Memiliki tahap kesihatan dan kecergasan diri yang baik bukan mudah.

Menjaga pemakanan serta gaya hidup yang sihat akan memberikan banyak manfaat kepada kita.

Bagi yang menghadapi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi harus tahu cara untuk mengawalnya ia termasuk memantau tekanan darah.

Biasanya pesakit perlu membeli alat untuk memeriksa tekanan darah secara konsisten.

Kebiasaannya alatan ini ada dijual di pasaran, namun sebagai pengguna pastinya keliru untuk memilih yang terbaik.

Nak tahu cara yang betul memilih alat tekanan darah, anda boleh jadikan penjelasan pegawai perubatan ini sebagai panduan.

Tekanan darah tinggi

Ikuti panduan daripada pegawai perubatan ini, Mohd Syamirulah Rahim

Penyakit darah tinggi merupakan penyakit yang biasa kita dengar. Mengikut laporan National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2019, tiga dari sepuluh rakyat Malaysia, menghidap penyakit darah tinggi. Ia bersamaan dengan hampir 6.5 juta orang!

Saya selalu ceritakan kepada pesakit saya – penyakit hypertension ini, penyakit yang tidak berlaku semalaman. Tidak ada pesakit hypertension yang, apabila dia bangun pagi, “eh aku rasa aku ada darah tinggi lah hari ini!”.

Proses untuk penyakit darah tinggi wujud, merupakan sebuah proses yang berterusan dan mungkin telah bermula sejak bertahun yang lalu. Kombinasi pelbagai faktor yang kita boleh bahagikan kepada faktor yang boleh diubah (pola pemakanan, aktiviti fizikal, stress harian) dan faktor yang tidak boleh diubah (kecenderungan genetik, jantina dan usia) memainkan peranan bagi penyakit ini wujud.

Tak Tahu Cara Yang Betul Nak Beli Alat Bacaan Tekanan Darah, Ikuti Panduan Dr Ini.

Dan saya juga selalu ceritakan kepada pesakit saya, penyakit darah tinggi ini lazimnya tidak mempunyai simptom yang spesifik, tambah-tambah di peringkat fasa awal kewujudannya.

IKLAN

Simtom seperti sakit kepala, adalah simtom yang sangat umum. Ramai orang yang menghidapi darah tinggi, tidak sedar mereka sebenarnya ada darah tinggi, dan hanya dikesan melalui pemeriksaan untuk penyakit lain; eg masuk wad kerana kemalangan, kemudian baru tahu rupanya ada darah tinggi ketika dirawat di wad.

Tak Tahu Cara Yang Betul Nak Beli Alat Bacaan Tekanan Darah, Ikuti Panduan Dr Ini.

Kerana itu kita menggalakkan orang awam, untuk kerap membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan, bagi orang dewasa yang sihat tubuh badan, kita galakkan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Pemeriksaan kesihatan ini penting untuk kita buat “Saringan”. Saringan bermaksud, kita kesan penyakit sebelum wujudnya simtom, supaya rawatan awal dapat diberikan.

Selalunya, berikut adalah perspektif doktor kita merawat, khasnya penyakit darah tinggi

1. Jika belum ada penyakit darah tinggi, aim kita adalah mencegah terjadinya darah tinggi. Caranya adalah kita kenalpasti faktor risiko dan cuba untuk mengurangkan faktor risiko, bagi faktor yang boleh diubah.

2. Jika sudah didiagnos penyakit darah tinggi, aim kita adalah mencegah terjadinya komplikasi bagi penyakit darah tinggi. Komplikasi penyakit darah tinggi berlaku apabila tekanan darah dibiarkan tidak terkawal. Kesannya, dalam tempoh beberapa tahun, saluran darah seperti arteri akan semakin menebal dan mengeras. Jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah, kerana salur darah yang tidak lagi kenyal. Salur darah kapilari iaitu salur darah yang halus didalam badan juga, akan mengeras, dan kesannya akan melibatkan organ seperti mata dan buah pinggang.

