Ini namanya bukan rezeki. Nak simpan duit punya pasal, lelaki ini berputih mata apabila sejumlah wang simpanan yang habis rosak setelah digigit tikus akibat menyoroknya di dalam kereta.
Tidak menyedarinya tidakannya itu mengundang risiko lelaki ini memilih ruang di dalam kereta untuk menyimpan duitnya.
Menurut Liputan6, lelaki dari Thailand memilih untuk menyembunyikan wang di dalam kereta tersebut kerana merasakan bahawa ia tidak akan ditemui oleh isterinya.
Difahamkan, wang yang disembunyikannya di dalam bahagian enjin kereta itu bernilai 45,000 Baht (RM5,626) dan telah diketahui oleh isterinya.
Lebih malang apabila keretanya juga mengalami kerosakan kerana tikus-tikus tersebut.
Video ketika lelaki itu dan isterinya mengeluarkan wang tersebut telah tular di media sosial.
Ads
Ada sesetengah netizen yang memberikan nasihat kepada lelaki itu agar segera menukarkan wang yang telah rosak di Bank of Thailand. Menurut mereka, pertukaran wang boleh dilakukan sekiranya syarat dipenuhi.
Buat yang mengikuti platform TikTok, tentu sudah cukup familiar dengan satu trend yang berkongsikan foto masa muda ibu bapa mereka. Trend tersebut mengatakan, “My dad/mom said he/she rejected a lot of girls/boys back then.”
Tidak melepaskan peluang untuk mengikut trend, seorang pengguna TikTok harithdaniel_iam yang dipercayai anak kepada pelakon senior, Esma Daniel juga mengikuti trend tersebut.
Buat yang mengikuti perkembangan pelakon ini tentu begitu menyukai dirinya yang tidak hanya kacak malah merupakan salah seorang pelakon hebat. Wajah Esma Daniel sering menghiasi kaca televisyen dan tidak dilupakan sebagai pemegang gelaran Juara Hero Remaja 1990/91.
Melihatkan rakaman video ini pula, turut dikongsikan beberapa keping foto Esma Daniel ketika muda oleh anak lelakinya ini. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak hairan kerana sememangnya pelakon ini memang diakui ramai seorang yang kacak.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui bahawa Esma Daniel sememangnya seorang pelakon yang memiliki rupa paras kacak.
Sebaik sahaja anak dilahirkan, ibu bapa adalah insan yang amat gembira melihat zuriat yang akan menjadi penyeri keluarga.
Walau apa jua yang berlaku, ibu ayah sanggup melakukan pengorbanan demi anak kesayang dalam apa jua keadaan.
Begitulah yang digambarkan kisah tular yang menyentuh hati apabila seorang ayah sanggup tidur di dalam kereta untuk menemani anak menerima rawatan kesihatan.
Begitulah kasih seorang ayah, Adi Saifullizam Abdul Sani, 40, apabila sanggup tidur dalam kereta di tempat parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini bagi menemani anak bongsunya yang dirawat di hospital itu.
Memetik laporan Harian Metro, anaknya, Muhammad Afeef Mikhail, 8, sehingga kini dirawat di hospital berkenaan sejak menjalani pembedahan bagi pengambilan sampel sel serta memasukkan tiub sekitar tengah malam Sabtu lalu, selepas disahkan menghidap tumor otak sehari sebelumnya.
Video kereta Proton Satria milik bapa itu yang dipasang dengan khemah sambungan belakang kereta dan diletakkan di ruangan parkir HRPB, tular di media sosial hari ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bapa kepada tiga anak masing-masing berusia 15, 12, dan 8 tahun itu yang mesra disapa ‘Adi’ berkata, Muhammad Afeef kini stabil selepas pembedahan itu namun masih perlu dirawat dan dipantau di Wad Pediatrik HRPB dengan ditemani isterinya, Aminah Othman.
Katanya, keputusan bermalam di ruangan parkir hospital itu diambil kerana ingin sentiasa dekat menemani anak serta isterinya, selain beberapa kekangan lain termasuk kewangan serta kesukaran untuk mencari lot parkir sekiranya dipanggil doktor.
“Isteri menemani anak di wad dan saya ‘menetap’ dalam kereta sebab tidak mahu berjauhan dengan mereka.
“Keputusan bermalam dalam kereta ini diputuskan bersama isteri selepas mengambil kira tahap kemampuan kewangan kami termasuk untuk berulang-alik dari rumah inap dan sebagainya,” katanya dihubungi NSTP hari ini.
Bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bidor dan menetap di Trolak manakala Aminah hanya suri rumah sepenuh masa Adi berkata, dia juga mengambil cuti tanpa gaji selama seminggu hingga Sabtu ini untuk bersama-sama isteri memantau anaknya.
