hati seorang isteri dan suami sememangnya tidak sama. Kalau suami lebih cool, berbeza pula dengan isteri. Hati seorang isteri sememangnya perlukan sokongan kuat dibelakangnya.

Nak beli jiwa isteri bukannya susah, hargainya selalu.  Simple tapi percayalah, isteri amat menghargainya. Demikian juga suami, penat mana sekalipun bila pulang ke rumah disambut senyuman manis dan layanan baik sang isteri pasti hilang segala masalah.

Untuk menjadi pasangan yang terbaik dalam rumah tangga, perlu ada sikap memberi dan menerima. Tidak hanya sebelah pihak yang memainkan peranan sebaliknya suami isteri kena saling bekerjasama barulah rumah tangga bahagia.

 

Setenang mana seorang manusia, mesti akan ada hari extra letih, extra tekanan, extra beban dan segala macam ujian. Begitu jugalah dengan pasangan kita.

Oleh itu, ayat sesederhana ‘Awak okay ke?’ pun sudah cukup menenangkan hati sebenarnya. Itu yang dikongsikan oleh puan Intan Dzulkefli.
“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Baik Suami Atau Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!
Ada orang, dia keluar mencari nafkah waktu pagi, pulangnya pula apabila sudah tengah malam. Masuk rumah, disambut dengan wajah isteri yang juga keletihan.

IKLAN

Ya, kita penat. Jangan lupa isteri pun penat. Begitu juga dengan isteri, jangan sewenangnya meremehkan pengorbanan dan kepayahan yang suami hadapi.

“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Baik Suami Atau Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!
Percayalah, kita masing-masing ada struggle dan battle kita setiap hari – baik sebagai suami dan bapa juga sebagai isteri dan ibu. Jadi, jangan lupa berlapang dada dan bersifat ehsan terhadap pasangan kita.

Bila lihat pasangan, sentiasa fikir, banyaknyalah hak-hak mereka yang masih belum kita tunaikan. Barulah dapat timbul rasa keinsafan, rahmah dan belas kasihan.

IKLAN

Lihat isteri nampak lain macam, jangan lupa tanya dia, ‘ayang okay ke?’ ‘ayang dah makan?’ ‘ayang dah solat?’

Begitu jugalah sebaliknya.
“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Baik Suami Atau Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!Ya, memang kita lihat pasangan sebagai multi-tasking, orang yang kuat tak mudah merungut. Tetapi lihatlah siapa kita di sisinya dan mainkanlah peranan kita.

Ada mulut, bertanyalah. Pujilah.
Ada mata, lihatlah kepayahan dan pengorbanan pasangan.
Ada hati, jangan lupa bersyukur dengan nikmat pasangan dan anak-anak.
Ada tangan, jangan lupa peluk dan belai pasangan. Ada masanya mereka sangat memerlukan sentuhan kita.

IKLAN

Benda-benda basic yang kadang selalu sangat dilupakan.
Ya, memang kadang kita seharian sangatlah sibuk dengan tugasan masing-masing. Namun, ambillah 1 saat untuk tatap wajah pasangan dan tanya dia, ‘awak okay tak?

“Ambil 1 Saat Tatap Wajah Pasangan & Tanya, ‘Awak Okay?” Baik Suami Atau Isteri Dua-Dua Penat, Sebab Tu Pentingnya Komunikasi!

Pertanyaan simple ini mungkin bakal menyelamatkan nyawa seseorang yang telah ‘lost’ jauh dalam depresi.

Ambil berat kepada pasangan kita. Please.
#intandzulkefli
#randomthoughts

P/S : saya terpaksa tulis sementelah seminggu dua ini beberapa kenalan dan masuk inbox luahan wanita mengadu rasa nak mati, rasa nak bunuh diri kerana suami terlalu sibuk hingga tak sempat berkomunikasi dan isteri rasa dirinya terabai.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI