Seorang suami harus sentiasa memberikan sokongan kepada isteri dalam apa jua tindakkannya termasuk melakukan apa yang diminatinya.

Suami yang menghargai isterinya akan membantu menyerlahkan potensi diri isteri bukannya membiarkan ia pendamkan sahaja.

Perkongsian saudara Akhtar Syamir ini ada benarnya apabila menghargai potensi isterinya. Ikuti coretannya.

Potensi seorang isteri.

Saya bukan syok sendiri, tapi tengok frame tu. Kalau zoom in lagi jelas. Ianya dihasilkan oleh isteri saya. Menarik tak? Bagi saya sangat menarik dan mengagumkan. Bukan kerana ianya dihasilkan oleh isteri saya, tetapi kerana saya tahu sampai bila-bila pun saya takkan dapat buat macam tu.

IKLAN

Manusia ini mempunyai potensi yang tiada batasan. Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang ada kelebihan masing-masing yang jika digilap atau diberi peluang, bakal menghasilkan sesuatu yang luar biasa.

Percaya atau tidak, hampir kesemua potensi yang ada pada diri wanita akan dipendam apabila ia mula menjadi seorang isteri. Yang bagus bersukan akan berhenti bersukan, yang hebat berpidato akan terhad berhujah di rumah sahaja, yang bijak berniaga pun kadang-kala berakhir di dapur sahaja. Ini adalah senario apabila pasangannya menjadi penghalang kepada isteri mengembangkan potensinya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Segala kemahiran dan minat terpendam sedalam-dalamnya.

IKLAN

Bagaimana pula jika pasangan wanita itu seorang yang memberi kebebasan kepada isterinya untuk menyerlahkan potensinya? Lihat sahaja founder-founder produk, ramai yang wanita berkahwin, lihat sahaja leader-leader dan stokis besar, jarang sekali lelaki, tetapi kebanyakannya wanita berstatus isteri. Yang pandai masak, menjadi peniaga masakan yang berjaya, yang pandai bercakap menjadi speaker di kaca tv, yang pandai menulis, menjadi pemberi inspirasi kepada ramai orang, yang pandai menghias, menjadi punca kegembiraan keluarga, yang berseni dapat menyerlahkan bakatnya. Ini termasuklah yang menjadi Doktor, Peguam dan di bidang profesional yang lain.

Jangan ditahan potensi isteri. Buka mata dan lihat minat mereka. Beri mereka peluang menyerlahkan bakat mereka. Tak perlu ditahan-tahan, tak perlu rasa ego tercabar. Mana tahu lukisan yang tiada nilai sekarang, menjadi ribuan ringgit suatu hari nanti. Beri mereka masuk kelas-kelas yang mereka ingini. Kelas memasak, kelas mengaji, kelas perniagaan, kelas seni, jahitan, jualan langsung dan macam-macam lagi Pengakhirannya nanti, kita dan keluarga juga akan dapat manfaatnya.

Semoga kita menjadi pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.