Katanya, dua lagi anaknya iaitu anak sulung dan anak kedua kini dijaga sementara oleh saudara terdekat.
“Tidur dalam kereta bukanlah lena mana sekadar baring untuk meregang badan dan hilangkan letih.
“Yang penting saya dapat segera sampai jika ada sebarang keputusan atau permintaan doktor yang memerlukan untuk saya sampai ke atas (wad).
“Memang ada kawan sekitar Ipoh yang menawarkan saya duduk sementara di rumah sewa mereka tetapi lokasinya di Tambun dan Pengkalan Station 18 yang mungkin mengambil masa lebih setengah jam untuk saya sampai ke hospital, tidak termasuk untuk mencari parkir,” katanya.
Adi berkata, Muhammad Afeef pada mulanya didiagnos dengan masalah bengkak pada saluran antara bahagian mata dan tulang belakang di Hospital Slim River sebelum dirujuk ke Hospital Teluk Intan (HTI) bagi menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT scan).
“Afeef menjalani CT Scan di HTI pada petang Jumaat dan keputusannya diperoleh malam sama, dan malam itu juga saya, isteri, dan Afeef dirujuk pula ke HRPB bagi pembedahan mengambil sampel sel dan memasukkan tiub.
“Saya bermalam dalam kereta di HRPB sejak Jumaat lalu pada malam pembedahan dilakukan. Kini keadaannya stabil, makin baik, dan sehingga sekarang tidak menunjukkan kesan akibat pembedahan.
“Pemantauan masih diteruskan termasuk bagi menunggu keputusan ujian makmal yang akan menentukan jenis tumir dihidapi anak sebelum doktor memutuskan rawatan susulan yang bersesuaian,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Adi Saifullizam di talian 013-7922812.
Isteri diibaratkan seperti permaisuri dalam sebuah rumah tangga. Walaupun menjadi orang kedua penting dalam rumah selepas suami atau ketua keluarga, tetapi tanggungjawab isteri sebagai ketua yang menguruskan segala hal rumah tangga usah dipertikaikan.
Dengan kata lain kalau isteri mogok sehari tak nak buat urusan rumah tangga, habislah berkecah rumah dan terpaksalah suami beli makanan dari kedai.
Justeru sebagai suami, anda kenalah faham bagaimana ‘dahsyatnya’ otak isteri hendak merancang, menyusun dan melaksanakan segala urusan rumah tangga dan anak-anak dengan lancar setiap hari.
Isteri tak minta diberikan emas berlian sebagai penghargaan tetapi kalau suami hadiahkan isteri terima sahaja.
Sebenarnya isteri lebih menghargai sekiranya suami memahami keperluan isteri yang sesekali mahukan masa bersendirian seketika atau lebih popular zaman sekarang orang sebut me time.
Perkongsian daripada penulis keibubapaan popular di sosial media, Dr Taufiq Razif mengenai bagaimana perkara yang simple mampu membuatkan isterinya senyum sampai ke telinga wajar direnung-renungkan bersama oleh para suami.
Baru ni kami kebetulan lalu sebelah kedai Eco. Tiba-tiba dia menonong je masuk ke kedai Eco. Macam budak kecik yang laju je meluncur ke depan kalau mak ayah tak pimpin dia punya tangan.
Saya perhati je mimik muka dia bila masuk ke ke situ. Ceria lain macam! Padahal shopping dekat Eco je pun. Tapi dia punya suka tu lain macam.
Sebenarnya dia bukan tengok harga sangat. Dia cuma nak ‘break the routine’ je Perempuan ni kita kena faham, rutin harian dia banyak berputar di anak, ampaian, singki dan rumah.
Kadang benda tu buatkan dia naik jemu. Rasa macam mati akal nak buat apa padahal kerja berlambak lagi nak kena buat.
Tu tanda dia dah mula tepu la tu. Jadi caranya adalah bawak je isteri pergi shopping ke jalan jalan taman bunga ke pergi zoo ke pergi pantai ke.
Tak perlu bagi alasan benda tu semua menghabiskan duit. Ingat, jaga suasana hati isteri ni adalah tanggungjawab seorang suami juga. Tu yang ramai tak tahu
InsyaAllah bila isteri makin tenang dan bahagia dia akan makin mudah untuk bahagiakan suami dan anak anaknya.
Percayalah, masa tu tak payah dan nak suruh itu suruh ini, depa sendiri yang akan buat yang terbaik untuk pasangannya!
Menjengah ke ruangan komen, hampir majoriti yang meninggalkan komen di kalangan kaum wanita yang sudah bergelar ibu. Rata-rata bersetuju dengan perkongsian Dr Taufiq.
Ternyata terapi menghilangkan stres paling mudah bagi mereka adalah berjalan-jalan ke kedai-kedai serbaneka, supermarket, shopping mall walaupun tanpa perlu membeli apa-apa.