Ads

“Allah Hadirkan Seseorang Yang Jadi Tempat Saya Pulang…” Syed Saddiq Syukur Miliki Bella Astillah

JODOH sememangnya rahsia Allah. Siapa sangka, dua insan daripada dunia berbeza akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Begitulah perjalanan cinta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian di Threads, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan Bella, malah mengakui tidak pernah menyangka wanita itu akhirnya menjadi teman hidupnya.

“Dua dunia yang berbeza. Saya dengan politik, Bella dengan dunia seni. Tak pernah saya sangka perjalanan hidup akan menemukan kita,” kongsinya.

Walaupun masing-masing dikenali dalam bidang tersendiri, perbezaan dunia politik dan hiburan tidak menjadi penghalang untuk mereka membina kehidupan bersama.

“Allah Hadirkan Seseorang Yang Jadi Tempat Saya Pulang…” Syed Saddiq Syukur Miliki Bella Astillah

Ads

“Allah Hadirkan Seseorang Yang Menjadi Tempat Saya Pulang”

Dalam hantaran sama, Syed Saddiq turut menitipkan ucapan romantis buat isterinya yang kini menjadi tempat dia berkongsi suka dan duka.

“Di sebalik segala cabaran dan kesibukan, Allah hadirkan seseorang yang menjadi tempat saya pulang.

“Terima kasih Bella, kerana memilih untuk melalui kehidupan ini bersama saya. Two different worlds, one beautiful journey. Here’s to forever, @bellaastillah,” luahnya.

Terdahulu, pasangan ini selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah tertutup di Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur, pada 10 Oktober lalu.

Ads

Penyatuan ini bukan sahaja membuka lembaran baharu buat Syed Saddiq dan Bella, malah turut membawa kebahagiaan buat dua cahaya mata Bella, Ayden dan Ara.

Ads

Semoga rumah tangga yang dibina terus dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan hingga ke syurga.

BACA LAGI : “Ada Kalanya Saya Lihat Mummy Menangis…” Ucapan Ayden Di Majlis Kahwin Bella & Syed Saddiq Undang Sebak

Sumber : Threads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Ada Kalanya Saya Lihat Mummy Menangis…” Ucapan Ayden Di Majlis Kahwin...

Bella Astillah menerima ucapan penuh sebak daripada anak sulungnya, Ayden, yang hanya mahu melihat ibunya kembali tersenyum dan bahagia.