Tiada lain yang seorang ibu harapkan, cukuplah zuriat yang dikandung 9 bulan dilahirkan dan dibesarkan dengan keadaan sihat. Namun siapalah kita nak ubah ketentuan Allah dengan menguji makhluknya mengikut kemampuan mereka.
Luluh hati dan sukar untuk terima kenyataan, itulah yang dirasai oleh pelakon Catriona Ross apabila doktor mengesahkan anak keduanya, Jammal Raess seorang autistik ketika berusia dua tahun.
“Saya mula tahu daripada pakar selepas saya dapat rasa yang dia ada sesuatu yang lain. Mata dia tak pernah fokus bila kita panggil dia padahal saya ada di depannya.
‘Pandang Tanpa Sebarang Reaksi’
“Bila panggil, tanya nak susu, tapi dia hanya pandang tanpa sebarang reaksi. Saya pun buat appointment dengan beberapa pakar. Pakar pertama mengatakan anak saya autisme,” kongsinya dalam sebuah segmen di radio baru-baru ini.
Ads
Malah, disebabkan terlalu terkejut dengan pengesahan doktor tentang anak keduanya itu, keadaan diri Catriona terus menjadi lemah sehingga mengalami kesukaran untuk bernafas
“Masa itu, saya rasa lutut lemahnya, padahal saya duduk dekat kerusi tapi rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas.
“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okay. Suami lebih kuat dan minta saya sabar. Saya ingat, saya cakap I think, Im gonna die,” kata Catriona dalam nada sebak.
Tidak mahu berputus asa, Catriona mengajak suami berjumpa dengan pakar lain namun tetap keputusannya sama.
Ads
Biarpun pada mulanya sukar menerima hakikat, Catriona perlahan-lahan belajar memahami anaknya yang seorang autistik dengan meminta pendapat rakan selebriti Zarina Zainuddin.
Kini, Catriona sangat bersyukur Jammal yang pada asalnya non verbal (tak boleh bercakap menunjukkan perkembangan sangat baik apabila dia mula menyebut beberapa perkataan.
Perkongsiannya di stesen radio tersebut turut dimuat naik di laman Instagram miliknya dan Catriona Ross juga sempat memberi semangat kepada ibu bapa lain di luar sana bahawa mereka yang diuji sebegini adalah insan yang terpilih yang mampu melalui semua ini.
Meninjau di ruangan komen, pengikut Catriona Ross turut berkongsi pengalaman sendiri pertama anak mereka disahkan sebagai seorang autistik. Malah mereka sama-sama mendoakan supaya ibu bapa atau penjaga yang menjaga anak-anak ini dipermudahkan urusan dan kekal tabah menghadapi ujian ini.
Menarik juga jika di rumah ada sepasu pokok daun ketumbar yang ditanam sendiri. Tak perlu dah ‘berkejar’ ke kedai membeli daun ni. Jadi dapatlah memudahkan bila hendak memasak. Hanya capai sahaja di pasu setiap kali ingin menyediakan hidangan seperti tomyam atau sup ayam.
Menerusi facebook, Ahalinda Darjan, menunjukkan cara untuk menanam daun ketumbar dengan subur. Fahami cara proses yang dikongsi ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI
GUNA BIJI KETUMBAR TIMBANG KILO:
Sini saya share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je.. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu. Biji ketumbar dia sikit je.. beli timbang kilo puas menanam nanti..sebb dpt banyak harga pon murah je..dan puas menanam nti.. Pada yg pernah cuba tanam pokok ketumbar tp asyik x hidup je.. boleh la cuba ikut cara sy ni..sy kongsi sekadar yg sy tau je..boleh baca penerangan di setiap gambar..
CARA TANAM:
Medium sy gunakan adalah tanah hitam yg di campur dengan cocopeat sikit… pembajaan pula sy ada guna baja biji yg di beli kt eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kdg2 sy siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je.. siraman air setiap pagi atau ptg..atau 2x sehari..bergantung pada cuaca..
Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja. Sebab saya letak kat balkoni. Jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap..
Penjagaan dia sgt senang dan mudah hidup klo kena dgn caranya tapi tak panjang usianya.
TANAM DI BALKONI
Ok la sekian sahaja perkongsian dari sy ye.. selamat mencuba ye buat sahabat kebun.. sy xde ruangan yg luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la utk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas ati.. silakan share jika bermanfaat utk kawan-kawan.
LIHAT GAMBAR INI
Selamat mencuba. Ilmu berkebun yang sangat bermanfaat.
