Catriona Ross Luah rasa rindu pada arwah ibu dan bapanya, “the most romantic couple I know.” Pelakon dan pengacara Catriona Ross mengenang kembali kenangan manis bersama arwah ibu dan bapanya.
Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu & Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know”
Ibu Catriona, Siti Zawiyah Ab. Rahman (ketika itu berusia 63 tahun) meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 13 Februari 2013. Bapa Catriona pula meninggal dunia pada 5 April 2024.
Kerinduan seorang anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kedua ibu bapa sudah tiada lagi di dunia ini. Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menzahirkan kerinduan kepada kedua-dua arwah ibu dan bapanya.
The most romantic couple i know. Both have departed and at times i find myself wishing they’re both around. Just so i could continue listening to my late Mom’s stories & watch how Daddy gazes into her eyes. Al-Fatihah to you both.
I lost myself for years when Ibu left 11 years ago. Alhamdulilah, jiwa ku kembali pulang untuk mengubati luka sendiri yang berantakan, jasa orang tua satu lagi yang selalu ada untuk menguatkan hati dan perasaan. Thank You Mak. – tulis Catriona di ruangan kapsyen.
Watak Elina lakonan Mira Filzah, satu Malaysia meleleh air mata. Watak Elina yang dibawakan oleh Mira Filzah dalam drama Curang Tanpa Niat benar-benar meruntun jiwa penonton dan juga warga maya.
Lakonan Mira dalam satu babak mempamerkan seorang ibu kehilangan anak akibat lemas membuatkan ramai ‘meleleh’ air mata.Penghayatan Mira dalam menjiwai watak sebagai Elina amat menyentuh perasaan.
Ternyata Mira benar-benar ‘menyerap roh’ Elina yang dibawakan oleh dirinya. Paling menyentuh perasaan ialah ketika watak Elina meraung dan mengalirkan air maat saat anaknya Azriel yang dilakonkan oleh pelakon cilik, Qaiszerr Ehsan meninggal dunia akibat lemas.
Mira sendiri turut berkongsi video yang memaparkan babak sedih drama itu di laman Instagramnya.
Rata-rata ramai yang memuji lakonan penuh penghayatan Mira yang membawakan watak Elina dalam drama tersebut.Mira berjaya melontarkan emosi seorang ibu yang kehilangan anaknya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Kesimpulannya kehilangan anak itu satu situasi yang amat menyakitkan buat seorang ibu.
Kisah si kecil ini tular dan menjadi bualan hangat di seluruh negara kerana kepetahannya berbahasa Inggeris. Hana Aishah Mustafa Kamal, 7, yang lancar berbahasa Inggeris sewaktu ditemubual sebuah saluran televisyen tempatan ternyata menarik perhatian ramai.
Gelagat si kecil ini dilihat dalam satu rakaman video berdurasi 23 saat dari berita RTM, menunjukkan Hana Aishah begitu fasih dan penuh keyakinan apabila bercerita tentang pengalaman pertama kali ke sekolah.
Video tersebut dipercayai diambil ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat lawatan ke Langkawi sempen Program Back To School baru-baru ini.
Dalam satu temu bual Mustafa Kamal yang merupakan ayah kepada Hana memberitahu kebolehan anaknya berbahasa inggeris adalah anugerah sejak dari kecil lagi.
“Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.
“Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.
“Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang,” kata Mustafa lagi.
Beliau yang merupakan seorang peniaga, tidak mempunyai sebarang tip khusus dalam membesarkan anak-anaknya, apatah lagi mengasah kemahiran mereka dalam bahasa Inggeris.
Namun, beliau yang juga bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) memberi penekanan terhadap pendidikan agama buat Aishah dan lapan lagi anaknya yang lain sejak mereka kecil.
“Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.
“Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,” kata Mustafa.
Tambahnya lagi, mereka sekeluarga sering belajar bahasa Inggeris dengan Aishah memandangkan dia mampu berkomunikasi dalam bahasa itu dengan lancar, berbanding adik-beradiknya yang lain.
Dalam pada itu, Mustafa berkata, Aishah juga seorang anak yang mudah diurus dan dia langsung tidak gentar untuk menjejakkan kaki pada hari pertama persekolahan, pada Selasa.
“Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun.
“Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.
“Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab,” katanya lagi.
Mengulas mengenai video tular anaknya, Mustafa berkata dia bersyukur dan gembira dengan reaksi orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan Aishah.
Malah, video murid tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Kedawang, Langkawi, Kedah itu turut menerima ratusan ribu tontonan menerusi laman Facebook, Twitter dan Instagram.
“Bapa mana yang tak suka. Saya bersyukur sangat. Semoga ia menjadi contoh kepada anak-anak lain.
“Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting, bila kita kuasai bahasa asing, lebih banyak ilmu kita boleh dapat,” jelasnya lagi.
Tambahnya, Aishah juga pernah menyuarakan hasratnya untuk menjadi seorang doktor atau pereka fesyen apabila dewasa kelak.
Bekas suami hidap kanser, Kiah Propa kahwin semula, “Aku nak jaga dia dan bataskan aurat.” Pelakon dan usahawan Kiah Propa, selamat melangsungkan perkahwinan dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil menjelaskan bahawa sebelum ini Nazri pernah menyatakan hasrat untuk bernikah semula denganya.
8 tahun duda ajak aku nikah balik dia tak putus asa….masa tu dia sihat aku tak nak malah aku dah selesa hidup sorang tapi jodoh aku dengan dia ni panjang pulak ….kali ni dia sakit aku terima dia sebab aku nak jaga dia dan bataskan aurat…nahh jadi pengantin kau duda… permintaan dia sebelum tutup mata katanya….doakan kami…..- tulis Kiah di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dengan Kiah kerana sanggup menggalas kembali tugas sebagai isteri demi menjaga suami yang sakit.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Dalam satu perkongsian yang lain, Kiah Propa berkongsi pula sekitar majlis pernikahannya.
Tiga anak muda Malaysia mencipta kejayaan membanggakan di pentas antarabangsa melalui sumbangan besar dalam pendidikan, teknologi dan kesihatan melalui QECT 100 Young Leaders Award 2026