Sesungguhnya rezeki datang pelbagai sudut termasuk kepandaian, ilmu, kekuatan serta harta.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata’ala Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan telah menganugerahkan nikmat yang terlalu banyak kepada hamba-hambaNya seperti nikmat kebahagiaan, nikmat kesihatan, nikmat kemakmuran, nikmat kekayaan dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Ibrahim ayat 34:
“Dan Dia telah mengurniakan kepada kamu segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah tentulah kamu tidak terkira banyaknya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat kufur”
Tidak salah menyimpan untuk masa hadapan untuk kebahagiaan keluarga, namun jangan sampai berlebihan sehingga lupa kepada ibu ayah di kampung, adik beradik yang susah, saudara mara serta orang kesekeliling yang memerlukan bantuan.
Lantaran itu, Islam mendidik kita menjadi seorang yang sederhana dalam kehidupannya. Sehubungan itu wujudnya sedekah untuk mendidik jiwa kita menjadi seorang yang suka memberi.
Apa pun sederhana itu adalah yang terbaik dalam apa jua kehidupan yang kita lakukan.
Ads
Sebagaimana perkongsian ini mengingatkan bahawa bersederhana agar menjadi muslim yang iqtiqomah dalam setiap apa yang dilakukan.
Jangan jadi hamba kepada duit
Takut tengok orang dok hitung-hitung duit dalam medsos ni. Siap keluarkan duit berkepuk kepuk. Berikat ikat. Tabur atas meja. Biar bersepah atas lantai
Dulu saya suka tengok macam tu. Lepas tu fikir pula “kalaulah dapat macam ni. Mesti yippedee satu round.”
Ads
Bila belajar pasal kewangan mesti diajar bab simpan duit. Kira duit. Bagi duit beranak. Semak pula berapa banyak duit beranak.
Menghitung hitung secara digital lah katakan. Kita rasa seronok bila nampak duit bertambah. Rasa puas. Rasa selamat.
Saya berhenti menghitung ni bila belajar terjemah dan tafsir Al-Quran secara harfiah. Tersentak bila faham ayat ini “ CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung (Al-Humazah:2).
Ayat ini keras sekali. Ayat amaran. Guru saya sebut “Kalau Allah dah sebut CELAKA, apa natijahnya nanti hidup kita. Berdebar dada waktu bila dia sebut macam ni.
Kita selalu dengar orang sebut “ni untuk emergency. Kalau jadi apa-apa kita selamat. Boleh bertahan few months.”
Ads
Bagus ada simpanan. Ada plan. Yang tak bagusnya ialah pergantungan itu kepada makhluk. Bukan pada Pencipta.
Allah sebut “Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat MENGEKALKANNYA” (Al-Humazah:3).
Tak bagusnya ialah kita anggap harta, wang ringgit dapat selamatkan kita. Tidak. Yang akan selamatkan kita ialah ALLAH. Ada yang diselamatkan tanpa harta seperti Ashabul Kahfi. Ada diselamatkan tanpa duit seperti Bilal Ibnu Rabah.
Allah sebut lagi,
“Jika Allah menolong kamu, Maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), Maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.”(Surah Ali Imran : 160).
Poin besarnya ialah jangan bersandar pada makhluk. Bergantung dan bertawakal pada Allah. Rasulullah SAW bersabda: لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصاً وتروح بطاناً “Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah akan menganugerahkan kepada kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki kepada seekor burung. Dia terbang pagi hari dalam keadaan lapar dan petang hari datang dalam keadaan kenyang.” (Hadith Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Rezeki datang bersama tawakal. Bukan melalui hitungan. Bukan kerja keras semata.
Apa yang perlu kita lakukan ialah serahkan hidup pada Allah. وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ Maksudnya: dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”. (Surah Al-Ghafir : 44 ).
Ibu saya pernah sebut. “Kalau buntu. Kalau susah hati ulang-ulang baca ayat surah Ghaffir ini. ALLAH akan bantu. DIA dekat. Malah DIA lebih dekat dari urat nadi.”
