Tahukah anda, pada usia enam tahun pertama, adalah tahap kritikal perkembangan kanak-kanak. Lantaran itu, ibu bapa harus memastikan tahap ini, anak-anak diberi pendedahan yang positif untuk perkembangannya. Cara yang dipraktiskan oleh Puan Wawa Shauqi ini boleh dipraktiks kan dengan mengajak anak melakukan aktiviti didapur tetapi dibawah pengawasan ibu bapa. Katanya banyak manfaat yang diperolehi anak-anak. Ikuti pendapatannya.
Ini adalah pembantu chef saya di dapur, Pakcik Bawang. Walau berkali-kali matanya mengalirkan air terjun waktu mengupas bawang, tapi semangat membantu tak pernah luntur.
Siapa biasa kendong anak sambil memasak angkat tangan? Siapa biasa bubuh anak kat dalam carrier sambil sudahkan basuh pinggan? Kita geng!
Tak hairanlah bisep kita membesar dengan mendadak pada tahun pertama anak lahir, kan. Mudah-mudahan anak-anak yang kita gendong ini membesar jadi jejaka yang rajin buat kerja di dapur.
Sekarang anak saya masing-masing sudah 2 dan 4 tahun. Mereka masih bersama di dapur bila saya memasak.
Walaupun dapur akan berkecah dan kerja memasak jadi 2 kali ganda lebih lama, tapi masya Allah, manfaat yang anak kita dapat sangat baik untuk tumbesarannya. Jadi kalau kita mula buat kerja, anak sibuk nak capai juga perkakas masak kita, jangan sesekali halau dia pergi.
Ajaklah buat kerja bersama. Banyak sangat manfaat anak boleh dapat tau!
1. BELAJAR AMBIL GILIRAN
30 saat Aqlan berdiri di atas bangku untuk memotong sayur bersama saya, dia akan turun memberi gilirannya pada Ammar yang dari tadi terlompat-lompat menahan sabar.
30 saat kemudian, giliran kembali pada Aqlan.
Awal-awal dulu berebut juga. Tapi bila dah biasa, mereka faham konsep giliran. .
2. MENGENAL OBJEK Hah! Yang ini penting juga. Sebab ada yang dah umur 20 tahun pon masih tak tau beza halia dengan kunyit dan daun inai dengan daun kari!
‘Mapuh kerah’ la kalau masak 10 kilo udang buttermilk nak hidang kat mak, sekali daun kari yang dipetik dibelakang rumah adalah daun inai! Inilah yang pernah terjadi pada saya dan kakak ipar.
Azab nak habiskan udang tu weh! .
3. MERANSANG KOMUNIKASI
Perasan tak, bila kita mengajar dan menyebut setiap tindakan kita pada anak waktu memasak, cara kita bercakap memang dah macam tukang masak dalam tv tu.
Sejujurnya, latihan ‘speech’ Aqlan banyak diperolehi dari sesi kami memasak bersama di dapur.
Bayangkan pada usia 2 tahun Aqlam tak boleh menyebut sebarang perkataan. Bila nak bersembang, hanya ‘mmm mmm’ yang keluar.
Alhamdulillah sebulan selepas saya libatkan Aqlan di dapur sambil bercakap dengan Aqlan seperti seorang chef dalam tv, dia mula menyebut perkataan demi perkataan, diikuti menyambung beberapa perkataan jadi satu ayat.
Sekarang, Aqlan dah mampu diajak bersama kalau nak membebel. .
4. MERANSANG DERIA .
“Ini serai. Cuba sebut! Se-rai! Cuba pegang. Cuba bau.
Yang ini pula bawang. Cuba sebut. Cuba pegang. Cuba gonyoh mata. Haa pedih kan?”
Hahaha! Yang bawang tu jangan buat kalau taknak anak trauma.
Sambil mengenal bahan masak, deria sentuhan, rasa dan bau mereka diransang dengan baik.
Ransangan deria kan salah satu aktiviti meransang otak yang baik. .
5. MELATIH FOKUS. “Ok sekarang nak potong lobak. Tapi kena buang kulit dulu. Mana satu alat kita nak pakai?”
“Kita nak ambil bawang 7 biji, jom kira sama-sama cukup tak?”
“Waktu nak kupas ni, pegang kuat macam ni, pastikan pisau tak dekat pada tangan.”
Walaupun kerja memotong sayur tu kita yang tolong pegangkan tangan dia waktu memegang pisau, tapi secara tak langsung mata dan tangannya bekerja dan belajar memberi tumpuan.
. 6. MELATIH KAWAL BADAN
Biasa bagi anak umur 2 tahun merosakkan mainan kan. Sebabnya kawalan badan masih lemah.
Tuang air bersepah. Pecahkan telur, merecik satu rumah.Tapi itulah proses yang perlu dilalui anak.
Jadi bila mereka dibiasakan mengendali pelbagai peralatan, lama-kelamaan, tangan mereka jadi cekap buat kerja. .
7. BONDING TIME
Baru kita nak pegang penyapu, anak dah tarik. Tengah lap cabinet tv, anak rampas kain lap. Hangin tak?
Relaks mama, ayah. Perkecilkan expectation, be easy on yourself and have fun with your kids.
Kalau kita jenis sentiasa sibuk dengan tugas sampai tak sempat bermain dengan anak, gunakan waktu ‘buat kerja’ bersama’ itu sebagai ‘playtime’ dan ‘bonding time’ kita dengan anak-anak.
Nanti bila anak dah besar, saat ‘bonding time’ itulah yang akan jadi memori buat kita dan anak-anak.
8. JIMAT MASA. Betul tak? Bila anak menyertai kita untuk apa juga tugas di rumah, kita dah tak perlu keluarkan mainan lain untuk adakan masa bermain bersama.
