Wukuf di Padang ‘Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah merupakan puncak kepada ibadah haji di Tanah Suci dan merupakan satu daripada enam rukun haji.
Salah seorang jemaahnya, iaitu Ustazah Noor Laila berkongsi rakaman suasana mereka sementara menunggu saat mereka memulakan wukuf di Arafah. Menjadi perhatian di perkongsian tersebut, alunan munajat yang merdu oleh jemaah haji di sana yang menaikkan rasa sebak bagi siapa yang mendengarnya kerana seolah-olah diri dibawa ke sana untuk sama-sama mengerjakan rukun Islam kelima itu.
Bukan hanya alunan munajat, malah meskipun dalam mengerjakan ibadah haji, ustazah sempat memperingati orang ramai untuk banyakkan berdoa dalam tempoh wukuf supaya doa kita semua dimakbulkan olehNya..
Ads
Wukuf di Arafah bermula 15 minit lagi. Ustazah sempat kongsi sedikit sahaja. Doalah sebanyak2. Mudah2an mata yg melihat dan telinga yg mendengar alunan munajat di tanah Arafah ini juga dpt berkat. Ustazah tak lupa doakan semua followers ustazah. Setiap seorang yg kirimkan doa sedang Ustazah tak mampu baca semuanya, tapi ustazah doakan semua. Allah Maha Mengetahui segala hajat, Allah Maha Baik… Yakinlah.. Pasti Allah makbulkan.. Berdoalah bersama2…
Ads
Meneliti di ruangan komen, rata-rata mendoakan urusan ustazah di sana dipermudahkan. Malah, tidak kurang juga komen dibanjiri dengan individu yang meminta ustazah untuk mendoakan kesejahteraan mereka dan mendoakan supaya mereka juga berpeluang menjejakkan kaki ke sana untuk menjalani ibadah haji.
Walaupun kucing kadang-kala berperangai seperti dialah tuannya, tetapi ada masanya keletah dan gelagat si comel ini tetap mencuit hati kita. Pada masa yang sama, ada juga yang meraikan hubungan dengan kucing lebih daripada sekadar tuan dengan haiwan perliharaan.
Oleh sebab itu, ada sesetengah pemilik menghargai jasa kucingnya yang telah menemani sepanjang kehidupan harian dengan menyambut hari kelahiran kucing tersebut seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Rohaya Salleh di Facebook Kumpulan Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?
Difahamkan kucing yang diberi nama ‘Kim Tae O‘ itu telah di jaga oleh Rohaya sejak berumur 5 bulan lagi, jelasnya. Dalam satu ucapan yang dimuat naik itu bertulis, “Happy birthday Tuan Muda. Hanya ini yang mampu bibik sekalian sediakan.
“Bibik tumpang makan sekali yer. Yang dalam bakul tu khas untuk tuan muda sorang jer, bibik tak teringin yang tu.
“Semoga sihat selalu dijauhkan dari merbahaya dan cepat bertemu jodohnya,” tulis Rohaya Salleh.
Menjengah ke ruangan komen yang dibanjiri oleh warganet lain, penuh dengan kata-kata positif yang disampaikan.
“Happy birthday sayang. Semoga sihat selalu, dipanjangkan usia serta bibiknya sentiasa dimurahkan rezeki untuk menjaga tuan muda sebaiknya. Bestnya, boleh achik mintak sikit SR tu. Tuan muda golongan have-have ni,” kata Ranizah Ali.
“Waw secret recipe. Kerlass kau ceng. Apa-apa pun eppy befdey to you,”komen Fitri Intan.
“Happy birthday tuan muda! Semoga cepat bertemu jodoh!,” kata Nurul Azyyati Faqihah.
Bersyukur selama 65 tahun ini, kita hidup dalam keadaan yang penuh harmoni dan bersatu padu tanpa mengira agama, bangsa dan juga budaya.
Sebagai bukti, jika ada sebarang masalah, pasti akan ada yang menghulurkan bantuan tanpa memandang perbezaan diri.
Misalnya seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Eqramm Azizi yang memuat naik video seorang pemuda berbangsa Cina yang mendapat bantuan dari seorang lelaki yang memberi pinjam baju berkolar miliknya.
Ketika kejadian, pemuda itu tidak dibenarkan menduduki ujian memandu hanya disebabkan dia memakai baju t-shirt. Disebabkan itu, lelaki tersebut menanggalkan baju berkolar yang dipakai dan memberikannya kepada pemuda tersebut bagi membolehkannya memduduki ujian.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah adab yang ditunjukkan apabila mengibas-ngibas dahulu baju dan melipatnya sebelum memberikan kepada pemuda tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan murni itu. Malah, kebanyakan mereka mengakui berasa terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh lelaki terbabit kerana membantu orang lain yang sedang memerlukan pertolongan tanpa mengira siapapun individu tersebut.
Tambahan, anak perempuan lelaki itu turut menulis komen mengapa ayahnya memakai baju dua lapis. Menurut gadis tersebut, bapanya memang memakai baju dua helai kerana keluar pergi bekerja seawal 5 pagi dan cuaca sangat sejuk ditambah lagi menunggang motosikal.
Dia juga sangat menghargai doa-doa yang diberikan kepada bapanya dan berharap supaya semua kata-kata baik itu berbalik semula kepada semua.
Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di