Kehilangan orang tersayang ibarat separuh dari diri kita hilang. Apatah lagi, pemergian tersebut secara mengejut.
Malamnya masih bergurau senda, namun esoknya dia sudah tiada lagi. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bila mendapat berita yang cukup menghibakan.
Perkongsian pelakon Catriona Ross dalam satu program benar-benar menyentuh hati. Kehilangan ibu dalam satu kemalangan benar-benar mengubah hidup pelakon Pujaan Hati Kanda ini.
“Sebelum pemergiannya, ibu selalu bercerita dan berkongsi satu hadis. Waktu itu saya tak tahu ia petikan hadis. Petikan berbunyi dalam sekujur jasad, ada seketul daging. Andai baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu. Andai buruk, maka buruklah seluruh jasad itu.
“Seketul daging itu adalah hati. Jadi, saya selalu fikir apa yang ibu selalu bercerita berulang kali. Lama-kelamaan baru saya faham, dalam mendidik dan menasihati anak, keluarga dan orang sekeliling segalanya adalah berkenaan hati.
Ads
“Waktu umur 4-5 tahun, saya dan adik perempuan diminta ibu untuk baca surah-surah lazim sebelum tidur. Esoknya, pantang bagi ibu bila kami bangun dan sebut ‘good morning’. Sebaliknya ibu minta kami bagi salam dan barulah cakap good morning kalau perlu. Itulah antara perkara yang ibu saya lakukan dan saya cuba terapkan dalam mendidik anak-anak sehingga sekarang.
Pesanan ibunya waktu awal perkahwinan dulu masih diingat sehingga kini. Kata arwah, layan dan terima keluarga mentua sebagai keluarga kedua.
Ads
“Kalau berkahwin nanti, jangan fikir itu famili mentua, tetapi itulah keluarga kedua kamu. memang menyakitkan bila kehilangan ibu tetapi alhamdulillah Allah berikan ibu mentua yang sangat memahami, penyayang untuk saya jadikan pengganti arwah ibu.
“Mendidik dan membesarkan anak-anak cukup mencabar dan bukan mudah. Bagaimana kita nak betul-betul didik anak supaya mereka hormat kita kerana sayang bukan kerana takut. Saya cuba didik anak dan selalu tanya kenapa hormat mummy, dia kata sebab sayang. Saya tanya lagi kenapa sayang saya, anak saya kata kerana ibu lahirkan saya.
Ads
“Untuk seorang anak umur 5-6 tahun sangat meluluhkan jiwa raga kita. Saya tanya kena nak hormat mummy, anak saya kata sebab dia nak bersama tok mummy (ibu saya) di syurga. Jadi dia nak ke syurga, jadi dia perlu hormat semua orang disekelilingnya.
“Insyaallah apa yang saya terapkan pada anak-anak ini adalah hasil didikan ibu saya dulu. Saya harap anak saya membesar dan menyayangi Allah dan Rasul, mentaati agamanya.
Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak dan juga suami kesayangan Wawa Zaina. Pasangan ini cukup dikagumi dan menjadi idola bagi sesetengah pasangan suami isteri kerana kehidupan rumah tangga mereka yang bahagia sekain saling menghargai antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen kagum dan mengakui pelakon patahnya Sebelah Sayap seorang suami yang romantik dan setia orangnya.
Aeril berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya.
Terbaru di laman twitter, Aeril memuat naik satu perkongsian yang cukup ringkas namun amat bermakna. “Susah macam mana pun laluan hidup berumah tangga.. kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki..
“..yang penting kau tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu,” tulisnya di laman Twitter.
Susah macam mana pun laluan hidup berumahtangga ..kau kena yakin bahawa seorang isteri ni sebenarnya pembawa rezeki..yang penting kau tak kedekut tunaikan apa yang dia perlu… pic.twitter.com/613FJzTSY2
Posting berkenaan meraih lebih 50,000 tanda suka dan diulang kicau hampir 40,000 serta mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata bersetuju mengenai kenyataan tersebut.
Malah ada yang turut mengimbau kembali saat kesusahan dan cabaran yang dilalui pasangan ini.
Sebaik anak bakal memasuki sesi persekolahan baru, ia ibarat satu perjuangan buat ibu dan ayah untuk menguruskan anak-anak.
Tambah penat lagi bila terpaksa kembali kerja dan menguruskan rumahtangga. Disebabkan itulah tidur sekejap atau ‘power nab’ disarankan untuk mengembalikan tenaga.
Menurut kajian, tempoh yang ideal untuk tidur sebentar pada waktu siang adalah antara 10 hingga 20 minit.
Bukan itu sahaja, penting untuk anda tahu bahawa masa terbaik untuk tidur siang adalah semasa penurunan semula jadi irama sirkadian anda, yang berlaku sekitar jam 1 hingga 3 petang.
Apakah Kebaikan Power Nap?
1.Meningkatkan tumpuan: Power nap yang betul dapat membantu meningkatkan kewaspadaan dengan membenarkan otak mengecas semula semasa tempoh rehat yang singkat itu.
2.Bagus untuk otak dan ingatan: Tidur sebentar boleh meningkatkan ingatan jangka pendek maklumat, fakta dan peristiwa. Malah tidur siang sesingkat 6 minit telah dibuktikan dapat meningkatkan ingatan seseorang terhadap senarai perkataan, dan cukup untuk melancarkan penyatuan ingatan ke dalam gerakan.
3.Kawal mood dan tekanan: Tidur sebentar ini didapati memberi kesan positif pada mood dan tahap tekanan individu, mungkin disebabkan oleh pembebasan serotonin semasa tidur.
4.Rangsangan tenaga: Tidur siang selama 10 minit boleh mengurangkan rasa letih dan meningkatkan tenaga.
Cukup 10-20 Minit
Adalah dicadangkan oleh pakar bahawa tempoh ideal untuk tidur siang berlegar antara 10-20 minit. Tidur dalam masa lebih pendek daripada 10 minit mungkin memberi beberapa faedah, tetapi secara amnya kurang berkesan berbanding 10 minit dan lebih lama. Cadangan masa terbaik untuk tidur sebentar adalah antara jam 1 hingga 3 petang.
Bilangan kekerapan tidur siang yang boleh anda ambil dalam sehari bergantung pada keperluan individu, corak tidur dan gaya hidup anda. Secara amnya, satu tidur siang sehari dianggap mencukupi untuk kebanyakan orang untuk mengisi semula dan mengelak daripada mengganggu irama sirkadian dan mengganggu tidur malam.
Bagi mengelakkan tidur berlebihan, tetapkan jam dan penggera hanya 10 hingga 20 minit sahaja. Jom!
Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Itulah yang dirasai oleh Puan Hety Ezleen apabila didionogsis menginap kenser ovari. Seakan tidak percaya bila mana perut yang semakin membesar seperti wanita mengandung empat bulan, itu adalah antara tanda-tanda nyata dirinya perlu membuat sesuatu untuk mendapatkan rawatan.
Ikuti perkongsian ini agar ianya dapat memberi manfaat bersama.
Ramai yg bertanya pd saya, mcm mana mula2 saya tau yg saya ada cyst.. apa tanda2 cyst, dan apa tindakan saya.. Saya rasa terpanggil utk berkongsi pengalaman saya utk rakan2 yg bertanya.. mana tahu dapat membantu awk2, rakan2 awk, atau saudara mara awk yg senasib spr saya sebelum terlambat..
Tanda-tanda yang dirasai
Saya kerap mengalami sakit perut di bahagian bawah. Tidak la setiap hari tetapi agak kerap juga.. Kadang kala, perut terasa kejang dan rasa mencucuk. Sakit sangat. Kadang pula, rasa sakitnya seperti senggugut yang berpanjangan.