Justeru adalah amat tidak benar mitos mengatakan, makan ubat lama-kelamaan akan rosak buah pinggang. Kerana faktanya, yang membuatkan buah pinggang rosak adalah membiarkan tekanan darah tidak terkawal. Dengan rawatan, serta mengurangkan faktor risiko yang menjadi punca, seorang pesakit darah tinggi boleh mendapat tekanan darah yang terkawal sepanjang hayatnya, dan akhirnya meninggal dunia atas sebab yang tidak berkaitan darah tinggi atau penyakit cardiovascular pun.

PANDUAN MEMBELI ALAT BACAAN TEKANAN DARAH

IKLAN

Tak Tahu Cara Yang Betul Nak Beli Alat Bacaan Tekanan Darah, Ikuti Panduan Dr Ini.

Berikut adalah beberapa peralatan yang saya CADANGKAN untuk pesakit darah tinggi agar membantu mencapai kawalan tekanan darah yang baik. Peralatan dan cadangan ini adalah bersifat umum berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit. Setiap cadangan ini, bergantung kepada kesesuaian peribadi pesakit, dan tidak semestinya satu jenama adalah lebih baik dari jenama yang lain.

1. Sphygmomanometer

Ha, berbelit lidah nak sebut. Mudah kira, sebut sahaja “alat pemeriksa bacaan tekanan darah”. American Heart Association dalam guideline mereka mencadangkan bahawa SMBP (Self-Monitoring Blood Pressure) dapat membantu memperbaiki tahap kawalan tekanan darah seseorang. Kalau sebelum ini, kita selalu dapat bacaan tekanan darah ketika kita pergi ke klinik, atau dimasukkan ke wad. Acap kali, bacaan tekanan darah ini akan lebih tinggi, kerana pelbagai faktor seperti kita baru selepas berjalan, chuak/anxious/gabra dihadapan doktor (kita panggil white coat effect). Atas sebab itulah, bacaan tekanan darah ketika kita berada di rumah, dalam keadaan rileks dan selesa, adalah lebih tepat kerana ianya menggambarkan tekanan darah seharian kita yang sebenar. Begitu juga, bacaan tekanan darah secara bersiri contohnya pagi-petang untuk tiga hari berturut-turut, adalah bacaan yang lebih informatif dan tepat berbanding hanya satu bacaan. Ia dapat mengenalpasti adanya isolated hypertension, atau hypertension disebabkan faktor lain/luaran.

Cara memilih alat bacaan tekanan darah : Terdapat pelbagai jenama dan model dengan pelbagai fungsi dijual di pelbagai tempat – sama ada di farmasi, di kedai peralatan perubatan, bahkan secara online. Namun suka saya ingatkan, syarat pertama adalah memastikan alat bacaan tekanan darah tersebut, mempunyai pendaftaran dengan MDA (Medical Device Authority) Malaysia.

Saya ambil contoh, terdapat sebuah alat bacaan tekanan darah yang dijual di Shopee dengan harga RM38.90 dan TOP SELLING. Tidak ada nama jenama, mungkin ianya OEM, tetapi ada dinyatakan nama model nya. Semakan nama model di laman MDA tidak menjumpai nama model tersebut. Boleh jadi alat ini tidak didaftarkan di MDA. Lihat komen salah seorang pengguna :

#### “Seller pos cepat.Tp XXX lmbt. Btw mesin ni x accurate. BP sy xpernah tinggi..Dlm masa sminggu ni kene pantau.Skali sminggu ni tinggi mendadak smpai sakit kpala sy fikir..Td cek alat ni kt klinik, Terkejut nurse tgk.Pastu cube test gune klinik then 128 je normal terus ilang migrain! So rugi jela beli” ######

Sebab itulah, janganlah kita nampak Top Selling, terus kita beli! Walhal ianya tidak didaftarkan, dan tidak selamat untuk digunakan kerana memberikan bacaan yang tidak tepat. Terdapat baaaanyak alat bacaan tekanan darah OEM yang dijual secara online. Cuba elakkan untuk membeli jenama OEM/generik sebegini, kerana alatan sebegini kita nak guna untuk jaga kesihatan kita. Pilihlah yang lebih bermutu dan selamat.

