Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar pada Rabu lalu.
Waris sulung Tengku Puteri Iman Afzan dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah itu diputerakan pada 23 Julai lalu.
Instagram House of Pahang berkongsi berita dan turut memuat naik beberapa keping gambar untuk tatapan ramai sepanjang berlangsungnya istiadat penuh tradisi itu.
Pada hari Rabu 2 Oktober KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Istiadat Berandam Surai cucunda baginda iaitu YM Tengku Zayn Edin Shah Bin Tengku Abu Bakar.
YM Tengku Zayn Edin Shah ialah putera sulung YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YM Tengku Abu Bakar Ahmad ibni Almarhum Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah.
Turut berangkat ke istiadat yang penuh tradisi ini ialah Kerabat DiRaja Pahang.
YM Tengku Zayn Edin Shah telah diputerakan pada 23 Julai lalu.
Roti John merupakan hidangan ringan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya di bulan Ramadan. Selain beli di bazar Ramadan boleh buat homemade di rumah. Tak susah pun.
Kalau sudah tahu resipinya, tak perlu lagi beratur panjang untuk membeli di bazar Ramadan. Jika anda penggemar Roti John, cubalah buat sendiri. Pasti puas hati. Resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni nampak mudah. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pun boleh)
Bawang merah, cili merah & cili api – dihiris
2-3 biji telur
Planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sayuran : Timun, kubis – disagat halus
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan planta pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti di atas daging tadi. Biarkan seketika baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, angkat.
6. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
7. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Kehidupan berumah tangga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peluang meletakkan diri dalam kehidupan ini adalah perkongsian paling bermakna untuk kedua-duanya apa lagi bagi seorang wanita. Di sayangi dan dicintai seorang yang bergelar suami pastinya memberikan seribu makna dalam kehidupan hakiki. Apa lagi jika memperolehi kehidupan rumah tangga yang sakinah?
Bagaimana memperoleh kehidupan sakinah yang dimaksudkan ini? Kaut ilmu sebanyak mungkin dan lengkapkan ilmu di dada agar mengukuhkan lagi kehidupan berumah tangga anda.
Kehidupan rumah tangga yang bahagia, sejahtera, tenteram, aman dan tenang inilah yang dinamakan rumah tangga sakinah. Kebahagiaan yang dikecap ini dibangunkan atas rasa cinta dan kasih sayang daripada keduanya yang saling memberi dan menerima. Tanpa ‘rasa’ ini, hakikatnya hubungan suami isteri pasti terasa hambar. Tips di bawah perlu anda ketahui bagi mencari erti sakinah yang sebenar.
Sentiasa Dalam Redha Allah
Perkara paling asas adalah mencari redha Allah S.W.T. Mencari keredhaan Allah ini haruslah berlandaskan ke jalan Allah. Set kan minda anda agar hubungan suami isteri anda diulit dengan penerapan nilai-nilai agama dan meninggalkan apa jua larangan yang sudah termaktub. Mengingatkan sesama pasangan akan sesuatu yang dilakukan kepada jalan Allah atau misalnya mengingatkan solat lima waktu menjadi keutamaan dalam perhubungan walaupun hanya sekadar pesanan mesej ringkas daripada anda untuk suami. Ingatkan bahawa apa yang anda lakukan, pastinya kerana Allah. Sentiasa jadikan Allah sebagai permulaan hari anda berdua.
Pupuk Rasa Cinta
Kehidupan yang sakinah adalah suatu kehidupan yang dilandasi ‘mawaddah warohmah’ iaitu rasa cinta dan kasih sayang daripada Allah. Sentiasalah memupuk rasa kasih dan cinta ini pada pasangan anda. Bagaimana? Ungkapan bermakna seperti ‘saya cinta awak’, ‘saya sayang awak’ dan ‘rindu’ adalah perkataan keramat yang sentiasa anda perlu zahirkan. Jangan malu untuk mengungkapnya. Mesej-mesej cinta perlu anda lakukan saban hari supaya hati sentiasa berbunga. Panggilan manja seperti ‘sayang’ juga membantu buat anda rasa lebih disayangi.
Tenang Dengan Zikir
Tidak hanya berusaha memupuk rasa cinta dan sayang, anda sendiri harus mencari ketenangan kendiri dahulu. Berzikir dan menimba ilmu agama adalah kunci ketenangan diri. Ajak suami untuk berzikir bersama anda kala sedang memandu atau dalam apa jua yang anda lakukan. Sesekali ajakan ke masjid mendengar tazkirah bersama suami nyata buat hubungan lebih akrab daripada biasa. Anda juga punya lebih masa bersama.
Usaha Mencari Kegembiraan
Kegembiraan tidak datang sendiri jika bukan anda yang mencoraknya. Berusaha untuk bercuti bersama sahaja tanpa ditemani si kecil. Lokasi bulan madu anda selepas berkahwin adalah tempat paling disyorkan untuk mengimbau detik bersama. Cari ketenangan anda di sini dan ulit kisah cinta anda berdua. Tenang dan gembira, itulah kunci kebahagiaan.
Elakkan Pergaduhan
Rumah tangga yang aman damai adalah kehidupan sakinah yang anda cari. Bukan rumah tangga namanya jika bukan dilanda badai. Pun begitu usah biarkan ombak dan badai berpanjangan. Beri masa beberapa detik untuk anda mencari jalan kemudian berbaiklah semula dengan pasangan. Cuba fikirkan masa gembira anda bersamanya. Manis bukan? Redakan kemarahan dengan membeli belah atau menjamah beberapa biji kuih-muih untuk hormon anda berjalan dengan baik. Kemudian hantarlah mesej pesanan ringkas tanda kemaafan anda. Biar ringkas ia sudah memadai.
Saling Bantu Membantu
Ikatan yang dibina tidak hanya kukuh jika daripada sebelah pihak sahaja. Elakkan timbulnya perkara berbangkit dan sikap lepas tangan dalam hubungan. Saling bantu membantu dalam apa jua perkara antara elemen paling penting membentuk kesejahteraan rumah tangga. Ambil masa untuk membantu isteri menguruskan anak-anak atau mempersiapkan urusan rumah tangga. Begitu juga dengan isteri yang membantu jika suami dilanda masalah tempat kerja. Manis bukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.