Almari Dapur Yang Lama Cantikkan Dengan Cara Paling Jimat Bila Buat Begini. Memang Hebat Hasilnya!

Share

Lazimnya jika sesebuah kediaman tidak memiliki kabinet dapur pasang siap, tentu sahaja akan menggunakan kabinet asas yang sedia ada dijual di kedai perabot untuk melengkapkan ruangan dapur.

Pun begitu, andai sudah lama diguna pakai keadaan almari tersebut tentu sahaja akan terlihat tidak cantik dan ada juga terjadi tombol kabinet tercabut biarpun struktur asasnya masih kukuh.

Pun begitu, jika hendak dibuang terasa sayang pula disebabkan masih boleh digunakan. Namun bila niat dihati mahu ruangan dapur nampak cantik sempurna dengan kabinet yang cantik,  apa kata ambil idea yang dikongsikan oleh Mohd Azrul ini.

Siapa sangka kabinet yang nampak lama apabila diberi sentuhan olehnya, terus nampak mewah.

Ini perkongsiannya.

Saya beli kayu shiplap mdf saiz 2 inci di shoppe..potong ikut saiz pintu almari.


– gam kan di pintu
– cat
– handle spray warna gold beli di DIY

Ekstra Tip

Sebelum cat cabinet..gosok pakai kertas pasir..


saya buat frame kat pintu gune mdf..kemudian baru cat hitam dan spray handle kaler gold.

Sumber : Mohd Azrul 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN