
Doa ibu senjata utama kepada kehidupan anak-anak. Jadi jangan lupa selitkan doa ini setiap hari dan setiap masa agar anak kita sentiasa dilindungi dan berjaya dalam hidupnya.
Doa bagaimana yang menjadi pilihan kita? Senarai perkongsian ini boleh anda jadikan panduan untuk mendoakan anak setiap hari. Jangan terlepas.
Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya.
Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita.
1. Doakan anak suka solat dan baca al-Quran.
2. Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab.
3. Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor.
4. Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.
5. Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.
6. Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.
7. Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.
8. Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya.
9. Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.
10. Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari.
Ulang dan ulang doa anda setiap hari tanpa rasa jemu. Ingat, ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata tetapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua ibu di luar sana.
Menarik: Catriona Ross Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ibu Bapanya, “The Most Romantic Couple I Know!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Thank You Baby Girl, ‘Tunggu’ Abang Balik Baru ‘Keluar’”, Luahan Anak Sulung Norman Hakim Buat Netizen Sebak.

Semalam pasangan pelakon popular, Norman Hakim Dan Memey Suhaiza dikurniakan seorang lagi cahaya mata. kelahiran Bayi perempuan seberat 3.35kg nyata membawa kegembiraan pada mereka sekeluarga.
Lebih membahagiakan pasangan ini apabila anak sulung Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi turut pulang ke tanah air. Mohammed Danish Hakim yang sedang menuntut di Turki pulang ke tanah air dua hari lepas untuk bercuti.
Kepulangan Danish disambut deraian air mata gembira dari keluarga. Selain itu, inilah, kali pertama dia dapat bertemu adik angkatnya yang muhammad daiyan fayyadh.
Dalam perkongsiannya di laman instagram, Danish melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana kepulangannya turut disambut adik barunya semalam.
Baby girl baby girl..thank you tau sebab ‘tunggu’ Abang balik dari jauh dulu baru ‘keluar’ ❤️
Luahan itu turut mendapat respond dari pengikutnya. Jelas ada yang sebak dan mahu menitiskan air mata dengan perkongsian tersebut.
masni_tajudincaption dia bt i sedih but tahniah ?
umm_syeeraAl hafiz… 30 juzuk di dada dan diminda,sejukperut mama mu @abby_abadi112 mengandung…Semoga menjadi anak yg berbakti pada kedua org tua mu, dan menjadi abang yg bertanggung jawab pd adik adik mu..Bertuah betul @normanhakim_786 dan @abby_abadi112 dapat pakai mahkota pada hari kiamat kelak.. In shaa اَللّهُ ..
trahbulanAlaaa nk ngis walaupun tgk gmbr jrr
norazaidelSejuk perut ibu @abby_abadi112 mengandungkan si danish ni..tahniah both mama n papa danish..alhamdulillah..
Begini Cara Bina Keberanian Dalam Diri Anak. Info Penting Kena Ambil Peduli.

Mereka yang aktif di alam persekolahan adalah kerana mereka berani untuk melibatkan diri dalam kelas serta program yang dianjurkan. Dengan keberanian mereka mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Semua ini sangat membantu anak-anak di alam dewasa nanti.
Bayangkanlah, ketika anak orang lain sudah boleh berdikari sana sini, anak kita hendak bertanya sesuatu pada cikgu pun masih minta orang lain temankan. Ketika anak orang lain berani ikuti program-program perkemahan, anak kita tidak mahu turut serta sebab tiada kawan.
Sebab itulah anak-anak perlu ditanam dengan sifat berani pada usia yang seawal mungkin. Berani bukanlah sesuatu yang hadir ketika lahir sebaliknya sifat ini terhasil bergantung kepada cara ibu bapa mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu tahu cara terbaik menjadikan anak-anak mereka seorang yang berani secara bertempat.
Sebab kita tidak mahu pula apabila anak menjadi berani tidak bertempat lalu dia melawan dan biadap dengan guru, merempit dan menyertai lumba haram, mencuri, memukul, bergadul dan sebagainya. Sebab kelakuan negatif sebegitu juga memerlukan satu bentuk keberanian.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menjadikan anak-anak seorang yang berani:

