Mahu menambah cahaya mata. Begitu kata pelakon Mira Filzah yang mengakui tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang cahaya mata kedua.
Tambah ibu kepada Wan Khai Amir ini, dia dan suaminya merancang untuk menambah cahaya mata namun mereka menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
“Ada juga perancangan nak menambah sebab anak (Amir) pun dah berusia dua tahun. Amir pun suka berkawan, dia dah pergi sekolah sekarang.
“Dia pun ada sepupu jadi nampak lah dia suka berkawan.
“Saya cuma go with the flow. Tapi sekarang saya masih lagi dalam projek. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan,” kata Mira.
Ads
Berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya itu kata Mira, Amir semakin lincah dan gemar explore apa yang ada disekelilingnya.
“Masa kecil 6 ke 8 bulan dia banyak masuk komersial dengan saya tapi bila dah 2 tahun ni, dia tak suka sangat kamera.
Ads
“Dia masih explore apa yang dia suka. Saya nak dia membesar macam kanak-kanak biasa, main di taman dan sebagainya,” tambahnya berkongsi.
Terdahulu, Mira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Wan Khair Amir yang kini berusia dua tahun.
Selain menjadi medium perhubungan antara warganet, twitter, facebook, instagram serta beberapa lagi media sosial juga sumber untuk mencari lokasi makanan, aktiviti harian serta tempat-tempat menarik lain.
Seorang selebriti media sosial di Twitter baru-baru ini bertanyakan kepada umum mengenai makanan yang baru sahaja warganet makan, namun tweet itu dibalas seorang ibu muda yang bercerita tentang makanan yang di ambil sewaktu pantang.
Dalam coretan ringkas turut, wanita itu turut memuat naik bersama gambar makanan pantang. Akan tetapi, perkongsiannya itu membuatkan warganet sebak dan tersentuh hati.
Pelayar Twitter yang dikenali sebagai Nurdani itu telah menjelaskan bahawa dia telah selamat melahirkan bayi pada 21 Ogos lepas. Walau bagaimanapun, kegembiraan dia dan suami tidak lama apabila anak perempuannya dijemput Illahi beberapa waktu selepas wanita itu bersalin.
Hal tersebut telah dijelaskan oleh Nurdani menerusi Instagram miliknya disertakan dengan coretan panjang
Rata-rata warganet yang mebaca perkongsian tersebut meluahkan rasa simpati dan mendoakan semoga wanita ini tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut.
Ibu bapa mana tak teruja untuk menghantar anak masuk ke sekolah. Pelbagai persediaan dilakukan untuk memberikan yang terbaik demi pembelajaran anak.
Namun ada juga anak-anak yang takut untuk memasuki fasa ini. Al-maklumlah, terpaksa duduk belajar dengan insan yang baru dikenali. Selain itu, suasana pembelajaran berlainan sedikit sewaktu di tadika.
Bagi pasangan ini, Mohd Fadzil Abu Naim dan isterinya Nurul Aini Mohd Alwa, mereka turut sama mengenakan pakaian sekolah rendah sewaktu menghantar anak mereka Muhammad Ishraq Aydan sebagai tanda sokongan bagi anaknya itu yang baru menjejaki alam persekolahan.
Lensa kamera akhbar Kosmo sempat merakamkan telatah keluarga ini sewaktu Fadzil dan Aini sedang membetulkan beg anak mereka.
Dari komen-komen yang ditinggalkan, ramai yang memuji pasangan ini yang tidak segan memakai pakaian seragam sekolah. Ini ada contoh terbaik didikan ibu bapa terhadap anak-anak.
Ramai yang terhibur melihat keluarga ini namun disebaliknya ada juga yang mengatakan hanya ibu bapa sahaja yang memahami perasaan menghantar anak sekolah darjah satu.
‘Sebak, teruja, gembira ..Semuanya bercampur baur. Tak sangka sekejap je anak dah besar.’ – Netizen
‘Maknya nampak kuat tapi dalam hati, sedih nak tinggalkan anak ke sekolah.’
Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh. Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
2. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
3. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
5. Urutan
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN SAMPINGAN
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.