Rupa-rupanya ada resipi rahsia yang dipraktikkan oleh pekebun di Thailand untuk memastikan pokok yang ditanam walaupun masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Mereka menggunakan hormon penggalak buah.
Untuk anda yang ingin memastikan pokok berbuah lebat, apa kata cuba resipi ini:
Bahan-bahan:
2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
2 kg Gula Perang
1 biji Ragi tapai
1 botol Yakult
2 kotak Susu segar
2 biji air kelapa muda
Ads
Cara membuat:
1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas
3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali
4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan
5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur
6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak kekalkan rumah sentiasa kemas dan bersih sepanjang waktu. Tentu ada sahaja antara kita mengatakan seakan mustahil untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi jika punya anak masih kecil. Baru sahaja kemas ruang tamu, tidak sampai lima minit ruang lain pula bersepah.
Tapi lain pula bagi pasangan suami isteri ini iaitu Encik Fendi Isa dan Puan Maslina. Mereka mampu menjadikan kediaman mereka sentiasa bersih dan kemas walau pun rumah tersebut dihuni bersama 3 orang anak yang masih kecil.
Ikuti perkongsian tip yang dipraktikkan agar kediaman kita juga dapat sentiasa kekal bersih, tersusun dan kemas sentiasa. Jom semak.
Ramai yang PM saya tanya tips untuk rumah sentiasa kemas bila ada anak kecil yang suka sepah-sepahkan rumah. Ada juga saya terbaca komen pada gambar yang saya post dengan mengatakan ”alaaaa dia xde anak kecik, boleh la deko-deko kemas macam tu…”.
Untuk pengetahuan, saya ada 3 orang anak yang masih kecil, paling kecil umur 1 tahun setengah. So saya kongsikan apa yang saya buat utk ‘maintain’ kekemasan rumah saya:
1. Asuh anak untuk suka mengemas setiap kali main atau sepah-sepahkan mainan. Sangat penting untuk kita tidak menghalang mereka main sepah-sepah, tapi tanamkan tabiat suka simpan mainan ke tempat asal selepas main. Biarkan mereka main sepenuhnya.
2. Ajar mereka untuk mengemas sejak dari kecik lagi. Sebagai mak ayah, kita kena sabar bila mereka sepah-sepahkan rumah kerana kanak-kanak bawah umur 3-4 tahun masih belum memahami sepenuhnya untuk kemas. So, kita kena konsisten untuk bagi arahan, mesej: kemas selepas main. Mula-mula susah untuk mereka akur, tapi percaya lah lama-lama mereka akan ikut.
3. Tetapkan peraturan yang objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main, tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu. Terapkan disiplin, sebelum tidur kena pastikan mereka kemas dahulu mainan yang mereka sepahkan, setiap hari setiap malam.
5. Kanak-kanak kecil suka untuk alihkan aksesori kecil seperti lilin, bunga dan hiasan lain. Di sini kita kena sentiasa igatkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah. Biasanya dalam tempoh 1-2 bulan, anak-anak yang umur bawah 2 tahun pasti akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten. JANGAN SESEKALI MENENGKING ATAU GUNA NADA MARAH-MARAH. Lama kelamaan mereka akan faham dan tak akan mengulanginya.
6. Peranan kita sebagai ibu bapa. Ada masanya mereka tetap akan sepahkan rumah dan tidak akan kemas balik. Maka, kita sendiri kena pastikan setiap hari sebelum tidur, kita sendiri akan kemaskan rumah, letak semua barang di tempat asal. Yang penting, kena rajin dan terus menerus melakukannya setiap hari, bukan sekali seminggu.
7. Kalaupun kita sendiri tiada masa untuk mengemas rumah sebab letih balik kerja, kita cuba gunakan khidmat bibik yang bayar jam, seperti RM50 untuk 4 jam sebagai contohnya. Yang paling utama, konsisten dalam menjaga kekemasan rumah dan tidak bertangguh. Sikap bertangguh ini lama kelamaan menyebabkan rumah akan tidak kemas dan deko-deko kita yang cantik tidak bertahan lama.
