Alumni UPSI meninggal dunia dalam perjalanan, tak sempat hantar adik daftar pengajian. Hasrat seorang abang menghantar adik perempuannya mendaftar pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim bertukar tragedi apabila meninggal dunia secara mengejut semasa dalam perjalanan.
Alumni UPSI Meninggal Dunia Dalam Perjalanan, Tak Sempat Hantar Adik Daftar Pengajian
UPSI memaklumkan Nik Mohamad Syahrul Azzim Nik Yusoff, 29, yang sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Tanjong Malim, tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri ketika kereta dipandunya tiba di Plaza Tol Sungai Besi kira-kira jam 6.30 pagi.
“Dalam keadaan cemas itu, adiknya Nik Nur Maisarah, 18, yang duduk di sebelah pemandu sempat menggenggam stereng bagi mengelakkan kenderaan mereka merempuh plaza tol.
“Walaupun terbabas, dia bersama seorang lagi kakak yang turut berada dalam kenderaan itu terselamat tanpa sebarang kecederaan,” menurut UPSI dalam kenyataan hari ini.
Ads
Nik Mohamad Syahrul yang juga alumni universiti pendidikan itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Serdang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah mati mengejut tanpa tanda awal penyakit.
Jenazah telah dibawa pulang ke Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest High, disaksikan ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan lama.
Ads
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof Dr Norkhalid Salimin berkata pihak universiti amat duka cita dengan kejadian itu.
“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan pihak UPSI bukan sahaja menitikberatkan kecemerlangan akademik, malah kebajikan dan sokongan emosi mahasiswa juga menjadi keutamaan kami, lebih-lebih lagi dalam situasi kehilangan seperti ini.
“Tragedi ini bukan sahaja meninggalkan kesedihan kepada keluarga, malah turut dirasai seluruh warga UPSI yang melihat Allahyarham sebagai alumni cemerlang,” katanya.
Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun, “Sama-sama Kita Belajar, Sampaikan Walau Satu Ayat.” Tahniah buat Farhatul Fairuzah apabila menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun, “Sama-sama Kita Belajar, Sampaikan Walau Satu Ayat”
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.
Diganggu Ketika Solat, 3 Wanita Terima Pampasan RM331,000
Insiden itu berlaku di luar sebuah pusat beli-belah di Alpharetta, Georgia, apabila seorang lelaki menyuruh mereka “kembali ke negara asal” ketika mereka sedang bersolat.
Individu yang terlibat dikenali sebagai Perry Greene, bekas suami kepada Ahli Kongres dari Georgia, Marjorie Taylor Greene. Kes tersebut akhirnya diselesaikan di luar mahkamah apabila ketiga-tiga wanita tersebut mencapai persetujuan dengan Perry.
Menurut sidang akhbar yang diadakan oleh peguam ketiga-tiga wanita terbabit serta wakil Majlis Hubungan Islam-Amerika (CAIR) cawangan Georgia, mereka mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian dan penyelesaiannya.
Ketiga-tiga pelajar itu memaklumkan bahawa Perry telah menghubungi mereka melalui peguamnya selepas video insiden tersebut tular dalam talian. Dia kemudian memohon maaf secara peribadi dan turut mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka pada awal bulan ini.
Keseluruhan jumlah pampasan tersebut telah disalurkan sebagai sumbangan kepada sebuah masjid tempatan.
Bila hidup berjiran ini sememangnya tidak mudah namun jika kita saling hormat-menghormati serta bertolak ansur pasti semuanya dapat hidup dengan harmoni.
Baru-baru ini, sebuah video tular di kongsikan oleh pengguna di Facebook, Sulyeana Yana
yang tidak puas hati dengan tindakan jirannya yang meletakkan kenderaan di hadapan rumahnya serta menyebabkan kesukarannya memasuki kenderaan dalam rumahnya sendiri.
Bertahan bertahun dengan sikap jirannya, akhirnya wanita ini meluahkan perasaannya. Bukan tidak bertimbang rasa, sikap tidak ambil peduli dan tolak ansur membuatkan wanita ini mengambil keputusan untuk bertindak menegur jiran berkenaan.
Sehingga kini video berkenaan telah tular di media sosial dan mendapat tontonan mencecah 3 juta di facebook miliknya
“Puas hati tengok video akak ni. Sebab pernah kena sebijik mcm ni”- Netizen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan. Juga ada yang berkongsi pengalaman pernah melalui situasi yang sama, Malah ada yang terkejut dengan sikap jiran berkenaan yang langsung tidak bertimbang rasa.
“Puas hati tengok video akak ni. Sebab pernah kena sebijik mcm ni”
“Walaupun jalan raya depan tu milik semua tp nak parking kereta, jgnlah parking depan rumah org. Ni fikir nak senang sendiri je tp lgsg tkde common sense nak fikir susah payah jiran nk keluar masuk kereta. “
“Ini la sebab kenapa kami xbeli rumah kawasan kos rendah atau sederhana. Terpaksa la spend sikit. Bukan apa kita dh beli nk duduk bertahun.”
“Jenis suka parking depan rumah orang pun ada,biar rumah sendiri nampak lapang.”