Malah kita juga dah jimat masa dibantu anak-anak. Bukan pada aktiviti memasak je, malah menyidai kain, membasuh bilik air dan mengemop lantai boleh jadi aktiviti ‘bermain’ bersama.
. Bila kita libatkan anak-anak untuk membantu kerja-kerja rumah, bukan HASIL yang perlu kita harapkan, tetapi PROSES.
Walau jantung kita rasa dicengkam melihat gulai lemak ditabur serbuk teh, kek coklat ‘dihias’ bunga lawang sesat, tapi sabar la mak, senyumlah ibu.
Mereka tak nampak salah yang mereka dah buat tapi hati mereka senyum puas dapat menghasilkan masakan hasil air tangan kalian bersama.
Love, Mak Serai, Anak Bawang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pastinya meletak harapan yang tinggi untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Kerana itu banyak perkara yang dititik beratkan agar mereka ini cemerlang dalam pelajaran.
Belum lagi reda dengan isu berkenaan dengan silibus pembelajaran, kali ini timbul satu lagi isu berkenaan dengan peralatan sekolah yang uzur namun masih digunakan.
Rasanya ini bukan satu isu baru kerana sewaktu zaman persekolahan kita dahulu pun, kita sendiri berhadapan dengan situasi ini seperti kipas bergoyang, tempat duduk di kantin patah, longkang besar tidak ditutup dan macam-macam lagi sedangkan perkara-perkara ini sering dibincangkan dalam mesyuarat PIBG tapi keadaannya masih sama.
Baru-baru ini seorang pelajar telah cedera apabila kipas silling di bilik darjah terjatuh menyebabkan jarinya patah.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Menurut bapa kepada pelajar tersebut, kipas tersebut dilihat sudah berkarat.
Sebenarnya ini bukan perkaran baru terjadi di sekolah. Suka acapkali juga media melaporkan mengenai perkara ini.
Jadi dimana peranan pihak sekolah dalam hal ini?
Faktor keselamatan sepatutnya dititik beratkan oleh pihak sekolah kerana para pelajar ini masih belum matang berhadapan dengan perkara-perkara seperti ini lebih-lebih lagi yang bersekolah rendah.
Siapa tak terkilan, anak yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh, sengsara dek kerana kecuaian orang lain. Lebih terkilan apabila kecuaian itu masih boleh dielakkan jika pihak yang bertanggungjawab peka dengan perkara ini.
Apa yang dirisaukan lagi oleh ibu bapa adalah apabila pelajar trauma untuk ke sekolah apabila berhadapan dengan kejadian-kejadian seperti ini sedangkan sekolah merupakan gedung ilmu yang seharusnya dijadikan tempat pertama bertahta di hati mereka kerana di sinilah mereka mempelajari banyak ilmu.
Semoga perkara ini membuka mata banyak pihak dan tidak lagi dipandang remeh. Hari ni mungkin ianya terjadi pada pelajar lain, tak mustahil satu hari akan terkena pada anak sendiri jika tindakan masih belum diambil.
Belajar membaca dan mendalami Al-Quran adalah satu amalan yang bagus lagi-lagi bagi wanita yang sedang hamil.
Memperbanyakkan amalan membaca ayat-ayat suci al-quran baik untuk bayi dalam kandungan. Tak perlu malu utk mengaku tak pndai mengaji yang penting kita masih di beri peluang dan kesempatan untuk belajar mengaji. Ramai yang masih tak pndai membaca al quran walau umur sudah lanjut usia, tapi selagi masih bernyawa kita masih ada peluang utk belajar.
Itu yang cuba dipraktikkan oleh bakal ibu yang cantik manis bernama Mawar Rashid. Isteri kesayangan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf Yaakob.
Menerusi laman instagramnya, Mawar memperkenalkan ustazah yang membantunya dalam memperkasakan lagi bacaan ayat suci -al-Quran.
Memperkenalkan ustazah Mawar. Dia sama umur Mawar, and dia pun tengah pregnant sama bulan dengan Mawar. Sepanjang Mawar pregnant ni, Nad ni la jadi guru mengaji Mawar, lepas blajar iqra, we all sama2 baca Al-Quran untuk baby we all.. Memang niat Mawar sbelum pregnant lagi nak belajar balik untuk mengaji dengan lancar, agar Mawar lebih dekat ngan Al-Quran.
“Tapi Mawar tak sempat lagi menguruskan masa Mawar atas urusan kerja yang terlalu padat. Jadi Mawar ambil kesempatan time preggy ni, untuk memulakan kelas mengaji yang telah lama ada dalam niat hati Mawar ni. Insyaa’Allah akan maintain kelas mengaji atau kelas apa2 demi menambahkan ilmu pengetahuan agama sampai bila2 pun tak apa. Itu hajatnya la, kita perlu dream big kan. Hehe..
Menurut Mawar, sebelum ni dia memang boleh baca Al-Quran, tapi tak beberapa lancar.
“Mawar tak malu untuk share sebab Mawar sedar ni kekurangan Mawar. Buat apa kalau kita nak bangga dengan benda yang kita tak pandai/ tak ada kan? Biar hati ni jujur daripada kita menipu diri sendiri dan orang lain.
“Mawar punya goals, belajar sampai dapat baca Al-Quran dengan lancar, dan dapat menghayati ayat2 yang Mawar baca. Insyaa’Allah ? And Mawar share ni agar dapat memberi semangat kat org luar di sana yang kita tidak pernah terlambat untuk memulakan sesuatu yang baik. Mawar doakan agar kita semua sentiasa istiqamah(berterusan) hingga ke akhir hayat ?
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.