Ads

Ibu Bapa Semakin Tua, Ini 7 Perkara Penting Anak Perlu Tahu Untuk Jaga Mereka

Ibu Bapa Tua

Dulu, merekalah yang paling risau apabila kita demam, lambat pulang ke rumah atau terlupa makan.

Mereka yang mengingatkan waktu sekolah, menyediakan keperluan harian dan memastikan hidup anak-anak sentiasa terurus dengan baik.

Menurut perkongsian laman rasmi Hello Doktor yang disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim, proses menjaga ibu bapa di usia tua memerlukan kesabaran, empati dan komunikasi yang baik.

Namun tanpa sedar, masa terus berjalan. Rambut ibu bapa mula memutih, langkah tidak lagi sekuat dahulu dan ada perkara yang sebelum ini mudah dilakukan kini mungkin mula terasa sukar.

Ibu Bapa Tua
Berikut tujuh perkara yang anak perlu mula ambil tahu.

1. Sedar Bahawa Peranan Anak Mungkin Mula Berubah
Semakin meningkat usia, ada ibu bapa yang mungkin memerlukan lebih banyak bantuan dalam mengurus rutin harian.

Yang paling penting, jangan buat mereka rasa diri sudah tidak mampu melakukan apa-apa.

2. Beri Pilihan, Jangan Terus Tentukan Semua Perkara
Walaupun niat anak mahu melindungi ibu bapa, keputusan tidak sepatutnya sentiasa dibuat tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

Selagi mereka masih mampu membuat keputusan sendiri, berikan ruang untuk memilih sudah memadai.

Ads

3. Peka Dengan Perubahan Fizikal Dan Mental
Jika ibu atau ayah mula kerap terlupa, keliru arah, sukar bergerak atau menunjukkan perubahan emosi yang ketara, anak perlu mengambil perhatian.

Lebih awal sesuatu perubahan dikenal pasti, lebih mudah untuk mendapatkan nasihat dan sokongan yang sesuai.

4. Sabar Apabila Emosi Mereka Berubah
Ada yang mungkin sudah tidak mampu melakukan aktiviti seperti dahulu, terpaksa bergantung kepada orang lain atau kehilangan kebebasan yang sudah dinikmati bertahun-tahun.

Situasi sebegini boleh membuatkan seseorang mudah kecewa, sensitif atau marah. Sebagai anak, cuba lihat dari sudut mereka.

Ibu Bapa TuaJaga ibu bapa semakin tua memerlukan kesabaran dan empati. Ketahui 7 perkara penting yang anak perlu tahu agar mereka terus dihargai dan disayangi.
5. Jangan Buat Ibu Bapa Rasa Tidak Lagi Diperlukan
Apabila anak mula mengambil alih banyak urusan, ibu bapa mungkin berasa peranan mereka dalam keluarga semakin kecil.

Ads

Sebab itu penting untuk terus meminta pendapat, nasihat dan pandangan mereka dalam perkara tertentu.

6. Jangan Pikul Tanggungjawab Seorang Diri
Menjaga ibu bapa yang semakin berusia boleh menjadi tanggungjawab yang berat, terutama jika mereka mempunyai masalah kesihatan atau memerlukan penjagaan harian.

Sekiranya diperlukan, dapatkan juga bantuan profesional seperti doktor, jururawat atau penjaga terlatih.

Menjaga ibu bapa tidak bermakna seorang anak perlu melakukan semuanya seorang diri.

7. Ada Keputusan Sukar Yang Perlu Dibincangkan Dengan Berhati-hati
Ada masanya anak perlu berbincang tentang perkara yang sensitif seperti berhenti memandu, berpindah rumah, urusan kewangan atau tahap penjagaan yang diperlukan.

Ads

Topik sebegini mungkin membuatkan ibu bapa berasa tidak selesa kerana ia menyentuh soal kebebasan mereka.

Giliran Anak Pula Menjaga
Ibu bapa yang semakin tua tidak semestinya perlukan kita untuk melakukan segalanya bagi pihak mereka.

Kadangkala yang mereka perlukan hanyalah sedikit bantuan, masa, perhatian dan rasa dihargai.

Dulu mereka bersabar membimbing kita ketika masih kecil.
Kini apabila usia mereka semakin bertambah, mungkin tiba giliran anak pula belajar menjadi lebih sabar.

Menjaga ibu ayah bukan sekadar tanggungjawab fizikal, tetapi juga tentang memastikan mereka terus rasa disayangi, dihormati dan tidak keseorangan dalam menjalani usia emas.

 

BACA LAGI: Hormat Tuan Rumah, Fynn Jamal Nasihat Ibu Bapa Didik Anak Adab Beraya
Sumber: Laman Rasmi Hello Doktor

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Walau Dipapah Akibat Strok, Ayah Tetap Gagahkan Diri Hantar Anak Daftar...

Ayah strok hantar anak ke UUM walaupun masih dalam pemulihan. Kisah menyentuh hati Mohd Nazri menggagahkan diri demi melihat anak ke universiti.