1) Usah cepat membantu anak dalam pelbagai perkara. Semua ibu bapa sayangkan anak-anaknya. Tetapi usah jadikan rasa sayang sebagai alasan untuk cepat membantu mereka. Bukanlah salah membantu anak-anak kita tetapi ada ketikanya anak-anak perlu diberikan peluang mencuba dan melakukan kesilapan. Dari kesalahan dan kesilapan inilah mereka belajar. Ketika anak masih bayi, apabila dia mula pandai berjalan maka dia mula belajar naik tangga. Biasanya ibu bapa akan terus dukung anaknya dan bawa naik ke tingkat atas sebab takut anak jatuh. Ibu bapa yang prihatin sebaliknya akan mengawasi dan membiarkan anak-anaknya menapak satu anak tangga ke anak tangga yang lain. Dari situ anak itu belajar.
3) Berikan anak-anak peluang bergaul. Dunia internet hari ini meluaskan pergaulan anak-anak. Mereka boleh kenal sesiapa sahaja melalui laman sembang, facebook, twitter dan seumpamanya. Namun begitu, pergaulan bentuk ini tidak sama seperti pergaulan secara langsung. Anak-anak tidak boleh dikurung di rumah dan dihalang dari keluar bersosial. Biarlah anak berkawan asal sahaja kita tahu siapa rakan-rakannya, ibu bapa mereka, aktiviti yang dilakukan serta lokasi pertemuannya. Dalam masa yang sama lakukan pemantauan sebab kita tidak mahu anak-anak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
4) Dedah anak-anak dengan aktiviti lasak. Aktiviti-aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah, berenang dan seumpamanya dapat meningkatkan keberanian dalam diri anak. Bayangkan di barat ada aktiviti ‘bungee jumping’. Aktiviti ini memerlukan kaki kita diikat dan kemudian terjun dari satu kedudukan yang tinggi langsung ke bawah. Pasti menakutkan dan menggerunkan. Tetapi apabila selesai mencubanya pastilah keberanian diri meningkat. Malah di Malaysia kini sudah ada aktiviti ‘bungee jumping’ ini. Sebenarnya banyak lagi aktitivi yang boleh dilibatkan bagi menguji keberanian anak-anak. Misalnya adakah anak kita berani naik ‘roller coaster’ atau sentiasa mengelak. Jadikanlah anak kita seorang yang lasak dan berani kerana ia penting dalam pembentukan jati diri mereka.
5) Bawa anak ke majlis orang dewasa. Berikan anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa dari usianya. Berikan dia ruang bertanya dan bercerita. Pengalaman ini akan menjadikan dia seorang yang berani berdepan dengan orang ramai nanti. Ada ibu bapa yang masih berpegang pada kepercayaan bahawa membawa anak-anak ke majlis orang tua sebagai kurang adab. Kita tengoklah apa bentuk majlisnya itu. Memang ada yang tidak sesuai di bawa anak. Tetapi kalau majlis menyambut bayi, hari lahir, kenduri kendara, perkahwinan dan sebagainya maka bawalah mereka bersama.
6) Latih anak mengambil risiko. Anak-anak perlu dilatih agar berani mengambil risiko. Mengambil risiko bukanlah bermakna melakukan sesuatu pekerjaan secara membuta tuli atau meletakkan dirinya pada kedudukan yang membahayakan. Ada bezanya melakukan kerja bahaya dengan kerja berisiko. Memanjat pokok itu kerja berisiko. Tetapi kalau bergayut di dahan tinggi tanpa sebarang langkah keselamatan itu adalah kerja berbahaya. Begitu juga memberi peluang anak remaja belajar membawa motosikal itu adalah kerja berisiko. Tetapi membiarkannya membawa motosikal tanpa memakai topi keledar dan memecut laju itu kerja berbahaya. Anak-anak perlu tahu beza antara risiko dan bahaya.
7) Bercakap secara positif. Bagi menanam keberanian dalam diri anak, ibu bapa perlu bercakap secara positif dan sentiasa menunjukkan pada anak yang kita yakin serta percaya akan kebolehan dirinya. Anak-anak juga perlu tahu dan sedar yang ibu bapanya bersedia menerima kekurangan, kesalahan dan kesilapan yang dilakukannya dengan hati yang terbuka asasl sahaja mereka belajar sesuatu dari pengalaman itu. Sifat terbuka ibu bapa penting bagi menjadikan anak-anaknya seorang yang berani mencuba dan bertindak.
Pa&Ma Baby Fiesta Sasar 100,000 Pengunjung. Tawar Platform Niaga Terbaik Kepada Vendor Di Malaysia

Permintaan tinggi terhadap barangan bayi, kanak-kanak dan ibu menjadi penanda aras kepada Majalah No.1 KeibuBapaan dan Pra Sekolah tanah air, hari ini melangkah jauh dengan penganjuran ekspo fiesta yang dikenali sebagai Pa&Ma Baby Fiesta 2019. Fiesta yang bakal berlangsung pada 2,3&4 Ogos 2019 di SACC Shah Alam bakal menjadi ekspo fiesta pilihan utama ibubapa tanah air dengan tawaran pada harga menarik!
Dengan 14 juta pengikut di media sosial dan digital menerusi 15 IP Nu Ideaktiv, Pa&Ma Baby Fiesta 2019 menyasarkan lebih 100,000 pengunjung bakal mengunjungi ekspo ini hasil daripada promosi besar-besaran yang dijalankan. Pa&Ma sendiri juga merupakan jenama diyakini di kalangan pembaca, pakar perubatan, syarikat penawaran perkhidmatan dan pengeluar produk berkaitan dengan 3 juta pelayar portal Pa&Ma dan 1.3 juta pengikut di Facebook. Seterusnya, promosi diperluaskan lagi ke media-media lain termasuk papan iklan/billboard, radio dan Sinar Harian.
Peluang perniagaan promosi jenama dan barangan
Fiesta yang berlangsung selama tiga hari ini merupakan memberi peluang perniagaan yang lebih strategik kepada semua pembekal atau penjual barangan bayi untuk memasarkan produk di sini. Malah perniagaan atas talian amat dialu-alukan menyertai fiesta ini.
Menyedari akan kelebihan yang dimiliki, penganjur menawarkan ruang atau booth perniagaan kepada para pengusaha atau pengeluar produk bayi, kanak-kanak dan ibu untuk menempah booth jualan mereka di fiesta ini.

Pengurus Acara, Emma Masri, berkata, tawaran diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini. Pengusaha boleh memilih tiga (3) kategori ruang niaga iaitu Gold, Silver dan Bronze.
“Diskaun 10% diberikan menerusi pendaftaran awal atau Early Bird sehingga 25 Jun ini.”
Antara brand yang turut bersama bagi meriahkan Ekspo fiesta ini adalah Tateh, Hospital Avisena & Coway.
Kepada vendor yang berminat segera hubungi 019 675 3057 atau Fb Pa&Ma Baby Fiesta atau layari www.majalahpama.my
Klik di sini untuk daftar: www.majalahpama.my/pama baby fiesta 2019
#pamababyfiesta2019 #ekspoprodukbayi #babyexpomalaysia #babyexpo #pa&mafiesta #pa&maekspo #ekspofiestapa&ma
Majalah No.1 KeibuBapaan dan Pra Sekolah anjur expo bayi
Bemula daripada penerbitan majalah, kemudian menawarkan pakej majalah digital, seterusnya menguasai dunia online menerusi media sosial serta portal, disusuli dengan kejayaan cemerlang di televisyen Astro Prima iaitu rancangan TV Pa&Ma dan terkini bakal menganjurkan ekspo bayi pula. Jelas Pa&Ma melalui satu evolusi yang mengagumkan.
Tarikan menarik sehingga harga RM1!
Fiesta anjuran yang mengangkat konsep fiesta dalam expo nyata berbeza daripada penganjuran ekspo lain. Selain menawarkan pelbagai produk jualan keperluan bayi dan ibu, fiesta turut dimeriahkan dengan banyak aktiviti menarik dan bermanfaat buat ibubapa dan juga anak-anak kecil.
Dalam pada itu, Emma menjelaskan bahawa ekspo ini yang berbeza sentuhannya berbanding lain kerana turut menerapkan elemen gaya hidup seimbang untuk para ibu yang bakal melahirkan. Fiesta sarat dengan informasi di samping keseronokan membeli belah menerusi tawaran diskaun sehingga 90%, hadiah-hadiah lucky draw dengan nilai keseluruhan RM18,000, tawaran harga RM1, belian awal dan banyak lagi menjanjikan kepuasan sebenar buat para pengunjung.

Aktiviti menarik
1.Hadiah Lucky Draw Bernilai RM18,000 Keseluruhan
2.Fashion Show Ibu Hamil Anggun
3.Himpunan Super Hero Junior Party
4.Pertandingan Baby Merangkak Race
5.Super Hero Junior Party
6.Pertandingan Mewarna 4, 5 & 6 Tahun
7.Demo: Yoga Mama, Penyediaan Makanan Berpantang Ibu & Bayi
8.Seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Dato’ Dr.Hamid Arshat
9.Pelancaran Pa&Ma Community
10.Meet & Greet Hos PA&Ma TV
11.PERCUMA Pemeriksaan Kesihatan oleh Hospital Avisena