Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak. Menyentuh tentang waris, andai seorang suami meninggal dunia, selain anak-anak dan isterinya layak mendapat harta peninggalan, jangan terlupa saudara lelaki suami, ibunya juga ada hak mengikut pecahan-pecahannya yang tertentu.
Lalu untuk lebih memahami bahagian untuk seorang isteri terlebih dahulu, di sini dikongsikan secara ringkas untuk mudah difahami bersama. Jom semak fakta-fakta pembahagian tersebut.
Mudahnya Belajar Faraid – (Bahagian Isteri)
Kenapa nak mulakan dengan bahagian isteri dulu? Sebenarnya tak kisah mana dulu, cuma yang paling banyak soalan pasal faraid ini diajukan dari pihak isteri. Biasalah, isteri kan minister of finance merangkap minister of home affairs kan.. mestilah dia nak kena tau hak dia dulu. Walaupun isteri yang paling banyak menyumbang dalam pencarian aset dan harta suami, hakikatnya bahagian isterilah yang paling sikit.. inilah fakta yang ramai isteri-isteri terlepas pandang..
Bahagian faraid isteri ada 2 keadaan :
– 1/4 : bila si mati TAK ADA anak
– 1/8 : bila si mati ADA anak
Ads
Dalam pembahagian faraid si mati suami, kita tak tengok isteri mana yang ada anak atau tak..tapi yang kita tengok ialah SI MATI ada tinggalkan anak atau tak? Kalau ada.. bahagian isteri-isteri akan dibahagi sama rata tak kira sama ada isteri tu ada anak atau tak ada.
Contoh pengiraan :
1) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama ada 2 orang anak, isteri kedua tak ada anak. Berapa setiap isteri akan dapat? 1/8 bahagi 2 isteri kerana si mati ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/16 (walaupun isteri kedua tak ada anak dia tetap dapat 1/16 juga).
2) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama tak ada anak, isteri kedua seorang janda yang ada 2 orang anak (anak dengan suami terdahulu). 1/4 bahagi 2 isteri kerana si mati tak ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/8 (walaupun isteri kedua ada anak dengan suami terdahulu). Anak tiri tidak mewarisi harta pusaka daripada bapa tiri.
Ads
3) Si mati meninggalkan 4 orang isteri dan ada anak. Setiap seorang isteri akan dapat 1/32 tak kira isteri tu ada anak ramai atau tak ada anak langsung, bahagian mereka sama sahaja.
Kalau macam tu tak adil la isteri pertama pun dapat bahagian sama dengan isteri muda. Isteri pertama dah kawin 20 tahun. Isteri muda baru je kawin setahun tapi dapat bahagian yang sama juga.
Sebenarnya, untuk isteri pertama mereka boleh dapat bahagian faraid dan juga boleh tuntut harta sepencarian ke atas harta suami yang dibeli dalam tempoh perkahwinan mereka. Isteri muda hanya berhak ke atas bahagian faraid tetapi tidak berhak menuntut harta sepencarian tersebut melainkan harta baru yang dibeli sebaik tempoh mereka mula berkahwin.
.
Ads
Secara ringkasnya, sifir faraid isteri-isteri ialah :
Jika si mati (suami) ada anak :
1 isteri – 1/8
2 isteri – 1/16
3 isteri – 1/24
4 isteri – 1/32
Jika si mati (suami) tiada anak :
1 isteri – 1/4
2 isteri – 1/8
3 isteri – 1/12
4 isteri – 1/16
Dikurniakan keberkatan hidup adalah sebuah anugerah untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Bila ada keberkatan, hidup ini akan sentiasa berada di dalam kecukupan.
Di sini pula dikongsikan antara tanda-tanda hidup ini TIDAK BERKAT :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah…
Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Ibu-Ibu pula bukanlah banyak masa nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Kami kongsikan cara mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Bahan-bahan:
1 penutup Cecair Pelembut Pakaian
Span
Cara Membuat:
Basuh kipas terlebih dahulu hingga tiada habuk.
Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.
Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.
Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amalan membedung bayi sejak dulu diamalkan dalam masyarakat Melayu kita. Selain membuatkan bayi selesa, amalan ini begitu banyak kelebihannya.
Pun begitu kata Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom, bedung bayi bukan dilakukan tanpa sebab namun perlu mengikuti kesesuaiannya dengan cuaca di negara kita. Ikuti perkongsiannya.
Menerusi perkongsiannya, beliau juga turut menjelaskan perbandingan antara bedung bayi di Malaysia dan luar negara.
Perbandingan tersebut dijelaskan kerana terdapat satu komen daripada pengguna media sosial yang menghentam bedung bayi di Malaysia.
“Benda paling pelik saya pernah tengok. Tak pernah buat dekat anak saya macam ini,” komennya.
Difahamkan bedung dipakai di Malaysia adalah tidak sama dengan luar negara kerana kain lebih nipis mengikut kesesuian suhu semasa.
Bedung di Malaysia tak sama dengan bedung luar negara?
Semalam saya terbaca satu komen dari ibu di Malaysia yang membalas komen nenek mat salleh. Saya kira dah level nenek sebab nampak berusia.
Ya jenis bedung yang dipakai tidak sama. Kebiasaanya di Malaysia kita akan memakai kain yang nipis sesuai dengan suhu di Malaysia.
Dan kebiasaanya kita akan menggunakan teknik bedung yang ‘membalut’ dengan kemas untuk mengelakkan tangan bayi mudah terkeluar atau terjaga sewaktu tidur.
Dan kalau di barat biasanya mereka menggunakan bedung jenis instant dan sebahagiannya berkain tebal. Matlamatnya masih lagi sama. Untuk memberi rasa hangat dan selesa seperti di dalam rahim untuk bayi 0-3 bulan.
Secara tidak langsung ia membantu bayi tidur lebih lama tanpa terganggu oleh pergerakan refleks. Faktor utama dalam membedung bayi adalah pastikan bayi selesa, boleh bernafas dengan baik, dan tidak terlalu panas semasa dibedung.
Untuk ibu menyusu, bedung sangat membantu untuk bayi diposisikan dengan betul dan menyumbang kepada kejayaan penyusuan awal kelahiran.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Norlia Ghani buat 'live' TikTok kali pertama dapat sejuta tontonan. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.