Sepanjang hari ini pasti telah bermacam-macam juadah dinikmati. Namun jika mengalami sistem penghadaman tidak berfungsi dengan baik, ini pastinya akan menyebabkan toksin akan terkumpul di dalam tubuh. Oleh itu ada baiknya anda amalkan petua ini setiap malam sebelum tidur.
Caranya cukup mudah dengan menggunakan bahan utamanya iaitu bawang putih. Dikatakan bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.
Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari toksin atau racun dan membantu anda menyelesaikan beberapa jenis penyakit. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh dan sekali gus melancarkan sistem penghadaman.
Sengkenit ialah serangga kecil yang biasanya melekat pada tubuh dengan mudah dan ia sangat menyakitkan. Pernah tak anda keluar berjalan-jalan di kebun dan bila balik ke rumah, anda rasa kurang selesa. Atau mungkin anda akan rasa lemah-lemah badan?
Jika ya, pastikan anda memeriksa bahagian anggota badan yang anda dan anak anda rasa kurang selesa. Anda perlu fahami fakta ini supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika mengalaminya.
“Doktor, telinga saya ada tumbuh benda hitam ni. Sakit dia, berdenyut-denyut. Rasa macam bisul.”
“Apabila saya periksa, rupanya ada sejenis kutu yang melekat di cuping telinganya.”
Kutu ini dikenali sebagai kutu babi, sengkenit (cikenit), atau tempiras (pirah). Kutu ini adalah sejenis parasit luaran kecil. Ia menggigit kulit hos dan melekat di situ untuk jangka masa lama untuk menghisap darah. Setelah menghisap darah, saiznya berganda.
Sekiranya anda ada ke kawasan hutan, belukar, kebun, atau ada menyentuh haiwan, maka anda disarankan memeriksa tubuh anda.
Kutu babi lazimnya menggigit manusia di anggota berikut:
◾️kelopak mata
◾️kulit kepala
◾️cuping/lubang telinga
◾️ketiak/ kelengkang
◾️pusat
Kutu yang telah menghisap darah berupa buntil kelabu kehitaman, dan permukaannya berkilat. Kadang kala, di sekitar kutu itu melekat, terdapat butir-butir hitam yang kecil. Itu adalah najis kutu berkenaan.
Apabila kutu babi ini menggigit serta melekat pada anggota tubuh, maka kulit di kawasan itu akan terasa sakit, merah dan bengkak. Kadang kala menyebabkan demam, lesu dan ruam.
Bahaya bukan? Oleh itu, kita perlu kenali kutu ini, periksa tubuh setelah lakukan aktiviti di kawasan belukar serta melibatkan haiwan. Berjumpalah dengan doktor jika digigit kutu babi. Semoga bermanfaat!
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kena baca perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang barang yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.
BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam peti sejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Bahan bukan makanan
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasak makanan adalah rutin harian wajib bagi kita semua. Sudah tentu kita memerlukan ruang dapur selesa dan perkakasan untuk memasak hidang buat ahli keluarga. Dalam pada kita memastikan menu yang disedikan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, jangan culas mengenai perkakasan yang selamat digunakan.
Selain faktor kebersihan dapur, perkakasan yang selamat digunakan amat penting supaya masakan kita tidak mengandungi bahan kimia yang bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan.
Menerusi perkongsian seorang Pakar Kimia, Dr Fatimah Salim, menerusi group Makmal Makanan (MaMa), penggunaan senduk berwarna hitam boleh membahayakan kesihatan apabila digunakan suhu yang tinggi. Beliau menasihati penggunaan senduk jenis kayu lebih selamat digunakan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
BAHAYA SENDUK WARNA HITAM
Merujuk kepada ss di bawah, biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula. Juga dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony… ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut. Maka ELAKKAN penggunaan plastik jenis ini pada suhu yang hampir mendidih.
Sebagai alternatif, boleh gantikan dengan senduk yang lebih selamat yang diperbuat daripada besi, keluli tahan karat, kayu atau buluh, kaca dan seramik. Bergantung kepada kombinasi bahan binaan, senduk silikon juga boleh digunakan, namun kurang tahan apabila terdedah terus kepada haba memasak.
PENGGUNAAN SENDUK KAYU
Rentetan daripada perkongsian senduk berwarna hitam, ada yang bertanya berkenaan risiko dalam menggunakan senduk kayu yang berkilat (gambar di bawah).
Benar, suatu masa dahulu, peniaga menggunakan bahan kimia berbahaya plumbum (lead) untuk mendapatkan rupa yang berkilat itu. Namun penggunaan plumbum telah diharamkan sejak tahun 1972 dalam produk yang melibatkan makanan.
Selain daripada rupa yang cantik, tujuan selaput berkilat ini adalah untuk membuatkan senduk kayu ini kalis air dan tidak mudah calar. Antara bahan selamat yang digunakan kini ialah minyak (mineral, Tung, Linseed, walnut), selaput sintetik (shellac, Polyurethane) dan lilin (beeswax, carnauba).
Sesetengah rawatan ini sememangnya menggunakan larutan organik untuk menggalakkan perlekatan maksima selaput kepada senduk, namun proses rawatan dan permunian akhir akan pastikan kesemua larutan ini meruap dan ianya selamat digunakan.
Mungkin juga, ada lagi peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahan kimia plumbum sebagai bahan pengilat ini. Walaupun sedikit mahal, beli lah daripada peniaga yang ada reputasi baik dan kita yakini berkualiti.
Bella Astillah dan Syed Saddiq berkongsi detik bermakna apabila menerima nasihat rumah tangga Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah menjelang alam perkahwinan mereka.