Almond London, Biskut Raya Paling Popular Dulu & Kini. Ni Resipinya!

Share

Pilihan biskut popular dikalangan anak-anak kita bila tibanya Hari Raya, lain tak bukan adalah  biskut Almond London.

Keenakan rasa coklat dan kerangupan biskutnya berserta badam, benar-benar digemari ramai.

Dan ini dikongsikan resipi untuk menyediakannya. Selamat mencuba.

Resepi ALMOND LONDON SEDAP DAN CRUNCHY!

1 adunan ni dapat dalam 150biji. Lepas kena curi dengan husband masa buat, tinggal 100biji. Hahahaha -nena falina

Cara penyediaannya:

Step 1

Pukul 250gm butter,125 gm gula halus dan 1 biji telur.

Step 2

Masukkan 1 sudu kecil esen vanila

Step 3

Ayakkan tepung sebelum masuk ke dalam adunan.

300gm tepung gandum, 200gm tepung jagung, 2 sudu besar tepung beras dan 1 kecil baking powder.

Step 4

Masukkan 50gm badam hancur

Step 5

Rehatkan adunan.

Step 6

200gm badam dibakar 15minit dalam oven atau digoreng tanpa minyak.

Step 7

Kepal-kepal begini dan masukkan badam di dalamnya. Bakar 20 minit, 200 degree c guna api atas dan bawah.

Step 8

Choc Beryl’s milk compound cairkan guna microwave, lagi senang dari double boiler. Jangan lupa campur dengan butter untuk coklat nampak berkilat.

Step 9

Taburkan badam yang telah digoreng tanpa minyak dalam 10 minit untuk rangup.

Step 10

Siap.

Sumber : Nena Falina

 

 

IKLAN