Nota: Semua tips ini adalah berdasarkan pengelaman saya semata-mata dan tidak diambil dari mana-mana pembacaan atau rujukan.
sumber : Fendi Isa VIA Kelab Dekorasi IKEA Malaysia
Tindakan Dato’ Seri Aliff Syukri memuat naik video tarian bersama Sajat Dan Lucinta di laman instagramnya mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.
Kecaman demi kecaman di terima termasuklah ada yang memintanya memadamkan video tarian untuk lagu terbarunya Semalam Boboi Di Mana yang seolah-olah tidak menghormati Hari Raya Aidiladha. Ini termasuklah dari PU Amin, Wardina Safiiyah dan terbaru, bondanya Rozita Ibrahim sendiri.
Bonda Rozita memberi komen kepada status yang dikongsikan oleh Dato’Seri Aliff mengenai teguran Wardina.
Menurut Rozita yang cukup dikenali dengan panggilan bonda menasihati anaknya itu supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.
“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.
“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka Allah. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya.
“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.
“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku,” katanya.
Komen Rozita itu turut mengundang reaksi positif dan rata-ratanya terharu dengan kelembutan dan sifat seorang ibu yang ada pada Rozita.
Respek Teguran Bonda
faraelfina@bondarozitaibrahim bonda adalah ibu yg terbaik kerana kasih sayang anak ditegur..yg penting doa bonda jgn putus sbb itu adalah punca kebahagiaan kekayaan dan kejayaan anak2..tumpang kita masih ada ibu la kita sentiasa pohon doa mereka jika suatu hari bila dah tiada hilang restu doa buat kita #doa ibu❤
yanz_nordiana@bondarozitaibrahim Ya Allah, baik budi sungguh mak dato ni….patut la family ni murah rezki, suka la dgn bonda ni ?????
zeanaramli@bondarozitaibrahim terbaik bonda…cuma tu la…kita doa elok2…naa…dato…we love u..so tacing tau bila mak tegur @aliffsyukriterlajaklaris tau ini biz marketing tapi..try to avoid yaa….we love u…tp cara ni…huhu..
me_mybodyshoppe@bondarozitaibrahimterharu baca komen ibu yang benar2 menyayangi anak nya…?iza_rlbetul dato’.. sy pun suka tgk keluarga dato’ tp yg ini memang xboleh diterima.. sy pompuan pun segan nak tgk ??]
aloeym@bondarozitaibrahim..bonda dato dah sgt2 baik sentiasa ingat kan dato…semoga dato mendengar pesanan bonda dato ini..apa dari ibu itu benar .
almubarak777aziz@nuramirah11seorg ibu seorg isteri semua sahabt hnya mampu doa ” tetapi memang tiada cara utk ubah seorg melainkn diri dia sendiri utk berubah “Hati”
nadira_ayla@bondarozitaibrahimmasya Allah…Allah hu akbar klu dah seorang ibuperangai anak nya.apalah makna semua tu dato rezkie yg dato dpt pon tak berkah tak halal klu dah sokong makhluk 2 yg derhaka pada Allah ni.kesian kan kat ibu istri dan anak 2 harta banyak pon klu tak berkah buat apa ? @aliffsyukriterlajaklaris
noreezzasaripSaya tiada pertalian darah..saya tahu saya tak patut nak komen atau menegur apa yang Dato buat walau dato cakap ia tuntutan keja..betul kata @bondarozitaibrahimjauhi la dari dua Golongan fasik yang di murka oleh Allah.. Allah memberi sekelip mata.. dan dia hendak menarik pun sekelip mata.. ingat Dato
widyasewstyle@bondarozitaibrahimsedih baca teguran bonda. Saya yg tiada kaitan pula yang bergenang air mata. Itu lah bonda, sentiasa sayangkan anak dan mahukan yg terbaik utk anak2. Tiada lah yg lain, kecuali mahukan anak2 bahagia dunia akhirat. Mahukan anak masuk syurga bersama.
Selain bondanya, selebriti tidak ketinggalan berbuat demikian. Antara yang lantang bersuara adalah PU Amin, Wardina Safiyyah dan terbaru diikuti oleh Amy Search, Amin Idris dan juga Izzue Islam.
Selain kata-kata nasihat kepada Aliff Syukri, turut terselit satu gurauan dari Aeril Zafril.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.