuk menyalahkan pasangan serta keturunannya ataupun makhluk sekeliling anda. Usahakan untuk berdamping dengan kumpulan sokongan yang positif bukan sekadar untuk mengadu perihal anak kita tapi belajar dari mereka yang terdahulu. Ini masa untuk anda memilih orang keliling yang lebih positif dan stay positive, walaupun ada yang akan mengatakan anak itu hadir kerana kifarah dosa lampau kita. Pedulikan. Kita sendiri pun tak perlu sibuk cari dosa orang lain. 4 – Kita perlu tahu bahawa anak kita masih mempunyai deria kerana tanpa apa-apa deria, dia mungkin sudah jadi mayat. Sila kenalpasti kerana itu akan jadi medium untuk kita ajarkan sesuatu. Melalui deria itu kita perlu didik dia, kenal Pencipta mereka. Selagi mana rohnya masih lagi bersama jasad, dia tetap lagi manusia. Disamping itu usahakan juga untuk rangsangkan deria lain yang memerlukan ransangan. Kerja kita bukan memperbaiki ciptaan/ anugerah Nya, tetapi tugas kita adalah berusaha untukmendidik mereka. Allah boleh beri lebih dari apa yang kita minta. 5 – Sebagai ibu bapa kita perlu ada ilmu untuk memahami dan mendidik anak. Cari ilmu. Mereka (anak-anak) pasti diberikan sesuatu kelebihan yang berbeza berbanding kita dan anak yang lain. Kita bukan hanya bertanggungjawab menjaga jasad anak itu malah aspek kerohaniannya juga penting. Oleh itu, fokuskan cara atau kaedah pengajaran dengan menggunakan deria yang anak masih berfungsi. Ingat! Allah Maha Adil. Tidak mungkin sesuatu makhluk yang dicipta tiada fungsi dalam kehidupan ini. Serta datangkan rasa syukur dalam diri. Lihat insan lain yang lebih hebat ujian yang diberi. Ingat point nombor 1. 6 – Cuba kita perhatikan, ketika seseorang insan yang berada di hujung nyawa pun kita masih AJAR kan mereka dengan kalimah Allah. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak memikirkan serta memberi peluang agar anak kita dididik ingat Allah. Jangan beralasan, walaupun anak kita hanya boleh kerdip mata sahaja atau mampu angguk kepala sahaja. Didik mereka untuk mengenali, mengingati, mengecam kalimah-kalimah toiyyibah, zikir dan lain-lain. Ada Allah ada segalanya 7 – Mereka (anak istimewa) ini mungkin tidak dikurniakan kemahiran berfikir yang tinggi. Jangan stress. Jangan buat kerja Allah. Sebagai hamba kita perlu buat kerja Rasulullah. Less fikir more zikir. Usaha untuk sampaikan ilmu. Jangan fokuskan dengan keputusan atau tentang pencapaian, tapi fokuskan dengan apa usaha kita yang telah dirancang dan akan laksanakan 8 – Sekiranya mereka dikatakan “tiket syurga”, pastikan tiket kita itu boleh digunakan dan “laku” di akhirat nanti. Semasa didunia ini kita boleh lihat berapa ramai orang tertinggal penerbangan walaupun mereka ada tiket, orang yang ada tiket bas tapi tidak dapat balik kampung & pelbagai lagi. Maksudnya BUKAN SEMUA TIKET yang kita ada, boleh memberi kita sesuatu manfaat. Jangan sesekali kita terlepas tiket ke syurga 9 – Ada kemungkinan antara fungsi mereka di dunia ini adalah untuk mendoakan kita. Maka ajarkanlah mereka berdoa. Bimbing doa mereka. Pastikan ada kita dalam doa mereka. Semoga permintaan mereka pada Allah tiada hijabnya. Ambil peluang sebelum mereka diambil kembali oleh Illahi. Walau bagaimana pun mereka masih lagi manusia, mereka bukan malaikat. Mereka tetap akan melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu sekiranya mereka melakukan kesalahan dengan manusia, ajarkan untuk meminta maaf. Jika berbuat salah dengan Allah dan RasulNya, ajarkan untuk beristighfar dan bertaubat. *Ibu bapa dan asatizah juga perlu lebih banyak istighfar dan selawat pada Rasulullah dalam mendidik mereka agar dimudahkan urusan 10 – Dalam mendidik anak istimewa, jangan hanya fokus dengan pendidikan vokasional, kemahiran dan akademik sahaja tapi kita meninggalkan pendidikan al-Quran. Ini seolah-olah kita hanya menekankan perkara fardhu kifayah tapi meninggalkan yang perkara fardhu ain. INGAT!! al-Quran bukan sesuatu yang menjadi alternatif, bukan komplementari. Malah ia adalah asas (foundation). Usahakan pendidikan al-Quran buat mereka.
Sebenarnya untuk didik anak-anak jadi cemerlang bukan hanya bergantung kepada buku semata-mata sahaja. Ia juga termasuk dengan persekitaran yang berdekatan dengan anak-anak itu.
Begitu juga dengan perkongsian oleh Aishah Kassim melalui paparan Nurul Atikah Moktar yang memaparkan petua mendidik cara mendidik anak-anak yang diajar oleh seorang keturunan cina.
Tips dr seorang Aunty untuk ajar anak… sngt setuju dngn aunty ni.. Kebanyakn point yg sy slalu ajar parents mcm mana nak ajar anak ckp ada disebut oleh aunty ni… 🙂 . Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.
Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
“Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty. Kredit : Nurul Atika Moktar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di