Saya kerap membuang air 10-15 kali sehari walaupun sy tidak minum air. Stress ya amat kalau pergi holiday atau berjalan2
Kalau lepas minum air segelas, dalam masa 5 minit confirm akan pergi toilet.. then 5 minit kemudian akan ke toilet lagi.. Bayangkanlah penderitaan ini..
Ini krn cyst semakin membesar dan kedudukan ovari (cyst) berada di sebelah pundi kencing je.
Kadang2 sakit semasa hubungan kelamin. Sakit yg teramat sangat di tempat kedudukan cyst. Ini krn faktor pengembangan dan pengecutan otot dikawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin.
Perut semakin membuncit dari hari ke sehari seperti wanita mengandung (perut saya spr wanita mengandung 4bulan). Ia tak sakit krn dalam perut mengandungi air.. doc kata cyst tu yg keluarkan air tersebut.
Selepas makan, perut mengeras dan terasa penuh. Kadang2 pening kepala.. tak selalu..
Semasa baring, bila tiba perut kejang, kadang2 ketulan cyst tu timbul pd perut.. saya boleh nampak kedudukan cyst tu dgn mata sendiri.. bila disentuh, tekan tempat ketulan cyst tu memang rasa keras.. seram pulak, tp tak bgtau dgn sesiapa sbb takut
Itu tanda2 cyst yg saya alami, period saya regular.. utk org lain sy tak pasti, krn hormon badan kita berbeza.. Doc cakap dgn saya, setiap wanita mmg ada cyst, ia bergantung pd ‘dia’ aktif atau tidak je.
Apa tindakan saya?
Sudah tentu takut dan risau lihat perut sendiri membuncit seperti wanita mengandung.
Okay, Saya tulis ikut turutan beserta kosnya sekali sebab ramai yg bertanya dan nak tahu harga (hospital swasta) ye.. jika hospital kerajaan pastinya murah.. tapi lambat (ikut pengalaman cerita org2)
14.2.2018 Saya pergi ke Klinik sakit puan.. Doc India tu buat ultrasound tengok apa yg ada dlm perut.. doc x nampak pun cyst tu.. dia cakap perut saya banyak air.. then terus dia cakap air dalam perut awk ni mungkin air kanser!! tergamam sebentar dgr kata2 doc tu.. (dpt gambar scan dlm perut..BAYARAN RM60)
14.2.2018
Tak puas hati dgn result klinik pertama, call kakak ipar (doctor) then bgtau masalah saya, dia suruh saya pergi ke Klinik dia. Jauh jugak la dgn rumah.. huhu.. Then buat ultrasound lagi, ok kali ni mmg nampak biji ketulan tu (mass) kat ovari kiri. Ukuran 6cm. Omak tanjat aihh! Blur kejap dan mata terkebil2.. Then kakak ipar buatkan surat ke Hosp Pantai utk buat ujian CT Scan.. (dpt gambar dlm perut.. BAYARAN FREE sbb kakak ipar
15.2.2018 Pergi Hosp Pantai (Private) buat CT Scan abdomen dan pelvic.. Result dia sangat tepat 100% dan terus dapat result masa tu juga.. (BAYARAN RM1110.45)
15.2.2018 Pergi semula klinik kakak ipar bawa result CT Scan, haa.. kakak ipar explain la dr result tu.. dia kata ukuran cyst saya 11.6cm x 11.2cm x 6.7cm.. uargh!! Pucat terus muka yg tak berapa nk cerah ni
Then kakak ipar cakap, “Hety.. ini bukan main2 tau, Kak M*** akan buat surat ke Pakar KPJ Johor dan Hety kena bedah segera sebab ketulan (mass) tu besar!! Ia merbahaya!! Ia akan membesar dan terus membesar!!” Ok seram (BAYARAN free sbb kakak ipar)
20.2.2018 Pergi jumpa doc Pakar Gynaecology di KPJ Johor Bahru, bawa surat yg kakak ipar tulis tu.. doc Lim terus buat ultrasound kat perut.. dan dia sangat terkejut dgn kandungan air yg ada dlm perut.. doc kata banyaknya air!! doc lim kata air dalam perut saya ni ‘cancer’ ok sekali lagi saya dgr perkataan ‘cancer’ tu.Doc buat pap smear dan buat ujian darah CA 125.. (BAYARAN RM1024.50)
21.2.2018
Appoinment lagi dgn doc lim di KPJ Johor, amik result darah CA 125 yg buat semalam.. ok nak bagitau, kalau darah ada cancer, jumlah dia 125ml.. dan result yg sy dapat.. jumlah dia 721ml.. sangat tinggi okeh!! sekali lagi doc cakap “adik, jumlah darah awk ni tinggi, ini cancer.. otomatik air mata mengalir depan doc lim
Then buat ujian air dalam perut pula.. doc cucuk hidup2 pada perut saya pakai jarum yg besar dan tebal!! uarghhh sakit. Air dlm perut pun dikeluarkan sikit utk dibawa ke makmal utk ujian.. air dalam perut warna merah. sekali lagi doc kata air warna merah tu air cancer.