Orang nampak yang indah-indah dan memuji dek kehebatan mereka menerajui bisnes hingga berjaya seperti sekarang. Namun, di sebaliknya hanya Dyana Roslan, 32 dan suami Shah Hafiz Borhanuddin, 32 yang tahu pahit maung dan keperitan untuk mencipta nama sekali gus memperkenal label DYXY di mata pengguna. Yang penting hati kena cekal, jiwa kental dan usaha gigih tanpa ada istilah putus asa.
“Sebelum ini sudah banyak bisnes yang saya ceburi namun tidak berhasil. Jatuh bangun itu ibarat perkara biasa. Merata tempat termasuklah pasar malam, pasar tani dan sebagainya yang saya pergi semata-mata untuk menjual barang.
“Daripada barang biasa hinggalah kepada bisnes import eksport, namun masih tidak ada rezeki. Sehinggalah suatu hari saya mengikut isteri (Dyana) turun padang berniaga di tapak perniagaan. Saya cuba-cuba menjual produk kepada orang yang singgah di booth memandangkan isteri sibuk mengadakan demo mekap.
“Tidak sangka ramai yang tertarik dan faham penerangan yang saya berikan. Jadi, daripada situ saya terfikir apa salahnya kalau keluarkan produk jenama sendiri. Waktu keluarkan produk DYXY, kami baru dikurniakan dua orang cahaya mata. Walaupun terpaksa mengusung mereka ke sana ke mari, namun demi kehidupan yang lebih baik dan masa depan anak-anak kami nekad.
“Alhamdulillah, Tuhan membantu dan sedikit demi sedikit orang mula kenal dan jatuh hati dengan jenama DYXY. Waktu itu, kami hanya bermula dengan satu BC Cream sahaja, tetapi kini kami sudah punya beberapa produk termasuklah DYXY Green Tea Mineral Face Mist, DYXY Face Brush, Curve Fibre Mascara dan DYXY Matte Lipstick,”ujar Shah Hafiz mengakui pernah jatuh terduduk dalam bisnes dan diistiharkan muflis hingga segala kebebasannya tersekat untuk bergerak ke mana-mana.
Kahwin dalam usia muda
Syukur, dia punya isteri yang cukup setia, prihatin dan tidak putus asa. Biarpun berkahwin dalam usia yang masih muda, 21 tahun dan masih mentah, namun pasangan ini sangat cekal dan tabah mengharungi segala dugaan.
“Kami kenal di usia 18 tahun dan keputusan untuk berkahwin mendapat restu daripada keluarga. Cuma, rezeki untuk dikurniakan anak sedikit lambat. Selepas 4 tahun baru kami bergelar ibu dan ayah. Mungkin Dia mahu melihat kami mencipta kejayaan dalam dunia bisnes terlebih dahulu.
“Alhamdulillah, selepas kelahiran anak pertama dan kedua, rezeki mencurah-curah. Walaupun anak masih kecil namun kami gigih berniaga dan jenama DYXY muncul tatkala bidang kosmetik berkembang maju.
“Tidak dinafikan, kami perlu berhadapan dengan pesaing yang hebat-hebat namun saya dan Shah percaya, rezeki masing-masing. Alhamdullilah sejak ditubuhkan pada penghujung 2016, penerimaan masyarakat pada setiap produk keluaran DYXY cukup menggalakkan.
Usahawan zero kepada hero
Jujur mengakui kejayaan yang mereka kecapi bukan semata-mata usaha berdua sahaja, sebaliknya ada team yang turut membantu dan menyokong kuat dari belakang.
“Sokongan dan doa famili juga Antara pencetus kejayaan. Disebabkan itulah sudah pernah melalui jatuh bangun dalam dunia bisnes, kami terfikir apa salahnya jika membantu usahawan lain yang berminat dalam bidang ini tetapi tiada pengalaman dan modal. Setakat ini, hampir 50 hingga 60 orang usahawan yang berjaya telah dilahirkan dalam masa kurang dari setahun.
“Kami juga sentiasa membuka peluang dan memberi hak kepada setiap orang yang begitu obses dengan bidang ini untuk bergelar usahawan yang berjaya.
Oleh itu, saya dan suami memilih untuk membuka Akademi DYXY sebagai salah satu strategi untuk membina jaringan agar produk lebih pantas dikenali di seluruh negara seterusnya ke luar negara. Akademi ini juga bertanggungjawab melahirkan usahawan yang zero kepada hero,” ujar Dyana sambil memberitahu, produk Dyxy mengaplikasikan teknologi hebat daripada Korea.