Seorang lelaki meluahkan rasa terharu apabila lelaki warga emas yang bukan beragama Islam menjadikan hafalan surah Yassin sebagai amalan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang lelaki sedang menaiki sebuah kenderaan e-hailing yang dipandu oleh lelaki warga emas berbangsa Cina.
Paling menarik perhatian adalah pemandu tersebut boleh menghafal ayat Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
“Kisah petang tadi saya ambil Grab dari Batu Belah ke Aeon ke Bukit Tinggi. Pemandu berbangsa Cina ini berumur 71 tahun dan masih sihat.
“Apabila saya bertanya tentang rahsianya, dia menjawab dia berdoa hari-hari dan membaca 17 ayat pertama dari surah Yassin.” tulisnya.
Dalam pada itu, penumpang tersebut turut berasa sebak apabila mendengar warga emas berkenaan dapat menghafal dua kalimah syahadah.
“Ini semua hasil pergaualannya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu sewaktu bekerja dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan hafalan lelaki tersebut selain mengagumi dirinya yang masih gigih mencari rezeki pada usia senja. Malah mereka juga tidak lupa untukmendoakan kesejahteraan warga emas berkenaan.
Sumber: TikTok
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wah, nampaknya ramai yang sudah mula merancang busana yang bakal digayakan Aidilfitri tahun ini. Rekaan dan rona menarik dengan variasi fabrik dan jahitan berkualiti, koleksi baju melayu, baju kurung, jubah dan tudung, samping serta songkok pasti memenuhi citarasa dan keperluan anda sekeluarga. Di MYDIN, segalanya mudah untuk anda!
Sudah pasti penampilan sedondon menjadi pilihan ramai keluarga. Jadi, anda sekeluarga tidak perlu tercari-cari kerana di gedung pilihan ramai MYDIN, pelbagai pilihan busana indah dan menawan tersedia untuk anda! Dalam mencari busana yang sesuai, pilihan warna memainkan peranan. Jom cuba tip di bawah ini:
Biru
Anda keluarga yang cool dengan gaya eksklusif rona biru ini. Pilihan fabrik juga patut dititkberatkan. Pilih yang tidak mudah kedut kerana rona terang sebegini membuatkan baju anda mudah nampak andai berkedut. Jadi, tidak ada masalah untuk keluar beraya biarpun sampai ke petang.
Ungu
Ungu antara warna yang menjadi pilihan saban tahun, baik ungu lembut mahupun gelap.Tidak perlu satu tona warna untuk sedondon. Baru nampak variasi, sedikit sentuhan rona tersebut pada busana anak mahupun ibu sudah memadai. Sebagai contoh, gandingan busana rona ungu gelap ini bersama rona grey menyempurnakan penampilan anda sekeluarga.
Merah
Cukup terang dan dari kejauhan sudah kelihatan, namun merah antara warna yang sentiasa ‘in’. Selain baju kurung, si ibu boleh cuba gayakan dress potongan moden yang ditambah dengan taburan manik mahupun sulaman ringkas. Jangan terlalu sarat kerana warna sudah menyerlahkan penampilan anda sekeluarga.
4. Pastel
Pastel merupakan warna yang cukup sesuai dan manis untuk digayakan. Warnanya yang lembut mudah untuk digandingkan bersama dengan aksesori, khususnya hijab. Nak lagi menarik cuba selendang dari Mikayla yang terdiri daripada fabric jenis chiffon, Crepe mahupun sutera. Sesuai dan mudah untuk digayakan.
Coklat
Rona ini sesuai dipadankan dengan semua jenis warna.Pilihan fabrik jenis chiffon yang ditaburi manik menyerlahkan gaya ibu dan anak. Fabrik jenis ini tidak mudah kedut apabila dipakai waktu solat selain senang digosok dengan menggunakan steam iron.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.