Hubungan kekeluargaan pastinya tidak lepas daripada ditimpa masalah. Marah adalah satu penyakit emosi yang sememangnya sukar dikawal. Apabila dimarahi atau memarahi ahli keluarga, banyak perkara yang perlu anda fikirkan.
Jangan hanya sewenang-wenangnya melemparkan kemarahan anda tanpa usul periksa. Ini semua akan hanya mengundangkan masalah kecil hati dan punya impak yang besar dalam hubungan.
Tambah lagi ketika ini kita sedang berada di bulan puasa nan mulia. Ada baiknya kita mengawal kemarahan yang meluap-luap. Semua ini adalah bisikan syaitan yang tidak sihat untuk minda kita.
Tip tenangkan diri ini patut anda contohi bila setiap kali anda marah.
Tip Kawal Kemarahan
Ads
*Tarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-lahan supaya oksigen mulai masuk ke kepala dan ini membuatkan anda akan mula berfikir dengan lebih mendalam serta rasional.
* Duduk dalam keadaan badan tegak, letakkan kedua tangan di atas paha dan genggam tangan kemas. Buka dan genggam tangan anda dengan pantas sambil menarik nafas yang dalam. Ini akan membantu tubuh menjadi lebih relak dan kemarahan juga makin reda.
Ads
*Perlahankan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan.
*Kendurkan dan regangkan otot-otot yang tegang akibat kemarahan melampau.
Ads
*Berfikirlah secara rasional dan positif sebaik oksigen mulai masuk ke kepala. Berfikirlah dengan lebih membina dan kawallah kemarahan perlahan-lahan.
*Membuat sedikit lawak jenaka pastinya buat minda anda lebih terbuka dan relaks. Secara tidak langsung kemarahan juga makin reda.
* Jika perlu, beralihlah dari persekitaran dan sumber yang menyumbangkan kepada perasaan marah anda. Keluar dari rumah atau bercucuk tanam di luar rumah pastinya buat mood anda semakin baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak dinafikan ramai wanita kurang arif mengenai kereta. Apa yang mereka tahu, kereta diisi dengan minyak yang penuh dan baik dari segi tayar dan sebagainya tetapi kurang arif mengenai bateri dan lain-lain hal.
Sebenarnya wanita lebih-lebih lagi surirumah kena persiapkan diri dengan sedikit ilmu asas mengenai kereta. Mana tahu tahu jika ada kecemasan dan suami pula bertugas luar daerah, ilmu sedikit sebanyak ini boleh membantu anda dikala cemas. Anak-anak tentu tak panik jika anda pun tahu dan bijak untuk bertindak. Ini penting.
Perkongsian saudara Badrul (Foreman) di twitternya mengenai perkara asas yang wajib wanita tahu ini banyak benarnya. Katanya wanita perlu tahu serba sedikit mengenai kereta supaya jika terjadi kecemasan, mereka bijak mengendalikan masalah ini. Ikuti tip yang diberikan olehnya. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
“Aku nak kongsi TIPS PENJAGAAN KERETA sikit ni. Especially untuk kaum hawa di luar sana, supaya nanti kalau ada apa apa jadi korang tau nak buat apa. Sebab aku rasa ramai kaum hawa yang tau start engine terus jalan.”
Tips 1
Penjagaan MINYAK HITAM. First thing first, this is the most important part dalam nadi sesebuah kereta. Lambat tukar, ini lah punca fuel consumption meningkat. Ada banyak jenis minyak dan brand di luar sana. Ada 3 based minyak Fully Synthetic, Semi Synthetic, Mineral.
Kalau untuk daily use dan kau bukan kaki tekan, aku suggest pakai 10w-30 Mineral untuk penjimatan kos. Harga lebih kurang RM40-60 untuk 4 liter, jangka hayat 5000km. Ohhh, jangan lupa tukar OIL FILTER sekali ya.
Tips 2
Penjagaan AIR RADIATOR. Ini pun penting juga. Sebelum korang kena keluar duit beribu-ribu disebabkan kereta over heat, check cepat Air Radiator korang.
Fungsi Air Radiator ni untuk menyejukkan engine kereta yang sangat panas. Untuk lebih effective biasa air dicampurkan dengan Coolant Radiator. Sebotol Coolant radiator berharga RM15-RM30.
Tips 3
Penjagaan TEKANAN UDARA TAYAR. Alah yang macam dalam iklan Shell dulu tu. Kekurangan angin pada tayar boleh menyebabkan tayar lebih senang nipis (botak)
dan peningkatan fuel consumption.
Aku sertakan sekali chart untuk tekanan udara yang bersesuaian untuk size tayar korang. Korang boleh tengok dekat area pintu driver side. Dekat situ ada information berapa PSI yang perlu untuk tayar standard factory korang.
Tips 4
Penjagaan ALAS BREK (Brake Pad) . Alas brek nipis boleh menyebabkan sistem brek tidak berfungsi dengan baik dan juga boleh menyebabkan piring brek (disc brake) rosak. Berdasarkan pengamatan aku, benda ni yang selalu orang terlepas pandang. Jangka hayat Alas Brek ni bergantung pada cara pemanduan korang. Alas brek tulen untuk Perodua Myvi berharga sekitar RM40-RM60.
Tips 5
Penjagaan PENAPIS UDARA. Penapis Udara ni terletak diatas engine, kotak berwarna HITAM kebiasaannya. Penapis Udara yang kotor boleh menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak sempurna. Kebiasaannya penapis udara ni orang tukar selepas 20,000km.
Tapi kalau bawak pergi bengkel biasanya diorang tak tukar pun unless kalau kau beli dekat spare part sendiri penapis udara ni. Harga bergantung pada kereta. Kalau Perodua Myvi lebih kurang RM35.
Tips 6
Penjagaan MINYAK KOTAK GEAR (GEARBOX). Antara perkara mustahak yang perlu diberi perhatian lebih. Wahai Kaum Hawa, jaga lah Minyak Kotak Gear ini sebelum kamu merana.
Minyak Kotak Gear terbahagi kepada dua. Minyak Auto Transmission Fluid (ATF) untuk gear auto dan Minyak Kotak Gear Manual. Untuk Minyak ATF jangka hayat nya 20,000km, sementara Minyak Kotak Gear Manual 60,000km.
Tips 7
Penjagaan Bateri. Ni antara masalah yang paling banyak berlaku. Selalu aku nampak kereta tersadai di bahu jalan gara gara bateri ‘weak’. Bateri kereta ni terbahagi kepada dua. Bateri sel basah dan Bateri sel kering. Aku nk share the easiest way untuk check bateri korang.
Sumber: Badrul (Foreman)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak lelaki perlu dibesarkan dengan penuh tanggungjawab dan bijak mengawal emosi dirinya. Itu tanda kematangan seorang anak lelaki.
Disebabkan itulah anak lelaki perlu di latih dan dididik untuk membuat keputusan lebih baik dengan matang sejak kecil lagi.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, ada sebabnya anak lelaki jangan terlalu dimanjakan berbanding anak perempuan. Barulah anak lelaki lebih kental jiwanya untuk membesar.
Inilah 5 sebab kenapa kita jangan manjakan anak lelaki secara berlebihan.
1. Kita nak anak lelaki membesar menjadi seorang yang beradab.
Tahu cakap terima kasih, minta izin, minta maaf dan minta tolong dengan orang lain.
Tahu merendah diri dan tak ego walaupun dia lebih bijak dan lebih kuat semasa remaja nanti.
2. Kita tak nak jadi “Lawnmower Parents” iaitu mak ayah yang akan buat apa saja untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran atau kegagalan.
Kesannya:
– anak tak tahu cara merawat stress tak pandai bertanya soalan
– tak pandai meminta bantuan
– tak boleh buat keputusan sendiri.
3. Kita nak anak belajar “Concept of refusal”.
Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara, mereka kena usaha untuk dapatkan.
Ada perkara yang kita kena cakap “Tak boleh❞ dan kita terangkan sebabnya. Beri alternatif lain pada anak.
4. Kita nak anak lelaki berpeluang belajar mengurus dan meluahkan emosi sendiri dengan baik.
Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
5. Kita nak anak lelaki belajar buat kerja rumah.
Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi ketua keluarga yang faham beban kerja seorang isteri.
Percayalah, anak lelaki takkan hilang kelakiannya jika dia yang pergi membuang sampah, mencuci pinggan atau menyiram pokok.
Ibu ayah mana yang tidak segembira setelah anak mendapat keputusan cemerlang eputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah keputusan ‘A’ yang banyak menjadi impian setiap ibu bapa!
Namun dalam terujaan itu, sudah tentu ada anak-anak yang tidak mendapat keputusan cemerlang di sindir tanpa sedar bahawa kata-kata itu akan menguris hati anak-anak. Sekali gus menjejaskan motivasi diri anak itu.
Menerusi perkongsian oleh Pakar Motivasi terkenal, Dr.Tengku Asmadi T.Mohamad menerusi facebooknya.
Dr Asmadi, menyatakan mendapat kiriman coretan seorang pelajar yang sedih apabila ibunya menyindir keputusan peperiksaaan SPM tidak banyak ‘A’.
Nasihatnya, usah mempertikaian keputusan itu sebaliknya raikan. Malah SPM adalah hanyalah permulaan. Perjalanan hidup dan kerjaya anak-anak masih panjang. Mereka perlukan kita sebagai ibu bapa yang faham.
“Ada orang kongsikan coretan komen seorang pelajar yang baru dapat keputusan SPM semalam kepada saya. Ini komen saya untuk tatapan ibu bapa semua. “
“Anak-anak ini ialah mereka yang menduduki SPM dalam keadaan Pandemik. Belajar tidak menentu. Saya amat simpati dengan cabaran mereka. Jadi usah bandingkan dengan keputusan anak-anak terdahulu.
“Kedua, kecerdasan anak-anak kita berbeza. Ada yang cerdas bahasa, sains dan matematik. Ada yang cerdas agama dan al-quran. Ada yang cerdas sukan, muzik, seni dan kemahiran. Pendek kata, rezeki anak-anak kita tak sama.
“Malah jika belum nampak kecerdasannya sekali pun, dia mungkin anak yang sanggup jaga kita, mandikan kita, basuh berak kencing kita di hari tua. Dia mungkin anak yang doakan kita bila kita sudah tiada.
RAIKAN ANAK, SPM HANYALAH PERMULAAN.
“Jadi, raikanlah keputusan anak waima apa sekalipun keputusannya. Usah pilih-pilih. SPM hanyalah permulaan. Perjalanan hidup dan kerjaya anak-anak masih panjang. Mereka perlukan kita sebagai ibu bapa yang faham.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.