Boleh dikatakan setiap antara kita akan pastikan stok telur akan sentiasa ada di rumah. Macam-macam menu boleh dibuat, bahkan jika tiada idea untuk memasak andai kita sediakan telur dadar sekali pun sudah memadai untuk dijadikan menu ringkas untuk keluarga.
Pun begitu, dalam membeli telur sebaiknya kita pilihlah yang terbaik untuk dimakan. Dan hal ini dikongsikan oleh Dr Mazlina Mazlan untuk info bersama tentang cara pilih telur yang ada dijual dipasaran. Semoga ianya memberi manfaat.
Cara Pilih Telur, Beri Kesan Baik Untuk Kesihatan
“Dr, anak saya alergik telur, apa nak buat ye?”
“Dr saya buat operation kat belakang badan baru ni, boleh makan telur dak?”
“Anak saya ada eczema Dr, kalau dia makan telur, habis naik balik eczema dia susah nak surut.”
“Saya tak boleh makan telur, nanti habis ruam naik kat muka saya.”
“Saya kolesterol tinggi ni Dr, takkan boleh makan telur kot, telur tinggi kolesterol kan?”
Banyak lagi pantang larang telur yang kita selalu sangat dengar kan?
Sebenarnya, telur tak bersalah pun. Allah jadikan telur sebagai salah satu real food yang banyak sangat manfaat untuk kesihatan kita. Cuma kita saja yang perlu buat pilihan yang betul supaya setiap telur yang diambil tu memberi kesan yang baik untuk kesihatan kita.
-Telur kaya dengan protein
-Telur menaikkan kadar kolesterol baik
-Telur banyak omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak
-Telur mengandungi choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi
-Telur membantu turunkan berat badan
-Telur mengandungi antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata
Banyak lagi manfaat telur. Kalau ikut kata Coach Eczema Mizhana Padzi, telur ni sebenarnya siap boleh bantu penyembuhan kulit anak eczema lebih cantik dan flawless lagi tau! Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu ya!
Ya, telur sangat elok untuk diamalkan setiap hari. Cuma, kita perlu pilih telur yang baik supaya kita dapat khasiat yang optimum dari ‘real food’ yang sebenar.
Kenapa saya katakan begitu? Telur bukan real food ke?
– Telur boleh jadi datang dari ayam yang dicucuk antibiotik atau hormon tambahan.
– Telur juga boleh datang dari ayam yang diberi makan dedak jagung GMO.
Pada tahun 2015, satu keputusan kajian selama 13 tahun diumumkan. Kajian menyatakan tiada statistik yang menunjukkan penggunaan telur dengan serangan jantung dan strok, tetapi kenaikan masalah jantung sebanyak 30 peratus kepada mereka yang mengambil telur sekurang-kurangnya 1 biji setiap hari.
Masalah-masalah sebegini akan datang jika kita tidak buat pemilihan telur dengan betul.
Jadi bagaimana nak pilih telur yang baik?
Baca label ya ibu ayah.
Berbagai jenis brand yang dicadangkan sekalipun, tetap perlu baca label tengok yang mana memenuhi citarasa hati masing-masing.
Alah, telur je pun. Dah boleh dapat telur 1 biji dengan harga 30 sen, kenapa nak kena beli telur yang harga 1 biji sampai RM 1.30.
Tanya semula diri kita makan telur untuk apa. Makanan yang baik dan tayyib, ia bukan sahaja buat kita hilang lapar, ia mungkin juga dapat hindarkan kita dari penyakit tertentu, ia mungkin juga dapat sembuhkan kita dari penyakit tertentu. Pernah dengar orang kata ‘food is medicine’ kan?
Begitulah. Pilihan sentiasa ada.
Pergi makan western food hujung minggu sampai habis RM 70 untuk 3 pinggan, takkan telur yang tayyib 1 biji harga 60 sen – RM 1.30 pun tak boleh beli kan?
Ini tak cakap orang tau, cakap kat diri sendiri ni haa.
Di rumah, insyaAllah saya pun masih cuba yang terbaik untuk sediakan telur yang tayyib untuk keluarga.
Jika di luar, anak-anak nak makan telur rebus, saya okay je.
Jika di luar, suami nak makan nasi goreng pataya, saya okay je.
Jika di luar, saya teringin nak makan tomyam dan telur dadar, saya okay je.
Saya cuba kawal sebaiknya apa yang ada di dapur saya, sebab itu adalah makanan harian kami. Di luar, sekali sekala, ada hari kami cheat day juga.
Saya kongsikan antara gambar-gambar telur yang ada di pasaraya. Bantu saya kongsikan info pilih telur ini ya supaya lebih ramai ibu ayah dapat pilih telur yang baik buat keluarga, untuk anak-anak terutamanya.
Sumber : Mazliana Mazlan
ARTIKEL MENARIK:“Niat Asal Cuma Cuci Mata, ‘End Up’ Ada Juga Beli Barang Tak Perlu…” -Elak Boros Begini Boleh Buat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club