Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Usah bandingkan antara satu sama lain. Alangkan saiz kasut dan kasut juga berbeza, inikan pula ujian kiriman Tuhan.
Ujian itu ibarat ‘hadiah’ dari Allah untuk melihat sejauh mana kita mampu untuk bertahan dan bersabar. Ada orang diuji tidak punya apa-apa, ada orang lain diuji anak sakit dan ada juga diuji dengan tidak memiliki zuriat. Pasti ada hikmah sebalik apa yang berlaku.
Dr Syahr Musafir menerusi catatannya di medium facebook berkongsi pandangan mengenai Permata Negara yang dikurniakan zuriat usai 11 tahun menanti.
Kita rasa terharu dan teruja setelah 11 tahun menanti, akhirnya Datuk Seri #SitiNurhaliza melahirkan seorang cahaya mata perempuan.
Dalam segala kegembiraan dan kesyukuran ini kita ‘terlupa’ bahawa suaminya, Dato’ Khalid menanti zuriat perempuan selama lebih 20 tahun selepas punya 4 orang anak lelaki.
11 tahun vs lebih 20 tahun…
Ada pasangan suami isteri sudah 10 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemuanya anak lelaki. Pasangan ini tertunggu-tunggu bilalah nak dapat anak perempuan pula. Mungkinkah anak ke-6 mereka adalah anak perempuan?
Ada pasangan suami isteri yang sudah 15 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak, kesemua anak adalah anak perempuan. Pasangan ini berharap-harap agar nanti dapatlah pula anak lelaki. Si suami masih mahu mencuba mana tahu anak ke-6 mereka adalah anak lelaki nanti, tetapi dilema besar kerana si isteri sudah tidak mahu mengandung lagi…
Ada pula pasangan suami isteri yang baru bernikah 4 tahun punya 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan, mereka ini kata cukuplah 2 orang anak kerana sudah ada seorang lelaki dan seorang perempuan, mereka rasa lengkap sudah sebuah keluarga kecil mereka.
Ada pula pasangan suami isteri yang bernikah lebih 9 tahun tetapi zuriat belum kunjung tiba, pelbagai usaha sudah dicuba, belum melekat lagi…
Kisah benar yang pelbagai, realiti yang tak sukar mengundang air mata.
Apabila menyebut tentang anak kita perlu benar-benar yakin kita tak mampu nak buat apa-apa sebab semuanya datang daripada Allah SWT.
Subur macam mana pun kita, kalau Allah tak nak bagi, memang takkan dapat anak.
Tak subur macam mana pun kita, kalau Allah nak bagi, memang akan dapat anak.
Cubalah teknik apa pun, kalau Allah tak nak bagi anak lelaki, kita memang akan dapat anak perempuan je.
Cubalah cara bagaimana pun, kalau Allah tak nak bagi anak perempuan, kita perlu redha anak-anak kita semuanya lelaki.
Bukan bermaksud kita tak perlu atau tak boleh usaha, tetapi ini satu pesanan bahawa apa yang kita mahukan tak bererti itulah yang terbaik untuk kita. Sebab Allah lebih tahu.
Anak-anak lelaki yang kita ada sedangkan kita kepingin anak perempuan, seorang anak perempuan pun jadilah, percayalah anak-anak lelaki itu tidak ada satu kekurangan atau kelemahan pun berbanding jika kita ada anak perempuan.
Anak-anak perempuan yang kita ada sedangkan kita berharap ada sekurang-kurangnya anak lelaki, percayalah anak-anak perempuan yang kita ada itu juga mampu membuatkan kita gembira sebagaimana kegembiraan kita sekiranya punya anak lelaki.
Dan sekiranya kita belum punya anak, tidak bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding pasangan suami isteri yang sudah punya anak. Allah beri luang dan ruang kita bercinta sesama suami isteri lebih lama, lebih panjang, dan mungkin itulah peluang untuk kita menimba ilmu dan sebagainya untuk lebih bersedia untuk menjadi ibu bapa apabila dikurniakan zuriat kelak.
Apa yang kita ada, kita perlu syukuri. #SyukurSelalu
Apa yang kita tak ada, tak pernah bermaksud kita ini kurang bahagia berbanding orang yang lebih ada.
Punya anak adalah ujian, punya anak lelaki adalah ujian, punya anak perempuan adalah ujian dan tidak punya anak juga adalah ujian. Siapalah kita untuk menidakkan ujian Allah..
Silakan #Share 🙂 Diizinkan 100%. Kalau tak friend, boleh tekan Follow ye.
Dr Syahr Musafir Pn Rahimah AR 27/03/2018 #InspirasiDrSyahr Tulisan santai sementara tunggu nak mula meeting. Sama-sama kita fikir dan menjadi hamba-hambaNya yang syukur.
Kita rasa terharu dan teruja setelah 11 tahun menanti, akhirnya Datuk Seri #SitiNurhaliza melahirkan seorang cahaya mata…
Sebut sahaja namanya pasti ramai orang sudah mengenali. Terutama sekali bagi mereka yang gemar mrmasak. Resipi yang dihasilkan Khairul Ming sentiasa mendapat perhatian ramai.
Bukan itu sahaja, apa yang dilakukan oleh beliau, pasti mendapat perhatian ramai. Terbaru, Khairul Aming memuatnaik satu video di laman Twitter tentang barang yang dibelinya di Shopee. Dalam video tersebut, beliau membeli satu bekas simpan beras untuknya.
Apa yang mengejutkan orang ramai apabila dalam masa 24 jam jualan bekas beras tersebut laku keras dan ‘sold out’.
Dalam kiraannya Kharulaming, sebnyak 1,800 bekas sudah terjual. Kisah itu dimuatnaik beliau menerusi twitter nya.
bekas beras tu dah sold out semua 😅aku kira2 balik tadi around 1,800 unit terjual and owner dia dapat around rm90k sales semalam. i dont know who the owner is tapi murah rezeki dia semalam 👍🏻 all the best to you https://t.co/iM7RmoEnZ6pic.twitter.com/Gk7UwuynjO
Perut yang kembali buncit selepas setahun melahirkan anak membuatkan kita terfikir apakah penyebabnya masalah perut kita.
Makanan sudah dijaga, malah berbengkung juga sudah cukup lengkap ketika proses berpantang. Persoalan ini pastinya sentiasa bermain di fikiran semua ibu yang mengalami masalah perut buncit.
Menurut pengalaman orang-orang tua, sebenarnya banyak cara dan petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan masalah ini. Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan pemakaian bengkung secara disiplin, ini petua yang anda boleh cuba.
Cuba buat petua ini!
#Petua 1
Ambil beberapa biji limau kasturi dan ambil jusnya. Perahkan ke dalam kapur makan. Gaul rata dan sapu ke bahagian perut yang buncit.
#Petua 2
Ambil 2 genggam lada hitam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan sebiji ragi tapai dan gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian pakai bengkung ketat dan kuat.
#Petua 3
Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan yang berminyak, bersantan, berlemak atau berkolesterol tinggi seperti kambing, lembu, kerbau, udang dan sebagainya. Dengan kaedah ini, semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan. Ia juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak serta mengatasi masalah berat badan.
#Petua 4
Amalkan memakan 1 biji tomato sehari yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.
#Petua 5
Campurkan sedikit kapur makan bersama 5 helai daun sirih juga beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
#Petua 6
Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Biarkan semalaman dan minum keesokkan paginya.
#Petua 7
Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di