IKLAN

Salah satu yang saya cadangkan, adalah dari jenama OUSON+ ini (https://shp.ee/g7b5d7x). Again, ini hanya cadangan, mungkin anda boleh jumpa jenama lain yang lebih sesuai dan murah. Tapi jangan lupa, pastikan berdaftar dengan MDA, ya! Alat pemeriksa bacaan tekanan darah dari jenama OUSON+ ini berdaftar dengan MDA : https://mdar.mda.gov.my/frontend/web/index.php…

Langkah kedua, adalah memilik cuff size yang sesuai dengan pengguna. Cuff Size adalah saiz bahagian alat yang kita nak lilit di lengan kita tu. Ada yang bersaiz besar, ada yang bersaiz kecil. Untuk jenama OUSON+ ini pun terdapat tiga saiz berbeza iaitu standard, L dan XL. Bagiamana nak tahu saiz yang sesuai dengan lengan kita?

1. Dapatkan tali atau pita pengukur, dan ukur di kawasan tengah-tengah lengan atas. Contohnya bacaan adalah 40cm.
2. Darabkan bacaan tersebut dengan 0.8 (80%). Jadi 40 x 0.8 : 32cm
3. Maka, saiz minima cuff anda adalah 32cm.

Jika kita tengok pada ketiga-tiga size cuff yang diberikan bersama mesin OUSON+ ini, sudah tentu saiz standard tidak sesuai untuk anda. Ini kerana saiz standard mempunyai ukuran 22 – 32cm sahaja. Upper limit sahaja sudah cukup-cukup 32. Dalam situasi ini, anda mungkin lebih sesuai mengambil saiz large atau bahkan XL.

Apa yang berlaku jika anda gasak juga nak ambil saiz standard? Kesannya anda terpaksa lilit lengan anda dengan lebih ketat, atau terpaksa memegang cuff ketika bacaan dibuat. Ini menyebabkan bacaan menjadi tidak tepat.

Ingat, ini adalah DUA PERKARA PENTING sebelum anda memilih alat bacaan tekanan darah, iaitu
– MDA APPROVED
– APPROPRIATE CUFF SIZE.

Selain dua perkara ini, adalah additional function yang boleh membantu anda. Antaranya seperti
– Sumber kuasa : bateri dan/atau USB-powered. Zaman sekarang, mesin BP pun boleh charge macam henfon dah. Mudah.
– Memory berserta Date/Time : Boleh menyimpan bacaan tekanan darah dan boleh scroll balik satu persatu. Memudahka, jika beberapa orang didalam rumah berkongsi mesin yang sama. Atau bahkan untuk kegunaan peribadi, kita boleh bandingkan antara bacaan.
– Voice Over : Mesin tersebut akan bacakan
– Bluetooth : Ada aplikasi di Playstore/Appstore yang boleh “sync” dengan alat anda.

Berikut adalah beberapa jenama dan model alat pemeriksaan tekanan darah untuk kegunaan di rumah. Sekali lagi saya mengingatkan, peralatan dan cadangan ini adalah bersifat umum berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit. Setiap cadangan ini, bergantung kepada kesesuaian peribadi pesakit, dan tidak semestinya satu jenama adalah lebih baik dari jenama yang lain.

1. OUSON+ Care
Cuff Size : Pelbagai, 3 saiz berbeza
Harga : Bermula RM59.90
Features : USB/Battery
2. Rossmax X1
Cuff Size : 24cm – 40cm
Harga : rm149
Features : Adaptor/Battery
3. OMRON HEM-7120
Cuff Size : 22cm – 32cm
Harga : RM164.49
Features : Adaptor/Battery (Adaptor not included)
4. Omron Evolv BP-7000 (HEM-7600T)
Cuff Size : 22cm – 44cm
Harga : RM585
Features : Wireless, terus pasang di lengan sahaja. Bluetooth. Battery.

Sumber: Mohd Syamirulah Rahim

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Tak Tahu Cara Yang Betul Nak Beli Alat Bacaan Tekanan Darah, Ikuti Panduan Dr Ini.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI