Beberapa hari ini tular tentang Anita Baharom mahu mendirikan rumah tangga. Hari ini, pelakon jelita itu akhirnya selamat bergelar isteri kepada pasangan pilihan, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Dewan Bizmilla Hall, One City, Subang Jaya kira-kira 11:40 pagi.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh abang pengantin perempuan, Zulkifly Baharom bersama saksi yang dilantik.
Manis mengenakan persalinan serba putih, aktres berusia 39 tahun itu telah menerima mas kahwin sebanyak tiga dinar emas.
Majlis akad nikah yang manis dihiasi bunga-bungaan itu dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Sementara itu, turut dilihat beberapa rakan selebriti seperti Yat Hamzah dan Abby Fana yang hadir meraikan pasangan pangantin tersebut.
Terdahulu, satu sesi khatam AlI-Quran telah berjalan sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Untuk rekod, Anita pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ismadi Ismail pada 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Bagaimanpun, Ismadi dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari 2022 akibat penyakit kencing manis.
Manakala, ini bukan perkahwinan pertama bagi Engku Isyamuddin selepas berpisah dengan bekas isterinya. Hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Engku Isyamuddin dikurniakan lapan orang cahaya mata.
Sumber : Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memasak itu memberikan suatu kepuasan buat sesetengah para ibu. Biarpun memasak setiap hari, ia memberikan suatu nikmat yang bahagia dapat menyediakan hidang yang terbaik buat keluarga.
Bak kata orang, air tangan seorang isteri dan ibu itu yang dimasak dengan penuh kasih sayang itulah menjadi asbab keluarga itu bahagia.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, biarpun mampu untuk membeli makanan segera, namun lebih puas hati untuk memasak sendiri untuk hidangan keluarga. Malah banyak pula menu yang dihidangkan.
Buat yang ingin mencuba menu ini, dia telah berkongsi 3 resipi Spaghetti Bolognaise, Resipi Cheezy Potato Wedges dan Garlic bread dan mushroom soup ala PizzaHut. Apa lagi jom cuba buat!
Anak-anak suruh ibu pesan kat ayah belikan kepsi. Sengaja ibu tak cakap kat ayah dan ayah tak tau pun permintaan diorang. Ibu masuk dapur ketung ketang ketung ketang, siap saji atas meja.
Haaaa.. hambikk.. Nak kepsi yaaa?? Nah ibu bawakan juadah ala kepsi dan pizzahut ke rumah. Ibu baru cabut gigi semalam mana boleh makan kepsi. Apa korang ingat korang saje ke yg teringin kepsi? Sebelum ibu nangis bucu meja tengok korang kunyah kepsi baik ibu masak benda lain dulu bagi diam mulut tu.
Berikut 3 resipi menarik untuk dicuba.
RESIPI 1
Kalo oder spaghetti bolognaise kat PizzaHut dapat sikit aje. Ibu masak dapat banyak. Makan ulang-ulang sampai malam.
Resipi Spaghetti Bolognaise
Bahan-bahan: 1pek spagheti (kita guna angel hair) ½mangkuk daging cincang 1biji bwg besar-potong dadu 4ulas bwg putih-cincang halus ½biji lada benggala-potong dadu 3batang sosej-hiris nipis 1tin sos spageti prego tradisi 2helai daun bay kering 1sb mixed herbs ½sk serbuk lada hitam 3sb sos cili 1sb sos tomato Garam secukupnya 1sk serbuk pati ayam 1sb gula
Cara-cara: Didihkan air dlm periuk kemudian masukkan spageti. Masukkan garam dan sedikit minyak masak. Rebus hingga masak kemudian toskan. Lalukan spaghetti di bawah air paip utk matikan suhu. Tos dan ketepikan. Tips- Bagi mengekalkan kesegaran spageti, gaul rata dgn minyak masak sebelum disimpan dalam bekas bertutup.
Sos: Panaskan marjerin dlm saucepan atau kuali. Tumis bawang putih, bwg besar hingga perang dan wangi. Masukkan lada benggala, sosej dan daging. Kacau sebentar kemudian masukkan daun bay, mix herbs dan serbuk lada hitam. Selepas itu masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu pekat. Reneh selama 10minit dan kacau. Setelah pekat perasakan dgn garam, serbuk pati ayam dan gula. Tutup api. Siap!
RESIPI 2
Cheezy potato wedges ala kepsi dari tiga biji kentang. Kenyang makan
Resipi Cheezy Potato Wedges
Rebus 3 biji kentang hingga separuh empuk tanpa buang kulit. Toskan air rebusan kemudian rendam dalam air sejuk untuk matikan suhu. Bila dah sejuk, potong bentuk wedges. Taburkan tepung serbaguna Bestari atau Aroma. Goreng dalam minyak yg cukup panas. angkat bila warna bertukar perang.
Serbuk cheese kita beli di pasaraya Hiro jenama Hiro. Kita bancuh dgn air panas dan mayonese, kacau sampai sebati. Kita campur mayonese supaya tak masin sangat, rasa lebih berlemak dan sedikit manis.
Susun kentang dalam pinggan. Piping kan cheese dan mayonese atasnya. Tabur dgn parsley kering dan bijan hitam untuk hiasan. Kalau takde pun takpe. Buat lawa² je.
RESIPI 3
Garlic bread dan mushroom soup ala PizzaHut. Resipi garlic bread dan mushroom soup ada. Boleh lihat lanjut resipi di sini
Resipi 3
Tumbuk empat ulas bawang putih, kalau nak rare sikit cincangkan aje. Tapi kalau kat rumah korang ada budak-budak baik lupuskan bukti supaya diorang tak rasa pelik tengok bawang putih kasar-kasar atas roti.
Masukkann satu sudu besar butter dalam lesung batu tadi, kacau butter dgn garlic sampai sebati. Ambil roti yang korang suka, roti Perancis boleh, roti sosej okay, roti sandwich pun sedap. Potong roti, kemudian sapu garlic butter atasnya, taburkan mixed herbs dan parsley kering. Bakar suhu 160°c selama 5 minit guna airfryer atau 180°c selama 5 minit guna oven. Sejukkan dulu baru simpan dalam bekas kedap udara. Siap!
Keluarga: Jika mak rajin memasak memang menjadi buat apa sahaja. Buat sendiri tentu puas hati. Apa lagi jom buat hujung minggu ni.
Jagung manis memang mendapat sambutan yang ramai. Jika di perhatikan penjual jagung manis ini masih menjual makanan ini di pasar malam.
Selain itu, boleh buat masak jagung manis bersama susu. Rasanya lebih enak dan berkrim.
Nak tahu resipinya ikuti perkongsian ini.
Jagung manis berkrim
Saya beli jagung rebus semalam, masih berbaki hingga ke hari ini. Begitulah bila terlebih beli. Nak buat apa ye? Saya cari resepi jagung, nampak ramai juga orang share jagung rebus susu. Guna susu pekat manis, susu cair, mentega/marjerin, cheese, gula Melaka, dan pelbagai lagi. Saya terus buat, tetapi saya adjust sikit resepi. Supaya lebih ringkas dan guna apa yang ada di dapur saja. Hehehe. Guna susu cair, susu pekat manis dan saya letak sikit susu segar. Hasilnya sedap juga. Alhamdulillah.
Jagung sudah direbus.
Susu cair dan susu pekat manis, saya panaskan guna api kecil.
Kemudian saya tambahkan susu segar. Kacau sebati guna api kecil saja.
Masukkan jagung rebus.
Reneh hingga mendidih. Golek-golekkan jagung supaya kena susu secara keseluruhan rata. Agak 10 minit juga.
Dah siap. Saya hidang bersekali dengan susunya juga.
Sedap dimakan panas-panas. Alhamdulillah.
Keluarga: Wow, memang sedap, Anak-anak mesti suka.
Cabaran berumah tangga sememangnya mematangkan kita. Kematangan dan cara kita berdepan dengan masalah serta bagaimana rasionalnya kita menghadapinya adalah kunci mengekalkan rumah tangga bahagia.
Golongan muda yang membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan patut dipuji. Mana tidaknya ketika usia masih muda dan masih lagi ligat dengan hal-hal duniawi, mereka sudah memegang amanah yang dijanjikan dengan Allah. Ia bukan satu keputusan mudah.
Demi menjaga keutuhan rumah tangga, apa lagi mengekalkan hubungan suami isteri hingga syurga, ada banyak perkara yang harus kita jaga. Bukan semuanya dipandang mudah. Apa perkara yang tidak harus kita lakukan dan dilarang dalam hubungan suami isteri? Pesanan Ustaz Kazim Elias ini patut kita dengar.
1. Jangan Puji Orang Luar
Jangan sesekali puji orang luar misalnya jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan. Ini akan buat suami atau isteri terasa diperbandingkan. Malah cara ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang dihati suami atau isteri. Jangan bangkitkan rasa cemburu atau kemarahan pasangan kita dengan memuji orang lain.
2. Jangan Tinggikan Suara
Jangan sesekali meninggikan suara apa lagi menjerit kepada pasangan. Kurang sopan. Tegur dan nasihatkanlah dengan nada rendah dan lembut agar tidak mengguris hati pasangan. Ingat bahawa pentingnya menjaga hati pasangan kita.
3. Jangan Abaikan Pasangan
Berusahalah untuk sentiasa menjadi pendengar yang baik buat pasangan kita. Ibaratkan seperti kawan, kita bercerita dan berkongsi segala masalah bersama pasangan. Ini buat hubungan jadi lebih baik. Jangan sesekali abaikan pasangan bila dia luahkan masalahnya. Jadilah pendengar yang terbaik.
4. Jangan Berbohong
Paling penting jangan sesekali berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. Ingat tu!
5. Elakkan Jauh Dari Isteri
Jangan sesekali cuma menjauhkan diri daripada isteri. Meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah adalah perbuatan yang keji. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun ketika isteri sedang haid.
6. Sentiasa Mengaku Salah
Setiap kali buat salah, mintalah maaf dan bersedialah untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sekali merasakan diri tidak sentiasa betul setiap masa. Kita pun manusia biasa!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, sering dilihat memuat naik momen manis anak-anak dan suami, memang nampak sweet sangat. Dengan gaya hidup yang simple tapi classy, ramai ibu muda menjadikan Elfira inspirasi, terutama dari segi keibubapaan