Ads

KOKO KRAF CLUB Cetus Inspirasi! 11,208 Murid Gambarkan Keindahan Malaysia Melalui Kolaj

KOKO KRAF CLUB membuka ruang kepada ribuan murid untuk menggambarkan keindahan Malaysia melalui perspektif mereka sendiri dengan penuh warna dan kreativiti.

BAGI orang dewasa, Malaysia mungkin dikenali melalui mercu tanda, makanan dan destinasi pelancongannya. Namun di mata seorang anak, keindahan negara ini boleh hadir dalam bentuk yang jauh lebih dekat di hati seperti bunga di halaman, budaya masyarakat, haiwan tempatan atau suasana kampung yang membesarkan mereka.

Perspektif tulus itu diterjemahkan dengan penuh warna menerusi penyertaan 11,208 murid daripada 534 sekolah di 141 daerah seluruh negara dalam KOKO KRAF CLUB, pertandingan kolaj peringkat kebangsaan anjuran Nestlé Koko Krunch dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Apa yang menjadikan pertandingan ini istimewa, murid bukan sekadar diminta menghasilkan karya cantik, tetapi diajak melihat semula tempat yang mereka panggil rumah dengan mata yang lebih menghargai.

KOKO KRAF CLUB Cetus Inspirasi! 11,208 Murid Gambarkan Keindahan Malaysia Melalui Kolaj

Diinspirasikan daripada Visit Malaysia 2026, pertandingan tersebut mengetengahkan tiga tema mengikut peringkat iaitu Beauty of My District, Beauty of My State dan Beauty of Malaysia.

Daripada daerah sendiri, berkembang ke negeri dan akhirnya ke pentas nasional, setiap murid membawa kisah yang berbeza tentang Malaysia melalui warna, tekstur, potongan kertas dan imaginasi.

KOKO KRAF CLUB Temukan 15 Pasukan Terbaik Di Pentas Akhir

Selepas melepasi peringkat daerah dan negeri, 15 pasukan finalis berjaya melangkah ke Grand Finale yang berlangsung di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Antara ratusan karya yang dihasilkan, pasukan dari Sekolah Kebangsaan Balai Badang berjaya mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai juara kebangsaan.

Pasukan yang dianggotai Aniqkh Hasiff, Afifa Auliaa dan Nisaa Izz menghasilkan karya yang menggabungkan mercu tanda ikonik, hidupan liar tempatan, bunga Rafflesia serta elemen tradisional.

Gabungan tersebut bukan sahaja menyerlahkan kreativiti mereka, malah membawa mesej tentang betapa kayanya Malaysia dengan alam, budaya dan warisan.

Ads

Atas kejayaan itu, pasukan berkenaan menerima hadiah wang tunai RM1,500 berserta sijil, manakala pihak sekolah turut menerima RM2,000 sebagai penghargaan.

KOKO KRAF CLUB Cetus Inspirasi! 11,208 Murid Gambarkan Keindahan Malaysia Melalui Kolaj

Setiap Kolaj Ada Cerita Sendiri

Menurut Business Executive Officer, Nestlé Cereal Partners Worldwide Malaysia dan Singapura, Philip Joe, apa yang paling menginspirasikan sepanjang pertandingan ialah melihat bagaimana kanak-kanak menafsirkan Malaysia dengan cara mereka sendiri.

Ada yang memilih mercu tanda tempatan, ada yang mengetengahkan budaya dan ada juga yang melihat manusia di sekeliling sebagai sebahagian daripada keindahan sesebuah komuniti.

Bagi beliau, kanak-kanak sememangnya mempunyai sifat ingin tahu dan daya kreativiti yang tinggi, justeru mereka memerlukan ruang yang sesuai untuk mengekspresikan pandangan masing-masing.

Penyertaan lebih 11,000 murid tahun ini juga menunjukkan bahawa apabila diberi peluang, anak-anak mampu menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi mempunyai cerita dan makna.

KOKO KRAF CLUB Cetus Inspirasi! 11,208 Murid Gambarkan Keindahan Malaysia Melalui Kolaj

Ads

KOKO KRAF CLUB Bantu Murid Mengenali Potensi Diri

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Wong Kah Woh pula berkata, pendidikan bukan sekadar membekalkan murid dengan ilmu akademik, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk mengenali kemampuan dan mengembangkan potensi diri.

Menurutnya, platform seperti KOKO KRAF CLUB membantu melengkapkan pengalaman pembelajaran dengan membuka ruang kepada murid meneroka bidang seni visual dan menunjukkan bakat masing-masing.

Lebih membanggakan apabila murid dari pelbagai sekolah dan daerah berjaya membawa nama komuniti masing-masing ke peringkat kebangsaan.

Pengalaman seperti ini bukan sahaja memberi keyakinan, malah membantu anak-anak belajar menghargai hasil kerja sendiri dan tempat asal mereka.

Bila Guru, Ibu Bapa Dan Sekolah Sama-Sama Menyokong

Bagi Nelly Jimmy dari Sekolah Kebangsaan Tangkungon, Telupid, Sabah, kejayaan dua pasukan sekolahnya mara ke Kuala Lumpur menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna.

Daripada 15 penyertaan yang dihantar pihak sekolah, dua pasukan berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Ads

Lebih manis, perjalanan itu bukan usaha murid semata-mata. Guru, ibu bapa dan pihak sekolah sama-sama berganding bahu membantu dari segi persediaan hingga ke perjalanan ke Kuala Lumpur.

Walaupun bukan tugas kecil untuk membawa murid dari Telupid ke ibu kota, segala usaha terasa berbaloi apabila melihat mereka mendapat pengalaman di luar kebiasaan.

Malah, pengalaman tersebut memberi inspirasi kepada sekolah untuk menubuhkan kumpulan kolaj khas sebagai persediaan bagi pertandingan tahun hadapan.

Malaysia Dilihat Dari Mata Anak-Anak

Pada akhirnya, KOKO KRAF CLUB bukan sekadar pertandingan menghasilkan kolaj.

Ia menjadi ruang untuk anak-anak melihat semula negara mereka dengan rasa ingin tahu, bangga dan penuh penghargaan.

Melalui imaginasi 11,208 murid, Malaysia tidak digambarkan dengan satu gambar yang sama.

Sebaliknya, negara ini hadir dalam ribuan cerita kecil tentang kampung halaman, budaya, bunga, haiwan, manusia dan kenangan yang dekat di hati.

Kadangkala, kita orang dewasa terlalu biasa dengan apa yang ada di depan mata sehingga terlupa melihat keindahannya.

Tetapi melalui mata seorang anak, perkara yang sederhana pun boleh menjadi sesuatu yang cukup istimewa.

BACA LAGI : Koko Kraf Club: Bila Sarapan Pagi Jadi Pemangkin Kreativiti Anak

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Neelofa Hamil Anak Ketiga, Kongsi Perjalanan Selepas Hampir Setahun TTC

Neelofa hamil anak ketiga selepas hampir setahun melalui proses TTC. Dia berkongsi perjalanan ikhtiar, pemeriksaan, umrah dan doa yang diamalkan.