Saya menangis dan terus menangis (BAYARAN RM951.25)
26.2.2018 Appoinment lagi dgn doc lim.. Perbincangan dgn doc.. doc kata cyst saya ni merbahaya, kena buang kedua2 ovari kanan kiri dan rahim.. uarghh menangis depan doc. Doc cakap lg, kesan2 selepas buang rahim.. saya tak boleh melahirkan anak lagi saya akan manopous , tulang saya akan cepat reput, saya kena makan ubat hormon seumur hidup saya. uarghhh saya menangis lagi depan doc. Saya sain surat persetujuan bedah buang ovari dan rahim dalam keadaan lemah longlai. Saya akur dan redha demi keselamatan diri. Ya Allah.. berikanlah kekuatan pd diriku/ Keluar dr bilik doc, call family dan kawan terdekat..menangis dan terus menangis. Malamnya tidur di Hosp KPJ Johor (minum air yg rasanya payau masin utk buang najis) doc nak perut kita kosong tiada sebarang najis masa bedah esok pagi (TIADA BAYARAN)
27.2.2018-1.3.2018 Operation saya ni major operation.. 27.2.2018, pukul 8 pagi doc Enjet kat pergelangan tangan, then saya hirup asap apa ntah nama dia, terus tak sedarkan diri.. sedar2, dgr suara sayup2 jururawat sambil tepuk2 badan “adik, pembedahan dah siap ye”.. lepas sedar je terus rasa sakit ya amat!! uarghh sakit!! malam pertama tu 4 kali juga jururawat enjet tahan sakit. 1.3.2018 discharge. (BAYARAN RM17,864)
Ini adalah pengalaman saya sendiri. Proses jumpa doc pd 14.2.2018 sehingga hari pembedahan 27.2.2018 adalah satu jangka masa yg sangat cepat.. Saya bersyukur dan yakin, Allah telah mempermudahkan urusan saya.. Pembedahan pun dah selamat dijalankan.
Sekarang ni saya dalam berpantang dan proses pemulihan seperti wanita yg lepas bersalin ceasor.. batuk dan bersin? Sakit!!menangis okeh!!Sesungguhnya saya memang tidak menjangka perkara ini akan berlaku pada diri saya..
Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita, tidak kira umur.. dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simptom.. Saya harap, dengan perkongsian saya ini, dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita untuk segera berjumpa doktor jika ada simptom2 spr saya.. Apa2 hal, pergi jumpa doktor dahulu, jgn pandai2 makan supplement tanpa nasihat doktor.. bukan apa, dikhuatiri anda penghidap kanser.. tup2, kanser tahap 3-4.. haa kan seram tu
Jika tiada kanser, syukurlah. Ke Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta terpulang anda.. Yang penting jangan takut berjumpa doktor ok
Doakan kesembuhan saya.. Doakan saya kuat.
Dan kini alhamdulillah, Hety Ezleen menjalani kehidupan lebih sihat dan ceria disamping keluarga dan teman-teman.
sumber : Hety Ezleen
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di