Sukakan kecantikan
Berganding bahu berdua dalam menaikkan nama produk Dyxy, akui Dyana baik dia mahupun suami mempunyai tanggung jawab masing-masing. Suaminya merancang dan menguruskan tentang strategi pemasaran dan sebagainya, manakala Dyana pula lebih kepada hal-hal berkaitan produk.
“Kelebihan memiliki kemahiran dalam bidang kecantikan satu bonus buat saya. Sementelah saya sendiri memang sangat sukakan kecantikan. Jadi, ini membolehkan saya memahami selok belok dalam bidang ini.
“Pada saya bekerja dengan ahli keluarga sendiri lebih mudah. Mungkin ada yang beranggapan suami isteri tidak boleh bekerjasama nanti akan bermasam nmuka. Tetapi kami sebaliknya. Bukan sahaja saling bertukar pendapat, malah kami akan mengingatkan satu sama lain andai ada hal yang terlepas pandang.
“Selain itu, memudahkan kami untuk berurusan dengan orang luar. Tidaklah perlu tinggalkan anak atau suami di rumah. Sebaliknya ke mana saja kaki melangkah, kami bersama-sama satu keluarga. Ini juga membolehkan hubungan kekeluargaan lebih erat dan rapat,”ungkap Dyana sambil memberitahu Shah yang memilih DYXY, simbolik nama Dyana sendiri iaitu DY, manakala XY adalah jenama kegemaran Dyana sejak zaman remaja lagi.
Sehingga kini, produk DYXY bukan sekadar ‘meletup’ di pasaran Malaysia, bahkan juga di Singapura dan Brunei. Terbaru, produk DYXY mula memasuki pasaran di Indonesia. Justeru, pasangan sama cantik sama padan ini gigih merencanakan pelbagai strategi selain turut menggunakan pendekatan yang sama untuk memastikan produk ini diterima baik masyarakat di sana.
Angkut anak
Kesibukan ke sana ke mari atas urusan kerja bagaimana pun tidak menyebabkan mereka mengabaikan anak-anak. Sementelah ketiga-tiganya masih kecil. Shah Farrel Islam, enam tahun, Shah Dazrin Islam, empat tahun dan Shah Andrez Islam, empat bulan juga tidak banyak karenah dan seolah-olah faham akan situasi kerja ibu bapa mereka.
“Rutin harian kami sebelum keluar adalah menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Jika ada masa terluang kami akan bawa mereka bercui dan jalan-jalan. Malah, ada ketikanya jika perlu kami angkut sekali anak-anak untuk turut serta.
“Walaupun masih kecil, mereka tak banyak songeh dan faham, Tapi biasalah budak-budak ada masanya buat perangai juga, meragam dan merajuk jika ditinggalkan. Tetapi apabila cakap baik-baik, mereka boleh terima,” ulas Dyana yang turut membela kucing dan mereka satu keluarga sangat memanjakan kucing sehingga sanggup menyediakan bilik khas untuk kucing-kucing ini tinggal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
PELAKON popular, Wawa Zainal selamat bersalin anak perempuan seberat 2.8 kilogram di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan, jam 5 petang semalam. Pasangan ini memilih nama Ayya Soffya anak ketiga mereka ini bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
“Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin tadi. “Keadaan bayi sihat. Insya-Allah, jika semuanya okey saya akan dibenarkan keluar dalam waktu terdekat,” kata Wawa kepada Harian Metro. Wawa juga melahirkan rasa syukur apabila dapat bersalin secara normal dan dipermudahkan sepertimana anak pertama dan kedua dulu. “Saya juga akan berpantang macam biasa dan dibantu mak. Kebetulan mak memang ada di sini, jadi sedikit sebanyak membantu dan memudahkan,” katanya.
Lebih istimewa lagi, kelahiran bayi ketiga pasangan ini awal sehari dari tarikh hari lahir Aeril Zafril. Itu yang dikongsikan oleh Wawa Zainal menerusi laman instagramnya pagi tadi. Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel .. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe .. selamat berjuang kembali tuka pampers baby,susu kan. Pujuk babyTq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi..I love u 3000 @aeril_zafrel
Sebelum itu, Aeril turut memuat naik berita kelahiran anak perempuannya di laman instagramnya. Alhamdulillah….. terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal . @ayyasoffya#wawabundleofjoy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.